Posts

Showing posts from 2005

Tsunami Selepas Setahun

Anak2 Ku, Pada hari ini, setahun yang lalu dunia telah dikejutkan oleh satu malapetaka yang sangat dahsyat. Kedatangan gelombang ombak tsunami menghempas pantai Acheh di Indonesia, Phuket di Thailand, Sri Lanka dan juga di Malaysia. Hari ini, seluruh dunia bertafakur sebentar mengingati bencana yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa. Acheh adalah kawasan yang menerima penangan yang paling teruk. Mungkin ini lah gambaran kepada perumpamaan 'padang jarak padang tekukur'. In Aceh, Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono set off a siren at 8:16 a.m. to begin a minute of silence. "It was under the same blue sky exactly a year ago that Mother Earth unleashed the most destructive power among us," Yudhoyono said in a flattened coastal suburb of the capital Banda Aceh. A 9.15 magnitude earthquake, which lasted eight minutes, set off waves 10 metres high that smashed into shorelines as far away as East Africa, sweeping holidaymakers off beaches and erasing entire to...

Quick Updates

Quick updates especially to my friends and kind visitors of this blog. My wife has safely delivered a baby boy at 2.32 yesterday afternoon (19 December 2005). The baby is healthy at 2.6 kg (he was still 2.2 kg during our previous check up last week). Wife is doing fine. AlhamdulilLah. Thank to Allah and thank to your kind doa. Now, I'm off for a meeting and InshaAllah will find time to write more later.

A Long Delayed Entry (Part III)

Image
Anak-Anak ku, Ayah rasa ini adalah entry yang terakhir related to what happened to us the other day. Ayah rasa sudah sampai masanya untuk kita move on with our lives. Kita panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepadaNya kerana masih memberi kita second chance dalam kehidupan kita di dunia ini. Anggap lah entry ini dan entry2 yang terdahulu sebagai ingatan dan peringatan kepada kita. Kita hanya makhluk yang kerdil di muka bumi tuhan ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dan mendapat pengajaran dalam meneruskan hidup ini. The miraculous escape Ramai kawan2 Ayah yang terdiam seketika apabila melihat gambar2 kereta kita yang Ayah ambil di workshop di Jerantut pada hari Ahad 4 December tempohari. Atuk dan Nenek kamu pun gerun nak melihat gambar2 tersebut. Melihat kepada gambar2 ini, it's a miracle that we escaped with 'minor injuries'. Macam Ayah cakap in the earlier entry, it could have been a lot worst. We cheated death. [Gambar pintu sisi kereta sebelah kiri. Sliding door se...

A Long Delayed Entry (Part II)

The Signs Anak-anak ku, Samada kita percaya atau tidak, kadang-kadang gerak hati kita akan cuba memberitahu sesuatu kepada kita akan sesuatu yang mungkin terjadi kepada kita atau ke atas orang-orang yang dekat dengan kita. Sebenarnya, bukan saja Ayah yang dapat merasakan sesuatu yang tak kena pada awal perjalanan kita pulang berhari raya ke Pasir Mas, bahkan Ibu mu juga berasa tidak sedap hati sebelum kita meninggalkan rumah pada pagi hari kejadian yang malang itu. Pada pagi 4 November (Hari Raya kedua) itu, seawal pukul 4.00 pagi Ayah telah dikejutkan oleh Ibu untuk bersiap untuk memulakan perjalanan. Memang Ayah dan Ibu merancang untuk bertolak awal pagi sebab Anak-anak biasanya akan tidur sepanjang perjalanan. Lagipun kalau bertolak awal boleh elakkan Anak2 kepanasan dan keboringan dalam kereta kalau tersangkut traffic jam di Machang atau bandar Tanah Merah nanti. Lepas mandi untuk menyegarkan badan, Ayah sembahyang sunat untuk bermusafir sambil berdoa supaya perjalanan pergi balik ...

A Long Delayed Entry

Anak-anak ku, Ayah minta maaf kerana mengambil masa yang sangat lama untuk menulis entry ini selepas entry terakhir blog ini sebelum Hari Raya tempohari. Sudah lebih sebulan Ayah tidak menghiraukan blog ini atas sebab-sebab yang tentu sekali Anak-anak sedia maklum. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Dia lah Tuhan seluruh alam yang Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Tidak akan bergerak atau terjadi akan sesuatu di dunia ini tanpa keizinanNya. Anak-anak ku, Ayah ingin memohon maaf kerana sambutan Hari Raya kita tempohari tidak sesempurna orang lain. Ayah ingin memohan maaf kerana rancangan kita untuk berhari raya di kampung Itok di Pasir Mas tidak kesampaian. Segala perancangan kita untuk bercuti dan bermandi manda di sebuah resort di tepi pantai PCB tidak dapat dipenuhi. Ayah tahu tentu sekali Anak-Anak Ayah kecewa kerana tak dapat main air dengan swimming suits yang baru Ibu kamu belikan. Dan tentu sekali Ayah ingin memohon...

