GE2008

Dalam perjalanan ke sekolah....dialog dengan Abang Akmal pagi tadi.

Baba,....banyaknya bendera.
Ya...tak lama lagi nak mengundi

Mengundi tu macam mana?

Mengundi tu Baba pergi pilih orang yang Baba suka, lepas tu diorang kira, sapa banyak dia menang.

Macam AF tu...
?
Ya, macam AFUNDI tu....

Yang hijau tu bendera parti ya Ba?

Ya, bendera parti

Tu...yang biru? Bendera parti jugak?

Ya

Yang tu...yang merah dengan putih pastu ada pedang?
Ya, tu pun bendera parti jugak, tapi tu bukan pedang. Tu gambar keris.

Kalau menang, diorang buat party ke?
Hah?!! Kah3x....

[***Terkedu sekejap. Dalam hati - ya kalau menang diaorang ber'party' sakan - party menghabiskan duit rakyat.]

Comments

wan said…
kids, let them be.

ps: selamat mengundi ekk
Wan: undi tetap undi...dan masih menanti calon yang berkualiti
bunga rampai said…
Hehehe ... party sakan. Memang sungguh bagai dikata ;-)
CikRampai: apa susah menabur janji, hanya empat tahun sekali.

Popular posts from this blog