Al Fatihah

My eldest brother sent an SMS reminding me that tomorrow will mark the 17th year of the demise of my/our beloved Father. Again, I thanked him for the kind reminder. He has been dilligent in reminding us all siblings about these important dates. (Read my earlier entry here).

InshaAllah, I will never forget that date. Al Fatihah to Almarhum Ismail bin Ibrahim, ayahanda tercinta. Semoga Ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.


**********************

I wanted to blog about this much earlier but just could not find the time.


In the morning of 14th of November I received an SMS from a colleague that a closed friend of mine has lost his father earlier that morning. The message said the body would be brought to the nearby mosque for prayer at 11AM and thereafter to to buried somewhere at Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.

I was actually drowned with works at that time but after a long thought and some soul searching, instead of sending condolence message to my friend and continued with my work, the good side of me prevailed. AlhamdulilLah. (Ya, cabaran dan dugaan dari Tuhan datang dalam berbagai bentuk). I decided just to drop everything and went to pay visit my friend's house.

By the time I arrived, the van jenazah was ready to bring the body to the nearby mosque. Quickly followed the van. Managed to meet and offered my condolence to my friend and his brother. My friend being the first son in the family looked calm. When it's time for solat jenazah, the imam suggested for my friend to lead the prayer; lebih afdhal, the imam said. And my friend obliged. He led the prayer and the du'a.

After the prayer, I could have made a quick exit and go back to office. Again I told myself the burial won't take long. So followed the van to the cemetry. I remember the place well. It was the same place my friend his first son. Few years back (may be 7-8 years ago), this friend of mine lost his first son due to complication during at birth.

During the burial, my friend was in the thick of the action. Together with his brother, he lowered the body into liang lahad and he performed all things whatever a son could do as his last contributions to his beloved father. All along he was calm and veru much managed to control his emotions. But the last straw came when he was asked to recite the talqin.

From a distance, I cried silently when I saw my friend sobbing in between his parting advice to his beloved father.....

Bismillah hir Rah man nir Rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.


Wahai Ayahanda ku, wahai Ayahanda ku, wahai Ayahanda ku, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai Ayahanda ku , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai Ayahanda ku , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".


Wahai Ayahanada ku, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai Ayahanda ku, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.



Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana Rabbika Rabbil 'Izati 'Amma ya Sifun Wassallamu 'Alal Mursalin walham dulillahi Rabbil 'Alamin.


It was the most touching moments that could melt even the hardest of the hardened hearts. I admire the strength of my friend for what he did that day. I could not have done that seventeen years ago.

Comments

shafarina said…
*sobbed*

Al Fatihah. Semua akan merasainya.
Wan: ya, setiap yang hidup pasti akan merasainya.
Bunga Rampai said…
Al Fatihah.

~~~~

Kita akan menyusul kemudian.
CikRampai: kita akan menyusul; masanya belum tentu.
KakNi said…
Al Fatihah.

Kalau ada sesiapa yang mendengar talqin dan tidak merasa sedih/insaf, tak tahulah macam mana...

Kita nanti dapat ke jawab...
PB: Benar

AHNI: Betul tu, talqin itu juga peringatan kepada yang hidup.
UglyButAdorable said…
bro, may your father and your friend's father souls are blessed with HIS jannah and that we'll join them as neighbours insya Allah...

my 2 nephews 11 yrs old then, bathed and did whatever they could for my arwah brother..it was a very touching moment..
CikUBA: I did the same thing too, except for the talqin part.

KakTeh: Thank you.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...