Kembali ke Sekolah Lagi...

Selain Kak Chik yang akan memulakan sesi persekolahan di Tahun Satu sekolah rendah pada hari ni, sebenarnya ada seorang lagi anak Baba yang akan mula bersekolah (kembali).

Ha ha ha.....ya, sebenarnya Baba juga masih lagi cuak dan suspens samada Akid akan ke sekolah (dan terus bersekolah) kali ni. Jika tahun 2009, Akid hanya bersekolah lebih kurang seminggu di sekolah tadika yang sama dengan Kak Chik. Tetapi sepanjang seminggu tu Baba kena tunggu sampai waktu habis sekolah. Kebetulan lepas tu Ibu bersalinkan Arif, jadi Akid selepas tu terus tak pergi sekolah.

Sepanjang cuti sekolah yang baru lalu, Ibu bawakkan Akid meninjau tak kurang dari 4 buah sekolah tadika di sekitar perumahan kita. Akid akhirnya menunjukkan minat untuk bersekolah di sekolah tadika yang lain dari sekolah tadika terdahulu Akmal dan Kak Chik.

Akid masih tidur lagi, sekarang ni Baba nak kena hantar Kak Chik ke sekolah dengan Kak Long dan Kak Ngah dulu.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Comments

shafarina said…
Pandai dia pilih sekolah ye? :)

Nampak gaya ayah macam cuti la, nak selesaikan urusan sekolah anak kan.
MA said…
Haha...kira terrer dah dapat duduk seminggu kat tadika. Anak I dulu (Adik) dok sehari saja...kena tangguh till next year gak.

Good luck and enjoy all these while it lasts!
CikWan: bukan senang nak memujuk dia gi sekolah.

MA: last year we didn't really want to push him too much. But he will be 5 yo this year - so kena bersungguh2 sikit la.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Mental Blogging

Kisah Ibu dan Anak