Tension nya...

Anak-anak ku,

Semoga dengan bercerita sebegini boleh menghilangkan sedikit rasa tertekan dan tension yang Ayah mu sedang rasai sekarang ini.

Maaf, sepatutnya Ayah duduk rumah dan bagi sepenuh masa Ayah untuk anak-anak Ayah dan ibu kamu pada hari-hari minggu sebegini. Ayah selalu sibuk. Itu rasanya dah tak payah lagi Ayah nak bagi tahu. Memang Anak-anak dah tahu Ayah selalu balik lambat.

Kalau sesekali Ayah sampai rumah sebelum Maghrib, tentu Anak-anak akan tertanya2 macamana Ayah boleh balik awal dari 'sepatutnya'.

Anak-anak ku,

Selain dari kerja2 dari fail2 yang sememangnya Ayah perlu bereskan, Ayah juga terpaksa menanggung dan kena membereskan kerja2 yang pada awalnya bukan kerja Ayah. Nak buat macamana kalau Uncle Tengku dah mintak tolong.

Memang macm tu lah selalunya. Kekadang kena rescue orang lain demi untuk kebaikan kompeni Ayah sendiri. Orang lain yang screw up, Ayah terpaksa korbankan masa dan tenaga untuk menjaga kepentingan dan integriti kompeni ini. Lagipun, kalau dah busuk nama kompeni, itu boleh menjejaskan bisnes. Lagi susah.

Anak-anak ku,

Sekurang2 nya kamu masih beruntung sebab Ibu kamu sanggup berada disisi Anak-anak sepanjang masa. Banyak pengorbanan Ibu mu untuk Ayah dan Anak-anak. Bukan senang nak duduk rumah sepenuh masa dan jaga empat orang anak yang sedang aktif membesar macam Anak-anak semua.

Comments

Popular posts from this blog