Tsunami Selepas Setahun

Anak2 Ku,

Pada hari ini, setahun yang lalu dunia telah dikejutkan oleh satu malapetaka yang sangat dahsyat. Kedatangan gelombang ombak tsunami menghempas pantai Acheh di Indonesia, Phuket di Thailand, Sri Lanka dan juga di Malaysia.

Hari ini, seluruh dunia bertafakur sebentar mengingati bencana yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa. Acheh adalah kawasan yang menerima penangan yang paling teruk. Mungkin ini lah gambaran kepada perumpamaan 'padang jarak padang tekukur'.

In Aceh, Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono set off a siren at 8:16 a.m. to begin a minute of silence.

"It was under the same blue sky exactly a year ago that Mother Earth unleashed the most destructive power among us," Yudhoyono said in a flattened coastal suburb of the capital Banda Aceh.

A 9.15 magnitude earthquake, which lasted eight minutes, set off waves 10 metres high that smashed into shorelines as far away as East Africa, sweeping holidaymakers off beaches and erasing entire towns and villages."

The Star 26 December 2005

Bagaimanapun, kejadian Tsunami ini juga membuka peluang ke arah kedamaian di bumi Acheh yang berpuluh tahun berkonflik.

But the tsunami did bring one positive side effect in Aceh – it resulted in a cease-fire between the government and guerillas to end a decades-old separatist conflict.

The Star, 25 December 2005

Semalam, semasa menonton rancangan Majalah 3, Ayah tertarik dengan wawancara yang dibuat dengan seorang jurucakap Gerakan Acheh Merdeka tentang pengajaran yang dapat diambil dari kejadian Tsunami ini.

Antara lain katanya, lebih kurang berbunyi:

"Kejadian ini mungkin pengajaran dari Tuhan. Tuhan mahu tunjukkan, berpuluh tahun kamu berkonflik (antara GAM dan pihak tentera Indonesia), lebih kurang 15 ribu yang mati. Tapi dengan kuasa (kemurkaan) Aku, dalam 15 minit saja, terusberatus ribu yang terkorban"

How true. Kekuasaan Tuhan itu tiada batasannya.

Teringat terjemahan zikir yang selalu di baca beramai2 selepas solat Subuh masa di asrama dulu,

Tuhan ku, aku tidak layak untuk Syurga Mu
Tetapi tidak pula aku sanggup menanggung siksa Neraka Mu
Oleh itu kurniakan lah keampunan kepada ku
Ampunkan lah diri ku
Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa dosa besar



Comments

Ni said…
Kebesaran Allah memang jelas dan nyata tapi kita, manusia, tetap alpa, sikit hari lagi lupalah semua
shafarina said…
Raihan's kan?

Malang sekali, ppl hanya sedar slps berlaku sesuatu. Tapi bagus juga sblm terlalu lewat.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...