A Long Delayed Entry (Part III)

Anak-Anak ku,

Ayah rasa ini adalah entry yang terakhir related to what happened to us the other day. Ayah rasa sudah sampai masanya untuk kita move on with our lives. Kita panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepadaNya kerana masih memberi kita second chance dalam kehidupan kita di dunia ini.

Anggap lah entry ini dan entry2 yang terdahulu sebagai ingatan dan peringatan kepada kita. Kita hanya makhluk yang kerdil di muka bumi tuhan ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dan mendapat pengajaran dalam meneruskan hidup ini.

The miraculous escape

Ramai kawan2 Ayah yang terdiam seketika apabila melihat gambar2 kereta kita yang Ayah ambil di workshop di Jerantut pada hari Ahad 4 December tempohari. Atuk dan Nenek kamu pun gerun nak melihat gambar2 tersebut.

Melihat kepada gambar2 ini, it's a miracle that we escaped with 'minor injuries'. Macam Ayah cakap in the earlier entry, it could have been a lot worst. We cheated death.


[Gambar pintu sisi kereta sebelah kiri. Sliding door sebelah Ibu duduk tercabut.]




[Tayar depan sebelah driver. Ada kesan kulit pokok yang kena langgar.]



[Bahagian depan kereta. Enjin masih lagi 'intact'.]


[Gambar airbag sebelah driver dan co-driver yang keluar masa accident tu berlaku.]


[Bahagian belakang kereta. Sebenarnya semua tingkap/kaca pecah all around.]


[Bahagian depan. Suspension patah. Salah satu tayar belakang tercabut akibat dari perlanggaran itu.]

AlhamdulilLah. Syukur. Tuhan masih sayangkan kita semua.


The minor injuries

Anak2 ku,

Ayah cukup bangga dengan Anak2 Ayah yang tak menangis dan kelam kabut semasa kita berada di Hospital Kuala Lipis. Ayah terharu dengan sikap bertanggung jawab Kak Long menjaga Abang Akmal semasa terpaksa berkongsi katil dengan adiknya. Oleh kerana kekurangan katil, 3 orang anak Ayah terpaksa berkongsi 2 katil hospital. Ayah hanya sempat berpesan supaya semua Anak2 baring dan diam di katil masing2 sebab Ayah terpaksa mendukung Adik Inah untuk di bawa masuk ke dalam bilik x-ray. Pada masa yang sama, Ibu kamu terbaring di bahagian kecemasan agak jauh dari katil tempat Anak2 ditempatkan. Ayah sempat lihat, Kak Long memeluk Abang Akmal dan cuba meyakinkan Abang Akmal yang Ayah akan kembali ke katil anak2 sebaik sahaja x ray adik Inah selesai.

Selepas selesai x-ray semua Anak2 dan Ibumu, doktor menasihatkan supaya Ayah mendapatkan khidmat neuro-surgeon untuk memeriksa Adik Inah. Ayah diberitahu ada hairline fracture di kepala Adik Inah. Adik Inah sebenarnya tercampak keluar dari kereta sebab dia duduk di bahagian depan kereta. Ibu mu pula mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk. Abang Akmal punya tangan kanan pun ada sedikit retak. Ayah diberitahu yang pihak hospital boleh buat urusan menghantar kita semua ke Hostipal KL.

Sebelum tu, Ayah sempat telefon Itok dan Chue di Pasir Mas dan Atuk dengan Nenek di Melaka bagitahu tentang kemalangan yang menimpa kita. Itok, Chue, Cik Nal dan dua orang kawan Chue/Itok terus datang dari Pasir Mas dan sempat jumpa kita semua di Hospital Lipis selepas Jumaat. In the meantime, Ayah sempat buat repot polis di Balai Polis Kuala Lipis. Ayah bagitahu Atuk dan Nenek supaya tunggu di KL sahaja. Luka di kepala Ayah diberi 5 jahitan sebelum kita dihantar ke KL.

Ayah minta supaya kita di transfer ke Ampang Putri sebab gynea Ibu ada di sana. Lagipun tak jauh dari rumah nanti. Tapi kebetulan pula neuro surgeon di Ampang Putri bercuti (masa tu hari raya ke-2), jadi kita semua di hantar ke Gleneagles.

Kita sampai di Gleneagles lebih kurang pukul 5 ptg dengan menaiki 2 buah ambulan. Nasib baik Chue ikut naik ambulan yang lagi satu untuk temankan Abang Akmal. Ayah temankan Kak Ngah dan dukung Adik Inah dalam ambulan satu lagi.

Di Gleneagles, setelah diperiksa sekali lagi oleh doktor2 di Gleneagles, baru lah Ayah dapat maklumat lebih terperinci tentang kecederaan Ibu dan Anak2. Kak Long bernasib baik kerana tak ada kecederaan apa2. Mungkin sebab dia duduk di bahagian belakang sekali dalam kereta dengan Abang Akmal. Doktor kata tangan Abang Akmal ada sedikit keretakan tapi tak perlu disimen. Cukup dengan memakai sling sahaja.

Ibu mu pula ada 5 tulang rusuknya patah. Oleh kerana dia masa tu masih dalam minggu ke 31 pregnancy, dia memerlukan perhatian rapi sebab dia mengalami premature contractions. Manakala Adik Inah pula ada small blood clot di bahagian kepala dan terpaksa menjalani CT scan unutk memastikan ianya tidak membahayakan. Bila Adik Inah sudah diberi rawatan yang membolehkan dia tidur, Ayah kemudian terpaksa membawa masuk Kak Ngah ke bilik bedah untuk luka di pehanya di jahit. Selepas hampir 2 jam, Kak Ngah dibawa keluar dengan 135 jahitan di peha dan kakinya.


Gambar peha Kak Ngah selepas dijahit. Ada open wound sebesar syiling lima puluh sen. [Tapi sekarang dah baik. Tinggal kesan parut jahitan saja].







Hanya setelah hampir pukul 9 malam semua Anak2 dan Ibu selesai di bawa ke wad. Memang agak sukar bagi Ayah sebab kesemuanya di tempatkan dalam 3 bilik berasingan. Ayah terpaksa menjaga Adik Inah dan Kak Ngah sebab kecederaan dia orang agak teruk. Chue pula menemankan Abang Akmal dan Kak Long di wad sebelah. Manakala Nenek dan Atuk temankan Ibu di wad yang lagi satu.

AlhamdulilLah, Abang Akmal dan Kak Long dibenarkan pulang selepas dua hari di hospital. Kak Ngah dan Adik Inah pula, dibenarkan pulang pada hari ke 5 di hospital. Blood clot di kepala Adik Inah itu disahkan tidak membahayakan selepas 2 kali menjalani ujian CT Scan. Tapi Kak Ngah terpaksa dibawa ke hospital setiap hari untuk mencuci luka jahitannya.

Bila semua anak2 dah dibenarkan keluar, Ayah meminta supaya Ibu dibenarkan balik dan menyambung rawatan di Ampang Putri. Hanya setelah hampir 4 minggu baru lah Ibu boleh balik rumah.

SEKARANG NI Anak2 Ayah dah okay semuanya. Bagi Ibu pula, walaupun bedridden kat rumah, Ibu rasa lebih selesa daripada terbaring di hospital.

Kalau tak ada aral, InshaAllah doktor dah buat arrangement untuk Ibu terus ke labour room pada 19 December nanti. By then kandungan Ibu dah masuk minggu ke 37 lebih. Jadi risiko mendapat premature baby dah tak de lagi. InsyaAllah, marilah kita sama2 berdoa supaya Ibu dan baby akan selamat.

Throughout the whole episode, Ayah kagum dengan kecekalan Ibu kamu menanggung kesakitan dan keperitan akibat dari kemalangan yang mungkin disebabkan oleh sedikit kealpaan Ayah. Bila Ayah minta maaf, Ibu kamu kata Ayah tak perlu minta maaf sebab ini ujian Tuhan untuk kita semua. Ibu cakap, mungkin kita sudah terlalu senang mendapat apa yang kita hendak hingga sekali sekala perlu dikejutkan dengan peringatan yang sebegini.

Comments

RojakBuah said…
Syukur byk2 bro. Mungkin ada hikmah dr Allah, apa2pun alhamdulilah. Ni semua ketentuan Allah, dia bg ujian supaya kita lebih sadar...semoga kita sama-sama bringat.
CikNi said…
i am trying not to be insensitive but still want to know- kereta apa tu?

terharu bila baca entry ini, paling terharu kerana hero cekal sekali. Hero telah dibekalkan dengan kekuatan untuk menjaga seluruh isi keluarga.

rasanya after this the whole family akan jadi lebih rapat dan caring.

lagi satu, more attention to adik Inah sebab risiko tinggi sikit pendarahan di kepala, saya tahu sebab sayapun mengalaminya
Kak Teh said…
kak teh tak tau apa nak kata. betul kata osh - semua ini dugaan -dan kak teh berterima kasih dengan kata2 OSH dalam masa you juga menghadapi dugaan yang lebih berat ini.Sama-sama kita berdoa.
nohachomel said…
ya Allah, meremang sungguh bila baca entry ni, Alhamdulillah semua survived.

semoga lebih berhati-hati di lain kali dan byk bersabarnya, ada hikmah disebaliknya..
RojakBuah,

Ya, semoga kita sama2 beringat.

MakHariz,

Thanks. FYI, itu keta Naza Ria. InshaAllah kita semua akan jadi lebih cekal menerima takdir.

Kak Teh,

Ya, kita sama2 berdoa. Itu kan senjata kita orang Islam.

NohaChomel,

Thanks.
anggerik merah said…
Speachless..Alhamdulliah semuanya selamat. Didoakan ibu juga selamat melahirkan baby.

Banyak bersabar dengan dugaan dari Allah.
Anggerik Merah,

Thanks for your kind doa.
doa untuk superhero dan family.
wan said…
i am hoping to hear good news dari hero memandangkan hari ni 19hb.

btw, lepas tengok gambar kereta tu, rasanya hero mesti sgt² bersyukur kan.. the family is still together. :)

'dugaan allah swt diberi setakat mana orang itu mampu menanggungnya '
atenah said…
alhamdulillah yr family is ok. i pray that yr wife will deliver smoothly. why dont you go have a full check up as it could be possible that you had a black out BEFORE the accident. it happened to my family member
Ailin, Wan and Atenah,

Thanks. Wife has safely delivered a baby boy yesterday afternoon (19 Dec). Thanks for your doa.
Jiwa Rasa said…
Seram tengok nasib Naza Ria tu.
Syukur semua dah selamat.

Minta maaf tak dapat jengok di hospital haritu. Taupun si Halim SMS. Tapi ramai kawan yang doakan dari jauh supaya selamat semuanya.
JiwaRasa,

Thanks. SMS si Halim tu a bit misleading mungkin sebab ada miscommunication sikit di antara 'perawi'. Tapi memang betul, berkat doa kawan2, my family semua selamat.

Popular posts from this blog