Posts

Showing posts from October, 2005

Things to do today

Emm reminder to myself, benda2 yang kena buat hari ni.

Withdraw some money dan mintak tukar duit raya. Kalau Bank Rimau bagi sampul duit lagi bagus. (Bad Idea - tadi nampak orang beratur kat bank ramai gila. Nyesal lambat call kawan yang jaga duit kat Central Bank mintak dia tolong tukarkan. Nak buek cam no?)Call Uncle yang selalu hantar suratkhabar kat rumah. Remind dia to stop sending newspapers from 1st to 8th of November walaupun Wife dah bagitahu dia last week.Siram pokok sebelum balik semula ke Melaka petang ni/pagi esok. Nanti mati kering pokok yang Wife penat2 tanam. Lagi pun Auntie jiran sebelah pun tak de rumah sebab ziarah kakak dia sakit kat Jakarta.Alihkan pokok2 ke tepi rumah sikit. Sekurang2nya boleh kena tempias hujan.Alter carpet kereta. Last week kedai accessories kereta tu buat macam cincai aje. Tak guna betul. Lagi pun aku nak cepat masa tuh dah tak leh nak tunggu.Beli belt. Ya nak kena beli belt. Tadi nak cepat datang opis terlupa pakai belt. Lagi pun belt aku tu d…

Sibuknyaaa

Anak2 ku,

Ayah mu tersangaaaaat lah sibuk hari ni.

Sejak dari time masuk ofis dari pukul 9.30 pagi sampai tengah hari, sibuk bukak kad2 raya yang diterima dari kawan2 dan clients, sibuk jengah blog2 regular, baca entry hari raya diaorang dan tinggalkan message selamat hari raya, sibuk nak tukar duit raya nak bawak balik kampung, sibuk cari envelope angpau raya (sejak bila benda ni dah jadi trend - duit raya nak kena letak dalam envelope, Ayah pun tak tahu), sibuk balas SMS raya dari kawan2.

Lepas ni sibuk nak jumpa staff nak ucap selamat hari raya dan nak mintak maaf kalau ada tersalah silap (ehem, maklum lah Ayah ni kan boss diaorang). Lepas tu, sibuk nak bagi duit raya kat staff2 yang dah ada anak2 kecik. Nanti sibuk nak hantar mass email ucapkan selamat hari raya kat semua kawan2 yang Ayah ada email address diaorang especially yang ada dalam yahoogroups.

Pendek kata, memang sibuk betul lah hari ni. Dah tak de mood nak kerja.

Anak2 ku,

InsyaAllah esok (jam berapa tu tak tahu lagi, tengok …

Harga Sebuah Blog

Image
Taking the cue from Puan Lydia Teh, I was tempted to check on the worth of my blog. This is what I got:



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


Truly I should not complain. Afterall being in the same league with Lydia, Jeff Ooi and TV Smith is not that bad after all.

By the way my other blog is also worth zilch.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


Emmm, Tak percaya ke?

Mana Hati dan Perut Mu

Siapa yang tergamak buat kerja macam ni?

Kind twist of fate for infant
MUAR: The smile said it all. The baby had been left for dead but fate smiled on him when lorry driver Norazli Motohar, 26, and his assistant Remy Abdul Samad, 26, decided to take a rest at a secluded spot near the Tanjung Agas dumping area yesterday morning.
Remy noticed a green-coloured sports bag on top of the heap of rubbish. It was just around 10am and Remy thought it was their lucky day as there could be some valuables and possibly money inside it. As he was walking towards the site, he saw the bag move. Startled, he rushed back to alert Norazli. They returned and unzipped the bag and what they found inside was the last thing they expected to find. The baby, a male with its umbilical cord still intact, was wrapped in a white piece of cloth. The bag had been lined with a sarong to keep the baby comfortable.
The Star, Sunday October 23, 2005
Siapa yang sanggup memperlakukan begitu terhadap seorang bayi yang b…

Puasa (Part II)

"Kenapa kena makan sekali lagi?"
"Abang kan dah makan tadi."

Abang separuh merungut bila Ayah pimpin turun tangga ke meja makan.

"Eh malam tadi kan Abang cakap Abang nak bangun sahur?" Ayah cuba ingatkan balik. Mungkin Abang tengah separuh sedar lagi walaupun dah cuci muka.

"Macam ni lah sahur. Kita makan ramai2. Tengok Kak Long dengan Kak Nagh tengah makan sebab dia orang nak puasa esok" Ayah cuba terangkan.

Mungkin malam tadi masa berbuka Abang was curious and interested to know what he has been missing bila semua orang kat meja makan bercerita pasal bangun sahur, nak makan apa masa sahur, kalau tak sahur tak leh jadi kuat dan macam2 lagi. Sebab tu lah Abang cakap dia nak bangun sahur dan suruh Ayah kejut dia.