Things to do today

Emm reminder to myself, benda2 yang kena buat hari ni. Withdraw some money dan mintak tukar duit raya. Kalau Bank Rimau bagi sampul duit lagi bagus. ( Bad Idea - tadi nampak orang beratur kat bank ramai gila. Nyesal lambat call kawan yang jaga duit kat Central Bank mintak dia tolong tukarkan. Nak buek cam no? ) Call Uncle yang selalu hantar suratkhabar kat rumah. Remind dia to stop sending newspapers from 1st to 8th of November walaupun Wife dah bagitahu dia last week. Siram pokok sebelum balik semula ke Melaka petang ni/pagi esok. Nanti mati kering pokok yang Wife penat2 tanam. Lagi pun Auntie jiran sebelah pun tak de rumah sebab ziarah kakak dia sakit kat Jakarta. Alihkan pokok2 ke tepi rumah sikit. Sekurang2nya boleh kena tempias hujan. Alter carpet kereta. Last week kedai accessories kereta tu buat macam cincai aje. Tak guna betul. Lagi pun aku nak cepat masa tuh dah tak leh nak tunggu. Beli belt. Ya nak kena beli belt. Tadi nak cepat datang opis terlupa pakai bel...

Sibuknyaaa

Anak2 ku, Ayah mu tersangaaaaat lah sibuk hari ni. Sejak dari time masuk ofis dari pukul 9.30 pagi sampai tengah hari, sibuk bukak kad2 raya yang diterima dari kawan2 dan clients , sibuk jengah blog2 regular, baca entry hari raya diaorang dan tinggalkan message selamat hari raya, sibuk nak tukar duit raya nak bawak balik kampung, sibuk cari envelope angpau raya (sejak bila benda ni dah jadi trend - duit raya nak kena letak dalam envelope, Ayah pun tak tahu), sibuk balas SMS raya dari kawan2. Lepas ni sibuk nak jumpa staff nak ucap selamat hari raya dan nak mintak maaf kalau ada tersalah silap (ehem, maklum lah Ayah ni kan boss diaorang) . Lepas tu, sibuk nak bagi duit raya kat staff2 yang dah ada anak2 kecik. Nanti sibuk nak hantar mass email ucapkan selamat hari raya kat semua kawan2 yang Ayah ada email address diaorang especially yang ada dalam yahoogroups . Pendek kata, memang sibuk betul lah hari ni. Dah tak de mood nak kerja. Anak2 ku, InsyaAllah esok (jam berapa tu tak tahu lag...

Harga Sebuah Blog

Image
Taking the cue from Puan Lydia Teh , I was tempted to check on the worth of my blog. This is what I got: My blog is worth $0.00 . How much is your blog worth? Truly I should not complain. Afterall being in the same league with Lydia , Jeff Ooi and TV Smith is not that bad after all. By the way my other blog is also worth zilch. My blog is worth $0.00 . How much is your blog worth? Emmm, Tak percaya ke?

Mana Hati dan Perut Mu

Siapa yang tergamak buat kerja macam ni? Kind twist of fate for infant MUAR: The smile said it all. The baby had been left for dead but fate smiled on him when lorry driver Norazli Motohar, 26, and his assistant Remy Abdul Samad, 26, decided to take a rest at a secluded spot near the Tanjung Agas dumping area yesterday morning. Remy noticed a green-coloured sports bag on top of the heap of rubbish. It was just around 10am and Remy thought it was their lucky day as there could be some valuables and possibly money inside it. As he was walking towards the site, he saw the bag move. Startled, he rushed back to alert Norazli. They returned and unzipped the bag and what they found inside was the last thing they expected to find. The baby, a male with its umbilical cord still intact, was wrapped in a white piece of cloth. The bag had been lined with a sarong to keep the baby comfortable. The Star, Sunday October 23, 2005 Siapa yang sanggup memperlakukan begitu t...

