Another Milestone
Anak-Anak ku,
Hari ni Ayah mu terpaksa bergegas ke Sek Rendah Taman Melawati untuk pengesahan pendaftaran Kak Ngah sebagai murid tahun satu Sesi 2006.
Fuuh, diam tak diam.....Kak Ngah pun dah nak masuk 'sekolah betul' ikut jejak Kak Long. Bukan lagi tadika. Ini adalah satu milestone yang penting dan harus diingati dlam diari hidup kamu.
Walaupun Ayah mu ini terlalu sibuk tetapi terpaksa juga pergi sebab kesiankan Ibu mu yang mungkin kelam kabut nak siapkan Abg Akmal dan Adik Inah di rumah dan pada masa yang sama nak kena hantar Kak Ngah ke Q-Dees.
Sebenarnya, bukan itu yang Ayah mu nak rungutkan, tapi oleh kerana masa itu terlalu berharga, tak dapat tidak Ayah mu berasa sedikit kecewa dengan cara taklimat yang dibuat oleh Guru Penolong Kanan pagi tadi. Sebagai seorang guru, dia sepatutnya lebih arif dan tahu bagaimana nak sampaikan mesej dengan jelas, tepat dan ringkas. Dia tidak sepatutnya 'menceceh' dan mengulang-ngulang apa yang nak dicakapkan seolah-olah dia sedang memberi taklimat kepada pelajar sekolah rendah pada masa perhimpunan mingguan. Akhirnya, taklimat yang sepatutnya boleh dihabiskan dalam masa setengah jam, dah melewati satu jam lebih baru selesai.
Aduuh, harap-harap la dia tak mengajar kelas kamu nanti.

Comments