Posts

Showing posts from September, 2008

Ramadhan 2008 - Day 26

Dearest Friends and Fellow Bloggers,

Salam Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.

Ramai yang mungkin akan mula bercuti hari ni. Moga-moga semua yang dirancang akan dicapai. Moga dijauhkan dari aral dan mala petaka dalm perjalan pulang ke kampung.

Kalau mengikut perancangan, kami sekeluarga akan pulang ke Ayer Keroh Melaka pagi esok selepas bersahur dan solat subuh. (Malam ni yang empunya diri masih nak main Futsal - last kopek punya!). Kami akan menghabiskan Ramadhan dan menyambut Hari Raya pertama di Ayer Keroh, Bukit Baru, Masjid Tanah dan kawasan sekitarnya.

Pagi Hari Raya kedua, kami akan mengambil flight balik ke Kelantan dan akan bercuti di Kelantan sehingga Isnin. Anak2 ponteng lah sekolah sehari.

Sebenarnya, sejak terlibat dalam accident pada Hari Raya kedua pada tahun 2005, kami mengambil keputusan untuk pulang berhari raya dengan menaiki kapal terbang sahaja. Memang agak membebankan poket sebab terpaksa beli tiket untuk 2 dewasa dan 5 orang kanak-kanak. Akid pun dah sepatutn…

Ramadhan 2008 - Day 23

Dalam tazkirah malam tadi, penceramah jemputan ada bertanya, sepanjang Ramadhan ini, mampukah kita menghentikan maksiat?

Maksiat tangan kita
Maksiat mulut kita
Maksiat mata kita
Maksiat kaki kita
Maksiat hati kita

Kita berpuasa, bertadarus, kita bertahajjud, kita bertasbih dan sebagainya tapi kita belum tentu mampu menghalang diri kita dari terjebak dengan maksiat sepanjang Ramadhan ini.

Kata penceramah lagi, mungkin ini lah sebabnya kita gagal bertemu Layla?

Ramadhan 2008 - Day 19

Penceramah jemputan dalam tazkirah malam tadi membacakan hadis yang menyuruh kita membaca Al-Quran sampai kita menangis, dan kalau tak menangis; paksa diri kita menangis.

Baca lah Quran sehingga mengesankan jiwa kita dan menyentuh lubuk jiwa - baru lah ia boleh membuatkan kita menangis.

Juga dibacakan hadis yang menyatakan bahawa Al-Quran akan menjadi penyelamat kita disaat-saat tidak ada orang lain boleh menolong kita.

Kita disaran menjadikan hidup/diri kita mengikut resmi Al-Quran. Semasa masih baru disayangi, lagi lama lagi dihargai. Hatta kalau dijumpai sehelai yang terkoyak pun orang akan simpan dan dimuliakan.

Satu lagi yang menarik untuk dikongsi ialah penceramah membacakan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina 'Aishah yang menyatakan Nabi melarang kita dari tidur dalam keadaan berjunub dan tidak berwudhuk. Hadis menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan membersihkan kemaluannya selepas bersama dengan isterinya dan baginda berwudhuk lebih dahulu sebelum tidur. Nabi juga meny…

Ramadhan 2008 - Day 14

"Sesungguhnya neraka itu dipagari dengan perkara-perkara yang disukai hawa nafsu; manakala syurga itu dipagari dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh nafsu"

Hadis sahih riwayat Muslim seperti yang disampaikan oleh penceramah dlm tazkirah selepas solat tarawih sebentar tadi.

Renung-renungkan..........

Ramadhan 2008 - Day 13

Berbuka puasa dengan anak-anak Chow Kit.

Sabtu lepas (6 September) aku sempat berbuka puasa dengan anak-anak Chow Kit di Pusat Penjagaan Anak-Anak Nur Salam - juga dikenali sebagai pusat aktiviti anak-anak Chow Kit. Terdahulu, ofis aku menerima panggilan dari pengasas pusat tersebut mengatakan beliau memerlukan sedikit sumbangan berbuka puasa untuk anak-anak chow kit di bawah jagaannya. Katanya dia memerlukan sumbangan wang tunai untuk membeli nasi bungkus untuk hari Sabtu tu. Hari-hari yang lain dah ada sponsor.