Puasa (Part II)

"Kenapa kena makan sekali lagi?" "Abang kan dah makan tadi." Abang separuh merungut bila Ayah pimpin turun tangga ke meja makan. "Eh malam tadi kan Abang cakap Abang nak bangun sahur?" Ayah cuba ingatkan balik. Mungkin Abang tengah separuh sedar lagi walaupun dah cuci muka. "Macam ni lah sahur. Kita makan ramai2. Tengok Kak Long dengan Kak Nagh tengah makan sebab dia orang nak puasa esok" Ayah cuba terangkan. Mungkin malam tadi masa berbuka Abang was curious and interested to know what he has been missing bila semua orang kat meja makan bercerita pasal bangun sahur, nak makan apa masa sahur, kalau tak sahur tak leh jadi kuat dan macam2 lagi. Sebab tu lah Abang cakap dia nak bangun sahur dan suruh Ayah kejut dia. Bila dah bangun dia mamai dan confuse. Tak nak makan. Ibu nak tolong suapkan pun dia tak mahu. Puas dipujuk dia tak nak jugak. Last sekali dia demand , "Abang tak nak lauk telor, Abang nak lauk UDANG!". Aduus, yang tak de jugak ...

Al Fatihah

Anak2 ku, Marilah kita bersama2 membaca Al Fatihah dan hadiahkan kepada Al Marhumah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Pak Lah, Perdana Menteri kita yang telah meninggal dunia pada pagi ini. Ini adalah kenyataan ringkas dari Bernama. PUTRAJAYA, Oct 20 (Bernama) -- Prime Minister's wife Datin Seri Endon Mahmood passed away at 7.55 am Thursday at the Prime Minister's official residence Seri Perdana Putrajaya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told Bernama. -- BERNAMA Walaupun Ayah dan kita sekeluarga mungkin tidak kenal atau tak pernah berjumpa dengan beliau, tetapi adalah diharuskan ke atas kita sebagai seorang muslim untuk mendoakan seorang muslim yang lain yang telah dijemput kembali kerahmatulLah terdahulu dari kita. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Puasa

Anak2 ku, Ayah gembira dan sangat bersyukur sebab Kak Long dan Kak Ngah akhirnya berjaya puasa penuh setelah beberapa hari puasa separuh hari. Semalam adalah hari pertama puasa penuh bagi Kak Ngah tapi Kak Long dah pun masuk hari ketiga. Ayah juga gembira sebab anak2 Ayah berpuasa bukan sebab digula-gulakan dengan janji duit raya lebih atau benda2 lain. Kalau setakat nak berbuka dengan donuts dari Dunkin Donuts tu InsyaAllah Ayah boleh tunaikan. Ayah berharap anak2 perempuan Ayah dapat teruskan sampai akhir Ramadhan, baru lah Hari Raya kita lebih bermakna. Cuma Ibu ada report pasal Abang yang restless dan boring sebab tak boleh naik main dengan kakak2 nya yang keletihan puasa. Kesian...Abang. Mungkin tahun depan kita pakat pujuk dia cuba belajar puasa.

Baby Baru (Part II)

Image
Okay lah, to those who visited and left comments in my last post, this is the picture of my new baby. Cantik tak? When I got my previous car, I thought I was going to keep it for a very looong time. Afterall, the (previous) baby was known as the Ultimate Driving Machine , there was more reason for me to fall in love with another car. Owning a 5-series has always been my dream, what more when I got it through my own hard work, blood, sweat and tears, so to speak . Not through some APs connections . But guys will always be guys, right? I got fed up with all the scracthes, dents and knocks that I got contributed by the uneven roads, potholes and bumps. I hate to 'crawl' over the speed breakers that were built not following proper specifications. The last straw was when after some road re-surfacing job near the my office, I could not enter the basement carpark without grazing the undercarriage of my car. So I told myself that the time has come for a change. With the new baby, I ho...

Baby Baru

Ohh sungguh gembira sekali dapat baby baru last Tuesday. Originally expected to be delivered late last month tapi tak pe lah asalkan semua selamat. Sekarang ni tengah sibuk bermanja-manjaan dengan baby baru. Last time dapat tahun 2002. Okay lah tu jarak dia. Nanti bila ada masa, I will upload gambar dia.

