Dialong Dengan Anak

Olympics dah habis. Nasib baik bola English Premier League dah start - sekurang2nya ada lah benda nak tengok kat TV hujung minggu.

**************

Pagi ni masuk ofis lambat....dengan sengaja. Lagipun hari ni ada raptai perbarisan hari Kebangsaan. For the last two weeks, kerja memang stressful. Masuk ofis sebelum jam 8 pagi dan balik hampir tengah malam - almost every day.

So pagi ni lepas hantar Kak Long dan Akmal ke sekolah, hantar Kak Chik pulak. Hari ni sekolah (tadika) dia ada buat field trip ke pusat membuat barang2 dari tanah liat. Sebelum jam 8 pagi dah nak kena hantar ke sekolah. Lepas tu hantar anak dara no. 2 ke sekolah agama.

Lepas tu baru lah sempat pergi breakfast dengan beloved mem dan Akid. Akid share makan tosai dengan Ibu.

Akid: Baba....banyak bendera (sambil menunjukkan bendera kecil Malaysia yang digantung di dalam kedai).

Baba: Aaa..'ah, bendera Malaysia.

Akid: Yang tu...yang warna hitam putih tu...?

Baba: Tu bendera negeri Pahang..

Akid: Yang merah tu....bendera Manchester United....?

Baba: (gelak....) hah hah haa....mana ada sayang, tu bendera negeri Kedah!


For Akid, anything red with yellow emblem is ManU!.

Seperti Abang dan Baba nya, Akid juga penyokong tegar MU.



***********************


My Wife related to me her conversations with Abang Akmal at Carrefour two days ago.


Akmal: Ibu....boleh beli VCD? dah lama tak beli VCD (dengan gaya memujuk)

Ibu: Tak payah la...Ibu tak de duit

Akmal: Alaaa....sepuluh ringgit aje (memujuk lagi)

Ibu: Ishh sepuluh ringgit tu mahal....mana Ibu ada duit

Akmal: Tak pe...pakai duit Abang. Abang ada duit....

Ibu: Okay lah.

Masa nak bayar di kaunter....

Ibu: Mana duit Abang?

Akmal: Guna duit Ibu dulu la, nanti Abang ganti balik. Wallet Abang kat rumah.

Ibu: Okay, jangan tak ganti pulak.

Akmal: Nanti Abang mesti ganti punya

Kat rumah..........

Ibu: Bang, mana duit sepuluh ringgit nak ganti duit Ibu?

Akmal: Nanti la Bu....banyak tau sepuluh ringgit. Lama Abang kumpul baru dapat sepuluh ringgit

Ibu: Tahu pun....Ingat senang ke nak dapat sepuluh ringgit? Tau pun sayang duit. Tadi bukan main lagi...nak ganti balik konon

Akmal: Nanti Abang kumpul lain ok....

Mmmm...budak-budak sekarang ni.

Abang Akmal memang ada duit yang dia kumpul. Kalau tak silap mungkin dia ada hampir empat puluh ringgit. Setiap pagi sekolah, Akmal dan Kak Long dapat seringgit sorang. Selalunya dia akan simpan duit tu dalam compartment dalam kereta Aku sebab dia ada bawa bekal untuk makan masa rehat di sekolah. Bila dah cukup sepuluh ringgit, dia kan tukar dengan semua duit seringgit dengan duit sepuluh ringgit sekeping. Happy sungguh dia bila dapat duit kertas warna merah sekeping. Bila dah dapat sepuluh ringgit baru dia simpan dalam wallet dia kat rumah.



Comments

shafarina said…
Cute Akid.

Pandai pulak tu. Penyokong MU ye.
Ku Keng said…
Ok OS, esok kita mula Olimpik yang lebih panjang lagi. Olimpik puasa dan ibadat.

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua
CikWan: Fahim pun tentu meriah nanti

AyohKeng: Cabaran Ramadhan-Lympics lagi berat. Rekod dan 'benchmark' nya di ungguli Rasul dan para Sahabatnya!

Popular posts from this blog