A Long Delayed Entry (Part II)

The Signs

Anak-anak ku,

Samada kita percaya atau tidak, kadang-kadang gerak hati kita akan cuba memberitahu sesuatu kepada kita akan sesuatu yang mungkin terjadi kepada kita atau ke atas orang-orang yang dekat dengan kita.

Sebenarnya, bukan saja Ayah yang dapat merasakan sesuatu yang tak kena pada awal perjalanan kita pulang berhari raya ke Pasir Mas, bahkan Ibu mu juga berasa tidak sedap hati sebelum kita meninggalkan rumah pada pagi hari kejadian yang malang itu.

Pada pagi 4 November (Hari Raya kedua) itu, seawal pukul 4.00 pagi Ayah telah dikejutkan oleh Ibu untuk bersiap untuk memulakan perjalanan. Memang Ayah dan Ibu merancang untuk bertolak awal pagi sebab Anak-anak biasanya akan tidur sepanjang perjalanan. Lagipun kalau bertolak awal boleh elakkan Anak2 kepanasan dan keboringan dalam kereta kalau tersangkut traffic jam di Machang atau bandar Tanah Merah nanti.

Lepas mandi untuk menyegarkan badan, Ayah sembahyang sunat untuk bermusafir sambil berdoa supaya perjalanan pergi balik kita selamat dan harta benda dilindungi sepanjang kita berada kita berada di kampung. Walaupun Ayah dah bersedia untuk bertolak, Ayah tengok Ibu masih terbaring tidur di katil. Bila ditanya, Ibu kata perut Ibu sakit. Mungkin ada contraction sikit selepas seharian Hari Raya pertama berhari raya di Melaka.

Ayah biarkan Ibu berehat dulu sambil mengangkat Anak2 dari tempat tidur ke dalam kereta dan make sure tak de barang2 yang tertinggal. Bila kita meninggalkan rumah, masa tu jam menunjukkan lebih kurang pukul 5 pagi.

The first sign that something was not quite right was when Ayah missed the exit to Gombak Toll heading to Karak/Kuantan. Memang tak pernah dan seakan tak logik Ayah boleh ter'miss' simpang ke Kuantan selepas stesen minyak Projet dari MRR2.

"Tak pe," Ayah bagitahu Ibu. "Depan sikit ada U-turn". Memang depan tu ada U-turn, tapi Ayah sekali lagi tersalah lorong. Naik ke jalan ke Gombak Setia(?) (Ayah tak berapa ingat). Walaupun jalan tu masih boleh sampai ke Karak, Ayah tak berapa confident nak terus kan sebab sebab dah lama tak lalu jalan tu. Jadi Ayah buat U-turn sekali lagi untuk masuk balik ke jalan ke Karak/Kuantan. Buat kali ketiganya Ayah tersalah ambil lorong keluar. So, instead of taking the exit to KL/Kuantan, Ayah had taken the turn towards KL/Kepong which basically meant that we were heading to Batu Caves/Kepong area.

Walaupun akhirnya Ayah buat U-turn kat bawah flyover depan Batu Caves dan akhirnya berjaya sampai ke Tol Gombak menghala ke Karak/Kuantan, Ayah tertanya2 di dalam hati kenapa sampai dua tiga kali Ayah boleh tersalah jalan?.

Basically we spent almost a good half an hour circling within the same area.

Waktu tu, walaupun Ayah rasa kita telah membuang masa, Ayah cuba berfikiran positif dan mengatakan dalam hati yang semua tu kehendak Tuhan dan delay tu semua adalah untuk mengelakkan sesuatu malapetaka yang lebih besar di hadapan kita.

Sambil meneruskan perjalanan, Ayah masih rasa tak sedap hati dan lebih berhati-hati. Dalam hati Ayah cuba baca segala doa dan ayat2 Quran yang Ayah tahu sambil mengurut2 dada (sebab terasa macam sesuatu yang tersangkut di dada Ayah - susah nak cakap. Orang Kelantan kata 'raso mace tok puah nyawo'. Bila Ibu tanya kenapa Ayah mengurut2 dada, Ayah cakap tak de apa-apa.

Sampai di Bentong, Ayah berhenti untuk sembahyang subuh di masjid Bandar Bentong yang tersergam dan nampak grand (mungkin sebab masjid tu besar, baru dan kedudukannya di atas bukit sikit). Masa tu Abang Akmal terjaga dan mintak nak tengok VCD cerita Power Rangers. Kemudian barulah Anak-anak Ayah yang lain terjaga kecuali Adik Inah. Dia memang nyenyak tidur dalam baby seat yang diletakkan bahagian depan kereta.

Jam lebih kurang 6.30 pagi, kita sambung perjalanan, melintasi Raub ke Kuala Lipis. Ada beberapa buah kereta yang Ayah rasa menghala ke destinasi yang sama. Apa yang jadi selepas tu Ayah dah tak boleh ingat. Yang Ayah ingat, ada satu road block di tengah jalan sebelum Ayah kita sampai ke Pagar Sasak. Lepas tu, Ayah tak tahu apa yang terjadi.

Ayah totally blank....sampai ke hari ni.

Apa yang Ayah ingat seterusnya ialah bila kita semua dah ada kat Hospital Lipis.

Comments

Ailin,

My wife sekarang ni dah berehat kat rumah. Tunggu masa untuk bersalin.

RB,

Kawe tok terok sgt. Dapat lah 5 jjahit di kepalo. Keto total lost. Tapi tu tak penting. Yang penting the whole family selamat. Tahun ni kawe rayo di hospital.
shafarina said…
hero, mungkin tak diberi ingatan ttg kejadian tu utk buat hero + family lupakan semua tu kot..

yang penting, semuanya selamat..
RB,

Kawe skidded and rammed to a tree. Nanti kawe upload gambar kreto kawe.

Wan,

Ya, yang penting semua selamat.
Kak Teh said…
Maaf kak teh lama tak melawat, but am so sorry abt what happened and Alhamdulillah the whole family selamat. Take care!
Kak Teh,

Thanks. You take care too.
ubisetela said…
O.S,
Glad to know that semua selamat.
elle said…
keta yg baru beli tu ke? x pe la, yg penting the whole family selamat...
Ni said…
Selalu melawat tapi tak update... rupa-rupa nya ada perkara besar berlaku. Alhamdulilah semuanya selamat walaupun cedera. May take some time to remember again dan harap2 tak jadi macam saya yang sampai sekarang sangat lemah dalam ingat-mengingat
UbiSetela,

Thank you.

Elle,

No. Not the new one. But still, this one is less than a year. Tak pe lah. Tak de rezeki.

MamaHariz,

Sorry, me guilty for not updating much earlier. Terpaksa jadi 'hero' to take care of the beloved ones first.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...