Ramadhan 2008 - Day 12

Hari ni masa sahur, Abang Akmal ingatkan semua orang yang hari ni ialah hari jadinya yang ke 7.

Semua orang kat meja makan tu, dengan muka separa mengantuk, ucapkan selamat hari jadi kat dia. Tak de nak nyanyi pun. Kesian, birthday jatuh bulan puasa. Tak boleh nak bawak birthday packs kongsi dengan kawan2 kat sekolah.

Sebenarnya minggu sebelum puasa lagi dia ada tanya, boleh tak dia nak ajak kawan2 datang rumah sambut hari jadi dia. Bila diberitahu birthday dia jatuh hari berpuasa, dia buat muka sedih aje. Kalau tak puasa pun belum tentu aku benarkan. Aku bukannya suka sangat anak2 memperbesarkan sambutan harijadi ni. Selalunya, paling banyakkan pun beli kek kecik dan biar anak tiup lilin dengan adik-beradik dia aje. Kalau ada cousins diorang datang, gamat sikit lah kat rumah. [Psst...sambutan birthday kawan2 anak aku kat my neighbourhood ni memang dahsyat - tak de lah aku nak berlawan2 dengan diorang. Paling koman buat kat McD utk 30 orang kanak2. Anak2 aku ada jugak yang dijemput attend birthday party kat Pusat Sains KLCC la, Berjaya Time Square la. Kalau buat kat rumah, siap dengan khemah dan clown sekali. Berapa lah agaknya parents diorang spent].


Jadi Ahad lepas dah bawak dia pergi Al-Ikhsan dan belikan dia beg NIKE baru untuk bawak ke sekolah. Kira bagi hadiah in advance. Dia kata nak beg baru untuk kesekolah. Beg ManU yang dia ada sekarang tu dia nak bawak ke sekolah agama saja.

So, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke tujuh Abang Akmal.

p/s: I am pleasantly surprised with the comment from CikAHNI yesterday evening in my earlier entry. At that time, this entry was still in draft form.

Comments

~akuni~ said…
Lagi sekali nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA' eh.. silap pulak...

SELAMAT HARI LAHIR ABANG IKMAL!

Eloklah kita tak ngajo dia sgt budaya omputih tu... better buat kenduri kesyukuran kan...
shafarina said…
Selamat hari lahir ye Abang.

Auntie pun sambut besday bulan puasa kali ni. :)

Clown2 party2 tu semua kalau mampu bolehlah buat. Kalau tak mampu buat makan2 aje pun cukup kan.

Tapi, budak2 ni kalau diajar dari awal mewah macam tu, besar besok cemana agaknya. Takut juga membazir2 tu dia ikut.
Bunga Rampai said…
Ucapan terlewat ...

Selamat Hari Lahir untuk Abang Akmal, semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Amin.

Popular posts from this blog