Sibuknyaaa

Anak2 ku,

Ayah mu tersangaaaaat lah sibuk hari ni.

Sejak dari time masuk ofis dari pukul 9.30 pagi sampai tengah hari, sibuk bukak kad2 raya yang diterima dari kawan2 dan clients, sibuk jengah blog2 regular, baca entry hari raya diaorang dan tinggalkan message selamat hari raya, sibuk nak tukar duit raya nak bawak balik kampung, sibuk cari envelope angpau raya (sejak bila benda ni dah jadi trend - duit raya nak kena letak dalam envelope, Ayah pun tak tahu), sibuk balas SMS raya dari kawan2.

Lepas ni sibuk nak jumpa staff nak ucap selamat hari raya dan nak mintak maaf kalau ada tersalah silap (ehem, maklum lah Ayah ni kan boss diaorang). Lepas tu, sibuk nak bagi duit raya kat staff2 yang dah ada anak2 kecik. Nanti sibuk nak hantar mass email ucapkan selamat hari raya kat semua kawan2 yang Ayah ada email address diaorang especially yang ada dalam yahoogroups.

Pendek kata, memang sibuk betul lah hari ni. Dah tak de mood nak kerja.

Anak2 ku,

InsyaAllah esok (jam berapa tu tak tahu lagi, tengok mood Ayah dulu lah) kita akan bertolak balik ke Melaka untuk beraya di Melaka. Lepas tu, macam tahun yang sudah2, kita akan balik ke rumah kita di KL pada sebelah petang atau malam Hari Raya Pertama dan awal keesokkan paginya, kita akan sama2 balik beraya di Pasir Mas, Darul Naim pulak.

Harap2 semuanya selamat seperti yang dirancangkan. Amin.

Comments

Anonymous said…
Campus blogging system created
Two undergraduates introduce Web site for communication between students, faculty By Sandya Nair October 28, 2005 Two senior students at Johns Hopkins University, Asheesh Laroia and Christopher Chan, noticed a ...
Find out how to buy and sell anything, like things related to road construction safety equipment on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like road construction safety equipment!
Eiish, sibuk pulak si Anon/Spammer ni cite pasal road construction pulak. Orang cite pasal nak raya la...

Nanti aku block baru kau tau.
atrco said…
selamat hari raya boss/ayah/hero.

sedap balik kampung dengan baby baru.
ATRCO - Selamat Hari Raya. Tapi baby baru terpaksa tinggal KL sebab tak muat nak usung anak2 yang dah ada 4 orang. Terpaksa lah balik naik bas mini NAZA Ria.
Kak Teh said…
hahaha! tu lah - sayang sangat baby baru! kena pakai yang lama jugak!
Kak Teh, baby baru tu untuk Ayah nya melaram. Ehem ehem.
Jiwa Rasa said…
Selamat hari raya..

macam pernah ku kenal superhero ni..

macam geng XYCLP je.. :)

Berhati-hati di jalanraya..
Kalau balik Melaka, jenguk le kawan kita Din, kirim salam ye..
RojakBuah said…
Abg Hero: demo balik kelate ko? Sedaknyor..Pair Mas tu kat mano? kawe oun ore pasir mas jugok...Selamat Hari Rayo Posa....drive keto molek2..semoga selamat sampai & selamat balik KL....
JiwaRasa, betul lah tu. Aku sorang je budak law dalam egroup tu.

Rojakbuah, insyaAllah kawe balik Pasir Mas second day rayo. Rumoh kawe dekat denga Bala Polih Pasir Mah.

Popular posts from this blog