Ramadhan 2008 - Day 19

Penceramah jemputan dalam tazkirah malam tadi membacakan hadis yang menyuruh kita membaca Al-Quran sampai kita menangis, dan kalau tak menangis; paksa diri kita menangis.

Baca lah Quran sehingga mengesankan jiwa kita dan menyentuh lubuk jiwa - baru lah ia boleh membuatkan kita menangis.

Juga dibacakan hadis yang menyatakan bahawa Al-Quran akan menjadi penyelamat kita disaat-saat tidak ada orang lain boleh menolong kita.

Kita disaran menjadikan hidup/diri kita mengikut resmi Al-Quran. Semasa masih baru disayangi, lagi lama lagi dihargai. Hatta kalau dijumpai sehelai yang terkoyak pun orang akan simpan dan dimuliakan.

Satu lagi yang menarik untuk dikongsi ialah penceramah membacakan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina 'Aishah yang menyatakan Nabi melarang kita dari tidur dalam keadaan berjunub dan tidak berwudhuk. Hadis menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan membersihkan kemaluannya selepas bersama dengan isterinya dan baginda berwudhuk lebih dahulu sebelum tidur. Nabi juga menyuruh isterinya menyucikan diri dan berwudhuk sebelum tidur ketika di dalam haid dan nifas.

Penceramah yang juga seorang pengamal perubatan tradisional mengatakan penting untuk kita mengikut saranan hadis ini untuk mengelakkan dari macam-macam penyakit pelik-pelik termasuklah yang disebabkan oleh jin dan syaitan.

Sekadar berkongsi.

Comments

Bunga Rampai said…
Kita disaran menjadikan hidup/diri kita mengikut resmi Al-Quran. Semasa masih baru disayangi, lagi lama lagi dihargai. Hatta kalau dijumpai sehelai yang terkoyak pun orang akan simpan dan dimuliakan.

Petikan kata-kata di atas sangat mancabar diri!

Terima kasih berkongsi ilmu.
Sya said…
OSH terimakasih utk info yg mengambil wuduk walaupun dlm hadas/nifas. Kak sya tak tau tu..
CikWan: sama-sama kita share

CikRampai: mencabar, tercabar - mari kita menyahut cabaran!

K'Sya: sama-sama, saya sebenarnya pernah dengar sebelum ni. Tapi mungkin kurang memberi perhatian.
Ku Keng said…
Dan ramai juga yang menangis kerana tak tau baca Koran. Dan menangis kerana tuang kelas Koran.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...