Posts

Showing posts from August, 2006

Merdeka

I

Kat luar sana dah sayup-sayup dengar bunyi mercun/bunga api dari KLCC. Maka terjerit-jerit dan terkinja2 lah anak-anak muda dengan laungan Merdeka Merdeka Merdeka.

Apa yang dimerdekakan aku pun tak tahu.

Agaknya inilah sambutan penuh patriotisme yang dilaung-laungkan oleh Yang Berhormat Ahli2 Parlimen kita. Gantungkan bendera, jeritkan Merdeka. Pastu Mat Rempit boleh sambung race kat Jalan Mahameru.

Kat rumah ni semua dah tidur. Wife konon nak tengok konsert live kat TV pun dah lama terlelap depan TV.

Aku hairan dah hampir 2 minggu lebih kebelakangan ini hujan turun dengan lebat pada setiap petang. Almost never failed. Tapi hari ni, hujan turun sebelum tengahari dan lepas tu tak de pulak nak hujan ka atau banjir ka. Agaknya penganjur konsert ada pakai bomoh hujan baaaikk punya kot. Agaknya saja lah.


************


II

Teringat masa kecik2 sekolah rendah dulu ada jugak terlibat dalam perbarisan tepi jalan mengibarkan bendera sambil menyambut dif-dif kehormat. Macam Kak Teh punya cerita, Aku pu…

Jatuh cinta .... lagi

Ni mungkin luahan hati maut punya. Wife kalau baca ni mesti bengang kot.

Tapi nak buat 'cam mana. Aku dah cuba. Sumpah Aku dah cuba tak nak jatuh cinta lagi. Memang sengsara kalau dah sayang tapi lepas tu kehilangan atau dirampas orang.

Sakit hati woo.

Tapi, sekali lagi Aku pasrah. Hidup tanpanya buatkan Aku tak keruan. Dok kat opis lama2 resah. Balik rumah awal rasa bersalah je.

Bukan tak de satu kat rumah. Ada, memang dah ada. Tapi takkan sama. Yang kat rumah tu besar, kurang menarik. Yang kat rumah tu bukan kena beri perhatian kat Aku sorang, kat anak-anak pun dia nak kena layan jugak. Tapi yang baru ni bukan saja cun, slim dan tak de excess bagage lagi gitu.

Aku tahu risiko kalau berdamping ngan dia, kalau jatuh hati kat dia lagi. Arrgh, but Life is all about a gamble. Life is about taking calculated risks. Cheewah. Macam-macam alasan kalau dah suka.

Orang kata yang cantik ni tak lama. Lepas ni mungkin ada yang lagi cantik. Mungkin betul. Tapi sekarang ni aku dah berkenan kat dia. Y…

KL - hujan dan banjir lagi

Anak-anak ku,

Kalau lah anak2 tanya kereta apa yang sesuai untuk dipandu di wilayah Kuala Lumpur ni, tentu sekali Ayah tanpa ragu-ragu menasihatkan anak2 untuk membeli sebuah SUV.

Seperti semalam, petang hari ini hujan turun dengan lebat yang teramat. [Anak2 mungkin tak tahu sebab Anak2 semua sedang seronok bercuti dan berswimming di Melaka dengan Atok dan Pak Su].

Seperti semalam, hari ini sesetengah kawasan di dalam kota metropolitan (????) KL yang kita ini kebanjiran lagi. Kalau semalam ada sesetengah kawasan di Chan Sow Lin dan Cheras dinaiki air, petang ini, air sungai di Jalan Melaka berhampiran dengan Menara Bank Muamalat melimpah lagi. Akibatnya, banyak kereta tersadai di tengah divider jalan. Sebahagian besar kawasan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Melaka, Jalan Dang Wangi dan Jalan Doraisamy ditenggalami air. Seperti biasa, kalau ada kebanjiran seperti ini, tempat 'favourite' nak tengok kereta terapung ialah di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Wilayah dan di…

Kisah Ibu dan Anak II

Scene: satu hari kat rumah minggu lepas.

Ibu: Kak Long, minggu depan ada ujian kan kat sekolah?

Kak Long: A 'ah. Hari Isnin start.

Ibu: Hari Isnin? Kenapa Kak Ngah cakap dia punya ujian start hari Selasa?

Kak Long: Nnnntah, Kak Long punya start hari Isnin.

Ibu: Kak Long dah ada salin jadual?

Kak Long: Dah. Hari Isnin ada Bahasa Melayu - pemahaman.

Ibu: Mana dia? Ibu nak tengok jadual.

Kak Long: Kak Long salin dalam buku exercise. Tapi....buku tu Kak Long dah passed up kat teacher.

Ibu: Laaaaaa, habis tu 'camna Ibu nak tahu apa yang Kak Long nak periksa?

Kak Long: *senyum senyum sumbing*

Ayah: *menyampuk* Alaaah Bu, rilek lah. Budak tu baru Darjah Dua. Belasah je lah. Kah kah kah...



*****************

Like all mothers, my Wife is no exception. She is concern about the kids' schooling, making sure that the kids do their revisons before any tests or exams.

Like all kids, my Kak Long is no different. All that she have in her mind is nakmain, main and main.

And me? Rilek lah. I was a kid once…

Kisah Ibu dan Anak

Abg Akmal : "Ibu, Ibu kena beli ni" sambil menuding ke arah iklan U-zap dalam TV.

Ibu : "Kenapa? Ibu dah gemuk ke"

Abg Akmal : "Ye lah, Abang rasa Ibu dah gemuk!!".

Ibu : "Eishhh, kurang asam punya budak".


****************

Anak (jantan) Ku,

May be when you are old enough, I will have to pull you aside and give you my fatherly advice - that remark that you just said to your Ibu, don't ever say it again in front of any woman. It could start a world war!



*****************

End of filler post. More serious note will come later when I have more time to breathe.