Buka Puasa

Anak-anak ku, Semalam hari kedua berpuasa tapi Ayah mu dah kecundang. Bukan kantoi puasa, tapi baru hari kedua dah terpaksa berbuka dalam kereta. Nasib baik dah beli air tin sebab dah agak memang tak sempat sampai rumah punya. Meeting habis hampir pukul 5.30 ptg. Tapi traffic jam punya pasal, sepanjang Jalan Sultan Ismail dari Menara Promet ke Medan Tuanku/Jalan Tuanku Abdul Rahman ambik masa hampir sejam. Terpaksa bergegas naik ofis sembahyang Asar dulu sebelum turun nak balik rumah. By then, dah melewati pukul 6.40 ptg. Masa azan Maghrib berkumandang melalui radio, Ayah mu masih lagi tercongak2 mana lagi short cut yang nak lalu untuk cepat sampai rumah.

Salam Ramadhan

Kepada pelawat2 dan kawan2 yang beragama Islam, Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga kita akan berlumba2 untuk mendapatkan keampunan dan kerahmatan dari Allah s.w.t. Salam Ramadahan Al Mubarak

Aduuh

UPDATED VERSION Anak Anak ku, Maaf, ini bukan nak cerita pasal lagu Aduh Saliha. Mungkin Anak-anak ku tak tahu, baru2 ni Kota Bharu sudah diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam - (Mawi pun dijemput untuk buat persembahan dan sembahyang berjemaah kat Stadium). Tentu sekali sebagai warga Darulnaim Ayah terasa gembira dengan pengisytiharan itu. Tahniah untuk pentadbiran kerajaan negeri Darulnaim. [Tahniah juga buat YB Takiyuddin yang Ayah kenali, kerana Ayah tahu dia bekerja kuat untuk semua ini]. Tapi rupanya, ada juga orang yang tak berapa gembira. Khabarnya, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri kita kurang senang dengan pengumuman itu. Pengisytiharan bandaraya Islam dikhuatiri jatuhkan imej agama Penasihat Agama kepada Perdana Menteri berkata, pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam boleh menjejaskan nama baik agama sekiranya pengurusan bandaraya itu tidak menepati kehendak Islam. (malaysiakini, 30 Sept 2005 - subscription required) Ya, baca betul-betul. Penasihat Agama ...

Entri Pasca MERDEKA

Anak-anak ku, Negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 48 semalam. (Itu sebabnya anak2 cuti dan tak perlu pergi ke sekolah!). Sebenarnya Ayah berasa sangat bangga, terharu dan pada masa yang sama 'teruja' (perkataan baru yang sangat popular sejak kebelakangan ni) membaca entri-entri merdeka di alam blog maya di Malaysia ini. Terima kasih kepada En Jeff Ooi yang memberikan pautan yang membawa Ayah ke blog-blog yang menarik dan lebih penting, bernas di hari menyambut kemerdekaan negara kita. Paling menarik bagi Ayah ialah entri dari En. Belacan dengan 10 harapannya . Sesungguhnya, Ayah juga (dan tentunya sebahagian besar rakyat Malaysia) berkongsi IMPIAN yang besar ini: Moga-moga negara kita selamat dan aman, rakyat cerdas dan berwibawa. Moga-moga tentera, polis, bomba dan semua yang berkorban untuk menjaga keselamatan negara dilindungi Tuhan. Moga-moga ahli parlimen dan dewan undangan negeri yang telah kita mengundi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rakya...

Yes, It did Work

Anak-anak ku, Cukup bangga Ayah mu ini bila cubaan untuk mengemaskini kan blog ini melalui e-mail telah berjaya. Well, it may not be rocket science, but still - an achievement to me.

Testing

Testing. Whether I could update my blog via e-mail.   OSH  

KL Engulfed by HAZE (2)

Image
Anak-anak ku, Lihatlah gambar yang Ayah ambil petang ni. Bandingkan pula dengan gambar yang Ayah ambil pada akhir bulan Jun lepas. Ada Anak-anak ku nampak KLCC? Gambar ini diambil pada 29 June 2005. Betapa indahnya KL (pada masa tu).

KL Engulfed by HAZE

Anak-anak ku, Kalau Anak-anak ku tidak dibenarkan keluar main basikal di laman rumah , maka dengarlah pesan Ibu mu itu. Walaupun baru pagi tadi, Ayah ada dengar dari corong radio mengatakan tahap jerebu belum kritikal, jangan lah dipercaya sangat berita itu. Tentu sekali orang yang buat kenyataan itu tak pernah keluar dari pejabat untuk melihat (dan merasa) betapa jerebu di KL ini sudah teruk sehinggakan banyak bangunan pencakar langit dah 'hilang' dari pandangan. Nak berjalan pun terasa pedih mata dan hidung.

