Bila Charity Dikomersilkan

Anak-anak ku,

Memang dari dulu Ayah sudah dapat mengagak pasal benda ni. Sekarang terbukti benar.

Banyak kali (selalunya waktu makan di mana2 restoran dekat dengan ofis) Ayah didatangi oleh anak2 muda yang memakai tanda nama dan menyatakan mereka mengutip sumbangan untuk badan kebajikan, WWF, atau Shelter Homes atau mana2 charitable organisations.

Ayah pernah bertanya, berapa komisyen dia orang dapat buat kutipan derma ni? Kebanyakan cuba mengelak untuk menjawab. Ada sorang tu pernah menjawab, 'Itu saya tak tahu, bang. Itu kena tanya company'.

Anak-anak ku,

Sebenarnya dalam dunia ni, kalau tak dapat komisyen, takkan ada orang nak buat kerja-kerja kebajikan secara bersungguh-sungguh. Kalau pun ada, hanya beberapa kerat sahaja.

Rupanya dalam setiap RM1 yang kita dermakan, hanya RM0.10 aja yang diberikan kepada organisasi kebajikan itu. Yang lainnya dikongsi antara budak yang buat sale/kutipan, ofis dia, head office company dia, holding company dia dan macam-macam lagi.

PETALING JAYA: You donated RM1 for a bookmark that carried the National Kidney Foundation’s (NKF) name, hoping that your contribution would make a difference to a renal patient.

But the truth is, only 10 sen of that ringgit went to the foundation’s coffers.

The rest may have been split between the person who sold you the bookmark, his boss, and the company that produced the item.

(The Star, Sunday 7 August, 2005)

Mungkin kita tak boleh salahkan badan2 kebajikan ini kerana memang mereka perlukan sumbangan dan memang mereka tak ada resources nak menjalankan kutipan sepanjang tahun. Walaupun hanya dapat RM0.10, ada organisasi yang menyertai skim ini mendapat RM7,000.00 sebulan. Banyak tu.

Pada pendapat Ayah, sepatutnya mereka kena berterus terang dan bukannya mengambil kesempatan atas simpati orang ramai.

Withholding of such information is to deceiving and amounting to fraud. Itu yang Ayah pernah belajar dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...