Aktiviti Ahad
Semalam pergi kenduri kahwin sepupu my Wife nun di Kampung Permatang Pasir di Banting Selangor. Meriah nya bukan main. Maklum lah, anak sulung tok penghulu.
Sudahnya sepanjang malam dan hari ni seisi rumah sakit perut. Memang semua lauk kenduri podeh nak mampuih...yang amat pedas. Malam tadi terjaga pukul 3.30 pagi, Abang Akmal sampai nangis (manja?) sakit perut. Pagi tadi sebelum ke sekolah, Kak Ngah dah dua kali ke tandas.
Aku sendiri kat ofis pun dah dua kali ke tandas. Ini baru betul punya Ya Qadhial Hajaat...
Tengahari pulak Abang Akmal telefon ofis, mintak cuti dari pergi sekolah - takut sakit perut di sekolah; dan komplen tandas kat sekolah kotor. Aku sempat melawak dengan dia, aku cakap kalau tak sempat berak aje dalam seluar.
Tup tup...dapat SMS dari my Wife cakap dia nak ke sekolah ambik Abang Akmal. Dia sakit perut dan dah ter...... dalam seluar!. Aiyooo...
********
Semalam sempat pergi Shah Alam sebelum pergi kenduri. Ada appointment ambik specs Kak Ngah. Minggu lepas dah pergi check mata dia - mula-mula doktor tak berapa nak bagi dia pakai specs sebab rabun jauh dia sikit sangat. Doktor cakap kebiasaannya mata dia boleh baik sendiri as she grows older.
Tapi bila aku cakap Kak Ngah selalu komplen sakit kepala sampai beberapa kali dalam seminggu, si tuan doktor buat tests beberapa kali lagi termasuk bertanya dengan lebih lanjut symptoms sakit kepala yang dialami oleh Kak Ngah.
Akhirnya doktor syorkan jugak Kak Ngah pakai specs walaupun power mata sebelah kiri dia hanya 50 sahaja.
Kak Ngah "peace' with her new specs!
Ni Kak Long dengan specs dia. Dia saja suka2 cuba specs tu, tapi bila aku cakap dia nampak cantik bila pakai specs - terus dia mintak belikan - walaupun tak de power.
Tapi Kak Long memang nampak lebih matang dan sedikit 'terpelajar' bila pakai specs tu.
Comments
All my kids pakai specs.. but then they'd rather be in their contacts :)