Bila Charity Dikomersilkan

Anak-anak ku, Memang dari dulu Ayah sudah dapat mengagak pasal benda ni. Sekarang terbukti benar . Banyak kali (selalunya waktu makan di mana2 restoran dekat dengan ofis) Ayah didatangi oleh anak2 muda yang memakai tanda nama dan menyatakan mereka mengutip sumbangan untuk badan kebajikan, WWF, atau Shelter Homes atau mana2 charitable organisations. Ayah pernah bertanya, berapa komisyen dia orang dapat buat kutipan derma ni? Kebanyakan cuba mengelak untuk menjawab. Ada sorang tu pernah menjawab, 'Itu saya tak tahu, bang. Itu kena tanya company'. Anak-anak ku, Sebenarnya dalam dunia ni, kalau tak dapat komisyen, takkan ada orang nak buat kerja-kerja kebajikan secara bersungguh-sungguh. Kalau pun ada, hanya beberapa kerat sahaja. Rupanya dalam setiap RM1 yang kita dermakan, hanya RM0.10 aja yang diberikan kepada organisasi kebajikan itu. Yang lainnya dikongsi antara budak yang buat sale/kutipan, ofis dia, head office company dia, holding company dia dan macam-macam lagi. PETAL...

Tension nya...

Anak-anak ku, Semoga dengan bercerita sebegini boleh menghilangkan sedikit rasa tertekan dan tension yang Ayah mu sedang rasai sekarang ini. Maaf, sepatutnya Ayah duduk rumah dan bagi sepenuh masa Ayah untuk anak-anak Ayah dan ibu kamu pada hari-hari minggu sebegini. Ayah selalu sibuk. Itu rasanya dah tak payah lagi Ayah nak bagi tahu. Memang Anak-anak dah tahu Ayah selalu balik lambat. Kalau sesekali Ayah sampai rumah sebelum Maghrib, tentu Anak-anak akan tertanya2 macamana Ayah boleh balik awal dari 'sepatutnya'. Anak-anak ku, Selain dari kerja2 dari fail2 yang sememangnya Ayah perlu bereskan, Ayah juga terpaksa menanggung dan kena membereskan kerja2 yang pada awalnya bukan kerja Ayah. Nak buat macamana kalau Uncle Tengku dah mintak tolong. Memang macm tu lah selalunya. Kekadang kena rescue orang lain demi untuk kebaikan kompeni Ayah sendiri. Orang lain yang screw up , Ayah terpaksa korbankan masa dan tenaga untuk menjaga kepentingan dan integriti kompeni ini. Lagipun, kalau...

Gritty Young Girl

Image
Anak-anak ku, Pernah, Ayah mu ini runsing dan bimbang bila melihat Kak Long kamu menggalas beg ke sekolah. Beg sekolah sekarang ni semakin hari semakin berat. Ramai parents lain yang komplen. Rupanya, ada budak sekolah yang terpaksa menanggung beban yang lebih berat lagi. Anak-anak ku, Gadis yang malang ni terpaksa memikul tong oksigen seberat 8 kilogram ke sekolah setiap hari, selain dari membawa buku sekolah. Siti Salmah Jasni, who is waiting for a lung transplant, is back at school, lugging an eight-kilogramme portable oxygen tank in her schoolbag daily. The apparatus, which has enough oxygen to last six hours, is what keeps the Form Four student alive. Costing RM14,000, it was donated by three readers of the New Straits Times after they read of Siti’s plight in May. At that time she was warded at the National Heart Institute, waiting for a lung donor. Siti Salmah now has four oxygen tanks of various sizes, but because of their weight, she relies on the help of classmates to carr...

AP Yang Menyesatkan

Anak-Anak ku, Untuk pengetahuan Anak-anak ku sekalian, selain dari berita hangat Raja AP yang Ayah ada ceritakan dalam laman yang lepas, namun ada satu lagi kes AP yang tak kurang jugak hebatnya. Bukan setakat hebat, tapi sudah masuk bab sesat dan menyesatkan. Ayah Pin dengan bangganya mendakwa dia adalah tuhan dan dia lah penghubung antara Kerajaan Langit (Sky Kingdom) dengan umat manusia di muka bumi ini dan dia lah juga ketua yang dilantik untuk memimpin dan menyatukan semua agama yang ada. Memang tak masuk akal. Tapi itulah yang dipercayai oleh pengikut-pengikutnya yang dikatakan berjumlah beribu-ribu yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama juga taraf pendidikan yang berbeza. Susah nak komen pasal Ayah Pin atau pasal 'agama' nya yang entah apa2 tuh. Dah memang tak masuk akal. Macam mana nak komen? Yang sedihnya, ada yang terang-terangan mengaku murtad dan cepat-cepat buat surat akuan bersumpah yang dia dah keluar dari Islam semata-mata nak mencabar kesahihan pendakwa...

