Ramadhan 2008 - Day 26

Dearest Friends and Fellow Bloggers,

Salam Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.

Ramai yang mungkin akan mula bercuti hari ni. Moga-moga semua yang dirancang akan dicapai. Moga dijauhkan dari aral dan mala petaka dalm perjalan pulang ke kampung.

Kalau mengikut perancangan, kami sekeluarga akan pulang ke Ayer Keroh Melaka pagi esok selepas bersahur dan solat subuh. (Malam ni yang empunya diri masih nak main Futsal - last kopek punya!). Kami akan menghabiskan Ramadhan dan menyambut Hari Raya pertama di Ayer Keroh, Bukit Baru, Masjid Tanah dan kawasan sekitarnya.

Pagi Hari Raya kedua, kami akan mengambil flight balik ke Kelantan dan akan bercuti di Kelantan sehingga Isnin. Anak2 ponteng lah sekolah sehari.

Sebenarnya, sejak terlibat dalam accident pada Hari Raya kedua pada tahun 2005, kami mengambil keputusan untuk pulang berhari raya dengan menaiki kapal terbang sahaja. Memang agak membebankan poket sebab terpaksa beli tiket untuk 2 dewasa dan 5 orang kanak-kanak. Akid pun dah sepatutnya kena tiket sebab dah lebih dari 2 tahun umurnya. Tapi soal keselamatan dan nyawa isteri dan anak-anak tak ternilai harganya.

Bukan kami tak pernah pulang ke Kelantan menaiki kereta selepas insiden itu, ada sebenarnya; cuma bukan semasa cuti Hari Raya.

Comments

suriani said…
Hi,
selamat hari raya untuk u sekeluarga..
i baru baca kisah ngeri itu, memang mengharukan pengalaman itu ye.. semoga kita semua mengambil pengajaran daripadanya.

umi ameer
Yes, I remember that day. Better take the flight. It is better to save lives.
UmiAmeer: ya, satu pengajaran yang sangat berharga

Ailin: Hi! apologies lamam dah tak jengok your blog. Salam Hari Raya to you and family.
Bunga Rampai said…
Salam Aidilfitri :)

Selamat Hari Raya buat OSH dan keluarga, maaf zahir dan batin.
KakNi said…
Saya sangat teringin makan lemang dan ketupat... hu hu hu... (masa raya hari tu tak puas/tak lalu nak makan)....
CikAHNI: apa susah....rajin-rajin la pergi rumah terbuka especially client's open house kat hotel. :)

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Mental Blogging