New Blog

Dengarlah Anakku,

Tak tahu kenapa, tiba-tiba jiwa ini meronta-ronta inginkan blog baru.

Macam Abg Akmal menangis-nangis mintak dibelikan mainan Power Rangers yang baru masa kat Giant tempohari.

Mungkin - sesudah setahun, terasa bosan pula dengan blog yang sediaada.

Tambahan pula selalu saja tak berkesempatan untuk blogging kalau tengah sibuk siapkan assignment. Walau apa pun tak berani pulak Ayah mu ini nak berjanji yang blog ni takkan menerima nasib yang sama dengan blog terdahulu. Kita tengoklah dulu ya.

Mungkin juga - disebabkan suasana serba baru di opis ni yang buatkan hati melonjak-lonjak nak buat blog baru. Tukar environment. Mulai hari ni, opis telah berpindah ke tingkat 15.

Alhamdulillah, semuanya okay tanpa major disruption.

Mintak maaf sebab tak dapat bawak Anak-anak semua datang melawat opis baru ini hari Sabtu lepas. Renovations belum siap lagi. Nanti semua selsema sebab kena habuk pulak.

Atau mungkin - sebab terlalu tension dengan kerja. You see, I'm currently waaay behind schedule on this particular assignment. Dah tak tahu macamana nak buat dah. Nasib baik minggu lepas, client setuju buat 'mock signing' saja sebab dah dapat Pak Menteri setuju nak datang majlis tandatangan. Kalau tak......, alamat mati berdiri Ayah kamu ni!.

Semoga kita sempat bercerita lagi.

Comments

Popular posts from this blog