AP Yang Menyesatkan
Anak-Anak ku,
Untuk pengetahuan Anak-anak ku sekalian, selain dari berita hangat Raja AP yang Ayah ada ceritakan dalam laman yang lepas, namun ada satu lagi kes AP yang tak kurang jugak hebatnya. Bukan setakat hebat, tapi sudah masuk bab sesat dan menyesatkan.
Ayah Pin dengan bangganya mendakwa dia adalah tuhan dan dia lah penghubung antara Kerajaan Langit (Sky Kingdom) dengan umat manusia di muka bumi ini dan dia lah juga ketua yang dilantik untuk memimpin dan menyatukan semua agama yang ada.
Memang tak masuk akal. Tapi itulah yang dipercayai oleh pengikut-pengikutnya yang dikatakan berjumlah beribu-ribu yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama juga taraf pendidikan yang berbeza.
Susah nak komen pasal Ayah Pin atau pasal 'agama' nya yang entah apa2 tuh. Dah memang tak masuk akal. Macam mana nak komen?
Yang sedihnya, ada yang terang-terangan mengaku murtad dan cepat-cepat buat surat akuan bersumpah yang dia dah keluar dari Islam semata-mata nak mencabar kesahihan pendakwaan dan bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Mungkin bila kamu lebih dewasa kelak, kamu akan faham walau pun ada orang kata negara kita ni negara Islam, the supreme law of the land is still the Federal Constitution dan Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa ke atas orang bukan beragama Islam. Mungkin sebab tu lah dia fikir dia boleh melepaskan diri dari Mahkamah di dunia ni. Betapa sombongnya orang-orang kita sekarang ni dengan Tuhan.
Anak-anak ku,
Sebenarnya, arwah Ayah kepada Ayah kamu ini pernah tinggalkan pesan, kalau ada orang datang dan bercakap pasal nak masuk Syurga tapi tak payah sembahyang, puasa atau tak payah buat apa2 yang rukun dalam Islam, tak usah lah buang masa mendengar cerita bangang tu. Dah sah sesat punya pegangan.
Arwah Datuk kamu juga pernah berpesan, tak de jalan pintas nak ke Syurga.

Comments