Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah pun seminggu berlalu. Sebelum cuti ada perancangan nak hantar anak2 balik kampung Atuk/Nenek mereka di Melaka dan aku dengan mem (dan akid dan Kak Chik) balik KL. Biar lah Kak Long, Kak Ngah dan Abang Akmal duduk kat rumah Atuk diorang seminggu. Maid pun boleh hantar sana, boleh lah tolong my MIL. Ingat boleh lah ber'manja-manjaan' dengan my Wife.

Tapi macam biasa lah, lain yang dirancang, lain pulak yang jadi. Lepas konsert akhir tahun Abang Akmal dan Kak Chik hari Sabtu lepas (17-11-2007), kami sekeluarga balik ke Ayer Keroh. Oleh kerana jadual kerja aku memang padat dengan crazy deadlines sepanjang minggu ni, aku cadangkan kat my Wife supaya dia pun duduk Melaka lah seminggu ni. Bukannya apa, Aku tak nak lah dia terkebil-kebil kat rumah tak sempat nak bermanja dengan laki dia yang sentiasa sibuk.

So for the whole of this week, Aku pulun kerja tanpa rasa bersalah pukul berapa nak balik rumah. Memang kerja gila (ke gile kerja?). Hari-hari balik rumah lepas tengah malam and then keluar rumah sebelum matahari naik. Neighbour aku pun heran agak nya. The truth is, memang padat. Dah tak tahu nak buat macam mana. Sekarang banyak deal nak kena habiskan sebelum cuti krismas. Banyak clients yang target habiskan deal diorang sebelum akhir tahun. Tu yang banyak kerja dan deadlines yang overlapping. Malam tadi meeting habis dekat pukul sebelas malam, terpaksa lah aku miss sesi friday futsal aku. In between, aku kena bagi training kat credit admin centre bank rimau kat semua regional office diorang. KL dan JB dah cover. Minggu depan ke Kuching dan KK; minggu lagi satu ke Penang dan Kuala Terengganu lah pulak.

Tapi orang kata bagus lah banyak kerja....kalau tak de kerja karang....susah pulak nanti.

Sekarang ni masih kat opis. Ingat nak masuk pagi kejap aje, pastu terus balik Melaka. Ni dah dekat pukul 3.00PM masih lagi ada kat opis.

Nasib badan lah. Aku ingat cuti tahun ni sama dengan cuti tahun lepas jugak lah. Tahun lepas sampai dah hujung tahun pun tak sempat nak bawak anak2 ke mana2. Last sekali, Aku bawak family duduk hotel Impiana yang dekat dengan KL Convention Centre tu je (Shhhh...the main reason aku check in kat hotel tu sebab hotel tu offer free wifi connection; boleh aku aku check emails office - tapi hampeh, connection dia gila slow. Pakai 3G phone Aku lagi laju).

Walaupun jarak hotel tu dengan rumah Aku tak sampai 15 minit berkereta, kitaorang bantai tidur hotel 3 hari. Tapi at least budak-budak happy boleh tidur hotel dan main kat pool. Every morning lintas jalan pergi KLCC Park; budak main puas2. Balik diorang swimming; dah tengahari pergi KLCC. Makan-makan, jalan-jalan, pergi petrosains. Malam bawak budak2 dinner restoran seri melayu dan satu restoran siam yang kat jalan tun razak. Ingat nak bawak diaorang pergi makan kat restoran berputar kat Menara KL, tapi full house rupanya.

OK lah, enough updates. Ciao....Wife dah SMS tanya bila aku nak gerak. Coming my dearest.

Comments

Helena said…
kalau duduk hotel tu.... kira dah happy wife and anak2.... walaupun dekat rumah.... hehe janji kat hotel, and ada pool.... betul tak?

eh...OSH ni mesti workaholic kan?
Helena: ya betul, luckily my kids still small and less demanding (at least for now).

Workaholic?.....emmmm...no, err yes, mmm...may be?
shafarina said…
:D

Bukan keje gile tapi gile keje ni. Tapi masa wife takdelah nak pulun kan. Bila dia dah ada, nanti asik ingat rumah aje. :)

Anyway, what do ya think abt Sadiq & Co? Mengarut la citer tu kan kan. Not even 60% mcm life lawyer yg sebenarnya - or at least keje DPP like my #1.
pB said…
kerja kerja jugak ...

kesihatan kena jaga ....
Wan: Sadiq & Co? Sorry, too busy to bother myself to watch the series. Banyak kojo lain nak buek.

PB: ya, terima kasih atas ingatan.
Bunga Rampai said…
Salam,

Isy, isy, pulun kerja sungguh!

Cuti-cuti hotel pun ok jugak, asal seronok budak-budak tu.

Futsal main kat mana? hehe, saya menyibuk!

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...