Kenapa?

Kenapa masih ada orang yang tak berhati perut seperti ini?

From Harian Metro, 19 Januari 2008:

Penyamar dibelasah

PETALING JAYA: Kehadiran dua lelaki misteri menyamar polis di rumah keluarga kanak-kanak hilang, Sharlinie Mohd Nashar, 5, di Taman Medan di sini, malam tadi mengundang padah apabila seorang daripada mereka dibelasah penduduk.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, kedua-dua lelaki terbabit dikatakan menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman. Difahamkan, kedua-dua lelaki itu mengaku mereka bukan polis dan berbuat demikian sekadar suka-suka sambil memohon maaf.


Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu datang ke rumah bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Husin, 32, dengan menaiki sebuah motosikal. Mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.

Katanya, suspek meminta gambar Sharlinie yang lebih besar dan jelas selain diberitahu pernah melihat kanak-kanak itu sebelum ini. Hariana Metro difahamkan, tidak lama kemudian kedua-dua suspek beredar dari rumah itu.

“Identiti sebenar mereka bagaimanapun disedari penduduk yang berkumpul di rumah Sharlinie lalu terus mencari kedua-dua lelaki terbabit.

“Mereka ditemui tidak jauh dari situ dan dibawa ke kediaman keluarga kanak-kanak itu,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada lelaki terbabit dipukul orang ramai yang marah dengan perbuatannya, manakala seorang lagi dapat memboloskan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Orang orang macam ni hanya akan menambahkan derita keluarga mangsa.

Itu tak termasuk some prank calls that the family of the victim has been receiving. These people must be sick or have sick minds.
Remaja tuntut RM5,000

PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 16 tahun dikatakan menuntut RM5,000 dan kad prabayar bernilai RM200 daripada keluarga kanak-kanak hilang, Sharlinie Mohd Nashar, 6, jika mahu maklumat mengenai mangsa.
[Metro 16 Januari 2008].
Tolong lah. The family has suffered enough.

Kalau tak boleh bagi kudrat tolong cari anak yang hilang, sekurang2nya tolong doakan mangsa ditemui semula dalam keadaan yang selamat.


Comments

KakNi said…
Kalau mintak duit tu (yg rm5000 tu) tau lah dia buat tu untuk duit tapi yg dok pi menyamar tu, apa yg dia nak sebenarnya? Tak masuk akal la....
Ahni: memang tak masuk akal. Unthinkable!

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Mental Blogging

Kisah Ibu dan Anak