AP King
Dengarlah Anak-anak ku,
Kalau lah kamu dapat membaca suratkhabar, akan kamu ketahui bahawa tiada apa yang paling hangat ditulis oleh orang suratkhabar dan internet kecuali pasal AP sahaja. Tiada lagi yang lebih penting melainkan pasal kes kurnia AP untuk bawa masuk kereta dari luar negara untuk dijual di dalam negara.
Heboh pasal adanya Raja AP yang mendapat berpuluh-puluh ribu AP.
Anak-anak ku, sesungguhnya berpuluh2 ribu itu sangat lah banyak. Tak terkira dengan jari2 Kak Long, Kak Ngah, Abg Akmal, Adik Inah hatta jika ditambah dengan jari2 Ibu mu.
Heboh juga diperkatakan bahawa Raja AP ni mempunyai banglo yang sangat besar dan ada tiga buah helikopter untuk bergerak ke sana ke mari.
Sayugia Ayah mu ingin memberitahu, helikopter yang dimiliki oleh Raja AP ini bukanlah sama dengan helikopter yang Atuk kamu belikan untuk Abg Akmal tahun lepas. Helikopter ini boleh terbang betul2 dan tak de pakai bateri AAA.
Anak-anak ku,
Sesungguhnya kita tidak sepatutnya dengki dengan kekayaan orang. Tetapi jika kekayaan yang orang itu dapat/nikmati datangnya dari unfair advantage or cronism, pada pandangan Ayah mu ini, tidak perlu lah kita sanjungi dia. Jangan lah sesekali Anak-anak ku jadikan Raja AP ini sebagai contoh orang kita yang berjaya.
Contohi lah orang lain yang bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi dari keringatnya sendiri untuk menanggung keluarganya seadanya.
Sesunggunhnya Ayah pernah dinasihatkan bahawa harta kekayaan adalah sementara sahaja. Ia adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Mampukah kita menjawab jika ditanya samada segala nikmat kekayaan yang diamanahkan kepada kita telah kita sempurnakan haknya?
Fikir lah wahai Anak-Anak ku.

Comments