Buka Puasa

Anak-anak ku,

Semalam hari kedua berpuasa tapi Ayah mu dah kecundang.

Bukan kantoi puasa, tapi baru hari kedua dah terpaksa berbuka dalam kereta. Nasib baik dah beli air tin sebab dah agak memang tak sempat sampai rumah punya.

Meeting habis hampir pukul 5.30 ptg. Tapi traffic jam punya pasal, sepanjang Jalan Sultan Ismail dari Menara Promet ke Medan Tuanku/Jalan Tuanku Abdul Rahman ambik masa hampir sejam. Terpaksa bergegas naik ofis sembahyang Asar dulu sebelum turun nak balik rumah. By then, dah melewati pukul 6.40 ptg.

Masa azan Maghrib berkumandang melalui radio, Ayah mu masih lagi tercongak2 mana lagi short cut yang nak lalu untuk cepat sampai rumah.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog