A Long Delayed Entry

Anak-anak ku,

Ayah minta maaf kerana mengambil masa yang sangat lama untuk menulis entry ini selepas entry terakhir blog ini sebelum Hari Raya tempohari. Sudah lebih sebulan Ayah tidak menghiraukan blog ini atas sebab-sebab yang tentu sekali Anak-anak sedia maklum.

Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Dia lah Tuhan seluruh alam yang Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Tidak akan bergerak atau terjadi akan sesuatu di dunia ini tanpa keizinanNya.

Anak-anak ku,

Ayah ingin memohon maaf kerana sambutan Hari Raya kita tempohari tidak sesempurna orang lain. Ayah ingin memohan maaf kerana rancangan kita untuk berhari raya di kampung Itok di Pasir Mas tidak kesampaian. Segala perancangan kita untuk bercuti dan bermandi manda di sebuah resort di tepi pantai PCB tidak dapat dipenuhi. Ayah tahu tentu sekali Anak-Anak Ayah kecewa kerana tak dapat main air dengan swimming suits yang baru Ibu kamu belikan.

Dan tentu sekali Ayah ingin memohon maaf yang teramat dengan Ibu kamu kerana terpaksa menanggung kesakitan dan segala kepayahan yang amat sangat dalam keadaan dia yang berbadan dua. Tapi seperti yang Ayah katakan awal tadi, ini semua adalah dugaan untuk kita sekeluarga yang telah ditentukan oleh Allah.

Anak-anak ku,

Bukan Ayah tak ingin ber-blog. Tapi keadaan tidak mengizinkan Ayah duduk dengan tenang and having the luxury of time with me to write. Sejak dari kejadian yang berlaku tempohari, masa yang Ayah ada adalah sangat terbatas. Bukan senang untuk menjadi seorang Ayah dan pada masa yang sama menjadi Ibu kepada empat orang anak yang sedang membesar selama hampir tiga minggu Ibu kamu terlantar di hospital. Walaupun Ayah bernasib baik sebab Nenek kamu sudi datang membantu, tapi dalam banyak hal, Adik Inah dan Abang Akmal masih insist dan mahukan Ayah.

Ayah beruntung sebab Kak Long dan Kak Ngah sudah boleh berdikari dan mendengar kata dan tidak banyak kerenah.

Setiap hari dalam tempoh empat minggu yang lepas rutin harian Ayah tersangat ketat. Awal pagi, Ayah terpaksa membawa Angah ke hospital Gleneagles untuk proses membersihkan luka 'dressing' jahitan di pehanya. Selepas menghantar Angah balik ke rumah, Ayah singgah pula ke hospital Ampang Putri menjenguk Ibu kamu. Di hospital, Ayah akan membantu Ibu kamu mandi dan membersihkan diri. Akibat dari kecederaan yang dialaminya, even benda-benda ringan pun perlu dibantu. Ayah bersyukur Ayah tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk dan dapat membantu Ibu. Kemudian Ayah bergegas ke ofis to attend urgent matters. Kalau kebetulan Ayah tak ada sebarang appointment untuk meeting, Ayah akan cuba untuk menghabiskan masa yang lebih lama bersama Ibu mu.

Selepas dipindahkan dari Hospital Gleneagles ke Hospital Ampang Putri, Ibu mu terus ditempatkan ke wad bersalin sebagai langkah persediaan sekiranya Ibu perlu bersalin melalui cara Ceasarean. Oleh kerana Ibu mu ditahan di labour room, hanya Ayah dibenarkan melawat. Pada sebelah petang Ayah akan singgah di hospital terlebih dahulu untuk mendapatkan perkembangan terkini Ibu sebelum balik ke rumah dan memberitahu tentang keadaan Ibu kepada semua Anak-anak yang setia menanti di rumah.

Biasanya Abang Akmal dan Adik Inah tak akan tidur selagi Ayah tak balik. Sudah menjadi kebiasaan Abang Akmal akan tidur selepas ditepuk-tepuk oleh Ayah. Sebelum ni, kalau Ayah terpaksa pulang lewat dari ofis, Ayah akan pastikan Ayah telefon Abang Akmal dan akan sama2 baca doa sebelum tidur barulah dia nak tidur. Adik Inah pula, sejak Ibu berada di hospital, hendakkan Ayah baring disebelahnya supaya tangannya boleh meraba2 muka dan menggentel telinga Ayah sambil minum susu sebelum terlelap. Dia tak nak orang lain walaupun puas dipujuk Nenek ataupun Kak Yah.

Hanya apabila keadaan Ibu telah beransur pulih dan tidak lagi mengalami contraction yang kuat dan kerap pada minggu yang ke 3 selepas Hari Raya baru lah Ibu ditempatkan wad biasa, dan baru lah Anak-anak boleh melawat Ibu. Biasanya Ayah akan pulang awal dari ofis dan pulang ke rumah untuk mengambil Anak-anak untuk melawat Ibu dan akan pulang pada lebih kurang pukul 9.30 malam. Biasanya Nenek akan bawa nasi dan lauk supaya kita semua boleh makan malam bersama Ibu. Macam biasa, Kak Long cukup berselera makan dan menghabiskan makanan hospitaldan Ibu pula sememangnya ternanti-nanti lauk masakan Nenek.

Apa sebenarnya berlaku?

Anak-anak ku,

Sehingga ke hari ini, Ayah masih belum dapat memberi jawapan yang tepat on what and how it happened. Ramai adik-beradik, saudara mara dan kawan-kawan yang bertanya. Tapi Ayah tak boleh recall how exactly it happened.

Ada semacam satu memory lapse between the time immediately before the accident happened until the time all of us were at Hospital Lipis. Walaupun hari ini sudah lebih kurang sebulan kejadian itu berlaku, Ayah masih lagi blank. Walaupun pada hari Ahad yang lepas, Ayah telah pergi melihat sendiri keadaan dan rupa bentuk kereta kita di workshop di Jerantut, Ayah masih tidak dapat mengingati apa yang sebenarnya telah berlaku.

Mungkin ada baiknya Ayah tidak dapat mengingati kejadian itu. Kalau tidak mungkin sampai sekarang Ayah diburu oleh trauma dan kesalan. Sekarang ni, kalau masih ada kawan-kawan yang bertanya tentang macamana kejadian tu boleh berlaku, Ayah akan cakap yang itu semua tak penting. Yang lebih penting kita semua sekeluarga selamat.

Ya, setelah melihat dengan mata kepala sendiri akan keadaan kereta kita yang remuk teruk pada hari Ahad yang lepas, Ayah tak putus-putus bersyukur.

It has been a miracle for all of us to escape with 'minor injuries'. It could have been worse. It could have been a lot worse.

AlhamdulilLah.

Comments

Unknown said…
Hero,
Syukurlah semuanya selamat..

Kadang-kadang Allah sayangkan kita dengan sengaja beri kejutan, supaya kita sentiasa beringat di masa hadapan..
Anonymous said…
alhamdulillah.
shafarina said…
Assalamualaikum,

:) I hope everything will be just fine for you and your family. Kirim salam pada ur wife, and take good care of your kids and yourself. :)
Anonymous said…
Alhamdulillah, semuanya selamat. Semoga Isteri Ayah selamat melahirkan cahayamata.
JiwaRasa,

Thanks for the advice. Memang lumrah kita manusia selalu lupa.

ATRCO,

Terima kasih jenguk. Lain kali nak test kereta, jangan pakai kain pelikat aje.

Wan, PB and Arby,

Thanks for the kind prayers. Wife expected to be admitted for delivery on the 19th. Dec. InsyaAllah semua akan selamat.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...