Bila dah bangun dia mamai dan confuse. Tak nak makan. Ibu nak tolong suapkan pun dia tak mahu. Puas dipujuk dia tak nak jugak. Last sekali dia demand, "Abang tak nak lauk telor, Abang nak lauk UDANG!".

Aduus, yang tak de jugak yang di…

Al Fatihah

Anak2 ku,

Marilah kita bersama2 membaca Al Fatihah dan hadiahkan kepada Al Marhumah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Pak Lah, Perdana Menteri kita yang telah meninggal dunia pada pagi ini.

Ini adalah kenyataan ringkas dari Bernama.

PUTRAJAYA, Oct 20 (Bernama) -- Prime Minister's wife Datin Seri Endon Mahmood passed away at 7.55 am Thursday at the Prime Minister's official residence Seri Perdana Putrajaya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told Bernama.

-- BERNAMAWalaupun Ayah dan kita sekeluarga mungkin tidak kenal atau tak pernah berjumpa dengan beliau, tetapi adalah diharuskan ke atas kita sebagai seorang muslim untuk mendoakan seorang muslim yang lain yang telah dijemput kembali kerahmatulLah terdahulu dari kita.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Puasa

Anak2 ku,

Ayah gembira dan sangat bersyukur sebab Kak Long dan Kak Ngah akhirnya berjaya puasa penuh setelah beberapa hari puasa separuh hari. Semalam adalah hari pertama puasa penuh bagi Kak Ngah tapi Kak Long dah pun masuk hari ketiga.

Ayah juga gembira sebab anak2 Ayah berpuasa bukan sebab digula-gulakan dengan janji duit raya lebih atau benda2 lain. Kalau setakat nak berbuka dengan donuts dari Dunkin Donuts tu InsyaAllah Ayah boleh tunaikan.

Ayah berharap anak2 perempuan Ayah dapat teruskan sampai akhir Ramadhan, baru lah Hari Raya kita lebih bermakna.

Cuma Ibu ada report pasal Abang yang restless dan boring sebab tak boleh naik main dengan kakak2 nya yang keletihan puasa. Kesian...Abang. Mungkin tahun depan kita pakat pujuk dia cuba belajar puasa.

Baby Baru (Part II)

Image
Okay lah, to those who visited and left comments in my last post, this is the picture of my new baby.

Cantik tak?


When I got my previous car, I thought I was going to keep it for a very looong time. Afterall, the (previous) baby was known as the Ultimate Driving Machine, there was more reason for me to fall in love with another car. Owning a 5-series has always been my dream, what more when I got it through my own hard work, blood, sweat and tears, so to speak. Not throughsome APs connections.

But guys will always be guys, right? I got fed up with all the scracthes, dents and knocks that I got contributed by the uneven roads, potholes and bumps. I hate to 'crawl' over the speed breakers that were built not following proper specifications. The last straw was when after some road re-surfacing job near the my office, I could not enter the basement carpark without grazing the undercarriage of my car. So I told myself that the time has come for a change.

With the new baby, I hope my tr…

Baby Baru

Ohh sungguh gembira sekali dapat baby baru last Tuesday.

Originally expected to be delivered late last month tapi tak pe lah asalkan semua selamat.

Sekarang ni tengah sibuk bermanja-manjaan dengan baby baru.

Last time dapat tahun 2002. Okay lah tu jarak dia.

Nanti bila ada masa, I will upload gambar dia.

Buka Puasa

Anak-anak ku,

Semalam hari kedua berpuasa tapi Ayah mu dah kecundang.

Bukan kantoi puasa, tapi baru hari kedua dah terpaksa berbuka dalam kereta. Nasib baik dah beli air tin sebab dah agak memang tak sempat sampai rumah punya.

Meeting habis hampir pukul 5.30 ptg. Tapi traffic jam punya pasal, sepanjang Jalan Sultan Ismail dari Menara Promet ke Medan Tuanku/Jalan Tuanku Abdul Rahman ambik masa hampir sejam. Terpaksa bergegas naik ofis sembahyang Asar dulu sebelum turun nak balik rumah. By then, dah melewati pukul 6.40 ptg.

Masa azan Maghrib berkumandang melalui radio, Ayah mu masih lagi tercongak2 mana lagi short cut yang nak lalu untuk cepat sampai rumah.

Salam Ramadhan

Kepada pelawat2 dan kawan2 yang beragama Islam,

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga kita akan berlumba2 untuk mendapatkan keampunan dan kerahmatan dari Allah s.w.t.

Salam Ramadahan Al Mubarak