Puasa

Anak2 ku,

Ayah gembira dan sangat bersyukur sebab Kak Long dan Kak Ngah akhirnya berjaya puasa penuh setelah beberapa hari puasa separuh hari. Semalam adalah hari pertama puasa penuh bagi Kak Ngah tapi Kak Long dah pun masuk hari ketiga.

Ayah juga gembira sebab anak2 Ayah berpuasa bukan sebab digula-gulakan dengan janji duit raya lebih atau benda2 lain. Kalau setakat nak berbuka dengan donuts dari Dunkin Donuts tu InsyaAllah Ayah boleh tunaikan.

Ayah berharap anak2 perempuan Ayah dapat teruskan sampai akhir Ramadhan, baru lah Hari Raya kita lebih bermakna.

Cuma Ibu ada report pasal Abang yang restless dan boring sebab tak boleh naik main dengan kakak2 nya yang keletihan puasa. Kesian...Abang. Mungkin tahun depan kita pakat pujuk dia cuba belajar puasa.

Comments

Kak Teh said…
Alhamdulillah! dan syabas kepada kak long dan Kak Ngah. Kak Teh pun teringat semasa Taufiq- anak bongsu Kak teh mula puasa -masa tu mungkin umur 7 tahun..di sekolah dia macho aje tapi bila balik rumah dah hampir2 nak buka dia nak mengamuk. Jadi kak teh terpaksalah cerita - kalau puasa bukan saja puasa tak makan, kena juga puasa tak boleh marah-marah orang. Masuk juga telinga dia tu dan sampai sekarang dia ingat - kalau lapar macam mana pun tak boleh meradang!
eh, ayah upah donut saja?
Kak Teh,

Budak-budak tak leh dibiasakan sangat dengan upah ni. Susah nanti kalau asyik nak kena 'bribe' dulu baru kerja boleh jalan. Heh he..

BTW my Kak Long is now 7, her sister is 6 and my superboy is still 4.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...