Ramadhan 2008 - Day 1

So how was your first day of Ramadhan?

AlhamdulilLah, the kids went through it quite well. Just one or two ‘near misses’ – which was expected since yesterday was the first day of fasting.

Abang Akmal melepet towards the end of the day. Dia tertidur kepenatan bila dah masuk jam 5 lebih. Kejut untuk mandi jam 6.45 petang pun masih tak larat nak bangun. Sapa suruh main basikal tengahari semalam?. Kesian sungguh. Masa berbuka suruh dia makan kurma pelan-pelan pun dia tak nak. Pujuk berbuka makan kismis dulu dan minum air suam. Lepas tu makan tauhu. Takut angin dan termuntah kalau makan cepat sangat. Lama lepas tu baru lah Akmal ada selera nak makan.

Kak Long pulak tengah2 buat homework (dah boring agaknya), terus masuk dapur dan buka fridge,

“Ibu, kat mana coklat yang hari tu?”

“Eh, nak buat apa dengan coklat? Hari ni kan Kak Long puasa?”

“Oh lupa....” Kak Long tersengih malu.

Nasib baik Ibu ada kat dapur, kalau tak....selamat (jalan) lah puasa Kak Long.

Comments

pB said…
SALAM


so far , kat umah tu ok lagi...


ada sorang yang tak posa , tapi , mengalahkan orang yang posa ....


haru tulllllll




apa menu hari nie??


nasi kerabu , daging bakar ...
CikPB: menu hari ni ialah "makan apa yang dihidang"
sya said…
Nasib baik ibu kat dapur dan ditanya.. kalau tidak mau habis 1/2 coklat baru kak long teringat dia puasa.. he he he
K'Sya: Kak Long selalu macam tu....ada terlebih khayal sikit
shafarina said…
:)

Merengek2 lapar tu biasalah. Suruh tido aje.

Bila sekolah ni, diorang sendiri segan nak makan depan orang. Dan bangga kalau claim dia puasa.

Jadi dua-duanya puasa penuh. Alhamdulillah.
IBU said…
Salam ramadhan...

Seronok jugak kan train anak2 berpuasa? Brings back all the memories masa kita kecik2 dulu.

Selamat beribadah.. semuga diterima, Ameen
CikWan: betul tu, kadang2 sibling rivalry juga ada baiknya.

Ibu: salam ramadhan to you and family. Kita kecik2 dulu pun macam2 karenah kan?

Popular posts from this blog