So my office decided to sponsor the Iftar. Sebenarnya kelam-kabut jugaklah staffs kat ofis nak menguruskan cari catering, logistik dan lain-lain. Tapi semua tu rasa berbaloi bila melihat semua makanan yang dibawa habis dimakan dan bila melihat wajah-wajah ceria budak2 kat situ.

Bayangkan, sampai tak cukup sambal belacan yang disediakan. Tak padan dengan kecik. Terpaksa lah kami pergi beli sambal belacan kat gerai makan kat bawah.

Bayangkan juga macam mana gamatnya mengendalikan l…

Ramadhan 2008 - Day 12

Hari ni masa sahur, Abang Akmal ingatkan semua orang yang hari ni ialah hari jadinya yang ke 7.

Semua orang kat meja makan tu, dengan muka separa mengantuk, ucapkan selamat hari jadi kat dia. Tak de nak nyanyi pun. Kesian, birthday jatuh bulan puasa. Tak boleh nak bawak birthday packs kongsi dengan kawan2 kat sekolah.

Sebenarnya minggu sebelum puasa lagi dia ada tanya, boleh tak dia nak ajak kawan2 datang rumah sambut hari jadi dia. Bila diberitahu birthday dia jatuh hari berpuasa, dia buat muka sedih aje. Kalau tak puasa pun belum tentu aku benarkan. Aku bukannya suka sangat anak2 memperbesarkan sambutan harijadi ni. Selalunya, paling banyakkan pun beli kek kecik dan biar anak tiup lilin dengan adik-beradik dia aje. Kalau ada cousins diorang datang, gamat sikit lah kat rumah. [Psst...sambutan birthday kawan2 anak aku kat my neighbourhood ni memang dahsyat - tak de lah aku nak berlawan2 dengan diorang. Paling koman buat kat McD utk 30 orang kanak2. Anak2 aku ada jugak yang dijemput atte…

Ramadhan 2008 - Day 5

Today is.........

Today is the 5th day of Ramadhan (tak lama lagi nak raya?)
Today is Friday (means longer lunch/prayer break)
Today is also SOGO card members' sale!

It's a bad bad combinations.

It's combination of traffic chaos!. From 15th floor of my office building I could hear horns blaring non stop from cars/buses stuck in the traffic jam since the morning.

This is Crazy.

I think I wanna leave office early today.


*******************

Have received your Hari Raya Greeting Card yet?

I got mine on the 3rd day of Ramadhan.

It was from someone who was one of the founding partners of my firm who, more than thirty years ago, established this law firm that I am currently with. He was once a cabinet minister of the previous administration and now busy with his property development business.

Ah....now I have to start looking at the lists of names of my muslim clients and friends.

Ramadhan 2008 - Day 1

So how was your first day of Ramadhan?AlhamdulilLah, the kids went through it quite well. Just one or two ‘near misses’ – which was expected since yesterday was the first day of fasting.Abang Akmal melepet towards the end of the day. Dia tertidur kepenatan bila dah masuk jam 5 lebih. Kejut untuk mandi jam 6.45 petang pun masih tak larat nak bangun. Sapa suruh main basikal tengahari semalam?. Kesian sungguh. Masa berbuka suruh dia makan kurma pelan-pelan pun dia tak nak. Pujuk berbuka makan kismis dulu dan minum air suam. Lepas tu makan tauhu. Takut angin dan termuntah kalau makan cepat sangat. Lama lepas tu baru lah Akmal ada selera nak makan. Kak Long pulak tengah2 buat homework (dah boring agaknya), terus masuk dapur dan buka fridge, “Ibu, kat mana coklat yang hari tu?” “Eh, nak buat apa dengan coklat? Hari ni kan Kak Long puasa?”“Oh lupa....” Kak Long tersengih malu. Nasib baik Ibu ada kat dapur, kalau tak....selamat (jalan) lah puasa Kak Long.