Puasa (Part II)

"Kenapa kena makan sekali lagi?"
"Abang kan dah makan tadi."

Abang separuh merungut bila Ayah pimpin turun tangga ke meja makan.

"Eh malam tadi kan Abang cakap Abang nak bangun sahur?" Ayah cuba ingatkan balik. Mungkin Abang tengah separuh sedar lagi walaupun dah cuci muka.

"Macam ni lah sahur. Kita makan ramai2. Tengok Kak Long dengan Kak Nagh tengah makan sebab dia orang nak puasa esok" Ayah cuba terangkan.

Mungkin malam tadi masa berbuka Abang was curious and interested to know what he has been missing bila semua orang kat meja makan bercerita pasal bangun sahur, nak makan apa masa sahur, kalau tak sahur tak leh jadi kuat dan macam2 lagi. Sebab tu lah Abang cakap dia nak bangun sahur dan suruh Ayah kejut dia.

Bila dah bangun dia mamai dan confuse. Tak nak makan. Ibu nak tolong suapkan pun dia tak mahu. Puas dipujuk dia tak nak jugak. Last sekali dia demand, "Abang tak nak lauk telor, Abang nak lauk UDANG!".

Aduus, yang tak de jugak yang dimintaknya. Ayah pujuk dia minum milo lepas tu bawak dia naik sambung tidur.

Apa lah Abang nih....

Baru sekejap tadi Ayah telefon rumah. Ibu kata Abang dah pun makan hotdog pagi ni. Yang bestnya Abang pandai pulak cakap Abang tak nak puasa sebab Ayah tak cakap suruh puasa, Ayah suruh bangun sahur aje.... Aikk?

Loyar pulak anak jantan Ayah ni.

Comments

Ni said…
wah kat sini byk cerita psl anak2, certainly u r the superhero to ur kids
Kak Teh said…
he certainly is, cik ni!
Cikni - welcome and yes, I am the superhero.
Kak Teh - Thanks

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...