Another Milestone

Anak-Anak ku, Hari ni Ayah mu terpaksa bergegas ke Sek Rendah Taman Melawati untuk pengesahan pendaftaran Kak Ngah sebagai murid tahun satu Sesi 2006. Fuuh, diam tak diam.....Kak Ngah pun dah nak masuk ' sekolah betul ' ikut jejak Kak Long. Bukan lagi tadika. Ini adalah satu milestone yang penting dan harus diingati dlam diari hidup kamu. Walaupun Ayah mu ini terlalu sibuk tetapi terpaksa juga pergi sebab kesiankan Ibu mu yang mungkin kelam kabut nak siapkan Abg Akmal dan Adik Inah di rumah dan pada masa yang sama nak kena hantar Kak Ngah ke Q-Dees. Sebenarnya, bukan itu yang Ayah mu nak rungutkan, tapi oleh kerana masa itu terlalu berharga, tak dapat tidak Ayah mu berasa sedikit kecewa dengan cara taklimat yang dibuat oleh Guru Penolong Kanan pagi tadi. Sebagai seorang guru, dia sepatutnya lebih arif dan tahu bagaimana nak sampaikan mesej dengan jelas, tepat dan ringkas. Dia tidak sepatutnya 'menceceh' dan mengulang-ngulang apa yang nak dicakapkan seolah-olah dia seda...

AP King

Dengarlah Anak-anak ku, Kalau lah kamu dapat membaca suratkhabar, akan kamu ketahui bahawa tiada apa yang paling hangat ditulis oleh orang suratkhabar dan internet kecuali pasal AP sahaja. Tiada lagi yang lebih penting melainkan pasal kes kurnia AP untuk bawa masuk kereta dari luar negara untuk dijual di dalam negara. Heboh pasal adanya Raja AP yang mendapat berpuluh-puluh ribu AP. Anak-anak ku, sesungguhnya berpuluh2 ribu itu sangat lah banyak. Tak terkira dengan jari2 Kak Long, Kak Ngah, Abg Akmal, Adik Inah hatta jika ditambah dengan jari2 Ibu mu. Heboh juga diperkatakan bahawa Raja AP ni mempunyai banglo yang sangat besar dan ada tiga buah helikopter untuk bergerak ke sana ke mari. Sayugia Ayah mu ingin memberitahu, helikopter yang dimiliki oleh Raja AP ini bukanlah sama dengan helikopter yang Atuk kamu belikan untuk Abg Akmal tahun lepas. Helikopter ini boleh terbang betul2 dan tak de pakai bateri AAA. Anak-anak ku, Sesungguhnya kita tidak sepatutnya dengki dengan kekayaan orang....

New Blog

Dengarlah Anakku, Tak tahu kenapa, tiba-tiba jiwa ini meronta-ronta inginkan blog baru. Macam Abg Akmal menangis-nangis mintak dibelikan mainan Power Rangers yang baru masa kat Giant tempohari. Mungkin - sesudah setahun, terasa bosan pula dengan blog yang sediaada . Tambahan pula selalu saja tak berkesempatan untuk blogging kalau tengah sibuk siapkan assignment. Walau apa pun tak berani pulak Ayah mu ini nak berjanji yang blog ni takkan menerima nasib yang sama dengan blog terdahulu. Kita tengoklah dulu ya. Mungkin juga - disebabkan suasana serba baru di opis ni yang buatkan hati melonjak-lonjak nak buat blog baru. Tukar environment. Mulai hari ni, opis telah berpindah ke tingkat 15. Alhamdulillah, semuanya okay tanpa major disruption. Mintak maaf sebab tak dapat bawak Anak-anak semua datang melawat opis baru ini hari Sabtu lepas. Renovations belum siap lagi. Nanti semua selsema sebab kena habuk pulak. Atau mungkin - sebab terlalu tension dengan kerja. You see, I'm currently waaay ...