Raya Dah Habis?!

Maka Syawal dengan rasminya melabuhkan tirainya semalam.

Hari ini sudah 1 Zulkaedah 1428 Hijrah. Tamat sudah 'raya sebulan' pesen orang kita.

AlhamdulilLah, aku sempat jugak menghabiskan puasa 'nam pada hari terakhir Syawal. Hampir2 kecundang tahun ni. Maklumlah banyak sangat Raya Open House pelanggan dan rakan niaga yang perlu dihadiri. Kalau tak makan pun, kena jenguk jugak, sekurang2nya tunjuk muka.

Sebenarnya ada jugak cerita2 puasa dan raya yang ingin dikongsi tapi niat tu terpadam begitu saja memandangkan mungkin cerita2 tu dah basi sebab sudah lama sangat terperap. Tapi atas permintaan Auntie Wan yang nak tengok Akid pakai baju raya, dengan baik hatinya aku upload gambar raya the whole family (minus yours truly, of course!).



Sebenarnya kami sekeluarga belum sempat nak bergambar dan ber'posing' sebab pakcik2 dan makcik2 adik beradik my father in law dah sampai awal pagi sebaik saja selesai sembahyang sunat hari raya. Tahun ni, berbeza dengan tahun2 yang sebelumnya. Tahun ni rumah my in laws jadi tumpuan sebab saudara semua datang nak melawat dan menziarah ibu kepada my father in law yang tinggal dengan my in laws sejak beberapa bulan sebelum puasa.

Kira moyang @ great (paternal) grandmother @ 'Nek Nyang' to my kids.

Sebelum ni Nek Nyang tinggal dengan salah seorang anak perempuannya di Bandar Hilir tapi sejak akhir2 ini anak perempuannya (adik my FIL) sakit2 dan sudah tak larat nak menjaga Nek Nyang lagi. Lagi pun Nek Nyang sudah mula lemah ingatannya dan perlu memakai pampers.

Anak2 aku ada seorang lagi moyang @ great (maternal) grandmother @ 'Onyang' yang tinggal di Bangi dengan anak perempuan bongsunya (my wife's youngest aunt). Onyang ni pun pakai pampers dan dah tak larat nak berjalan dan buat apa2 lagi, cuma terbaring atas katil aje.


UPDATED @ 12 November 2007

Note to Self: Next year kalau nak beli baju melayu untuk Akid, kena beli baju melayu johor (teluk belanga) dan bukannya cekak musang. Akid tak selesa pakai dan komplen kolar baju melayu dia keras. (Tengok lah gambar, kolar cekak musang baju melayu Akid dilipat macam kolar kemeja).


Comments

wan said…
Alaaaa... comelnyer Akid!!! Siap dgn sampin lagi tuh, sedondon warna sefamili.

Dlm famili saya, ada sorang je nenek yg tinggal. Tinggal yg makcik2 je.
pB said…
SALAM O.S.H

Chomel nyor hero kecik tu ...
Manis leting ....
AuntieWan: sedondon penangan last minute shopping kat Jalan TAR.

PB: salam kembali. meme manih leting...ayoh dio orghe Darulnaim!
sya said…
OSH.. meman budak kecik tak suka. aiman dulu kak sya make sure beli baju melayu johor and up till now dia cukup benci pakai baju melayu biasa.
bunga rampai said…
Cantik ... terserlah kegembiraan raya dan kebahagiaan keluarga.

Gambar tukang gambar jugak tak ada!

Salam :)
K'Sya: betul tu. tapi nasib baik my elder son doesn't mind to wear baju melayu cekak musang.

CikRampai: salam kembali. tukang gambar pemalu orangnya. kah3x
UglyButAdorable said…
waaahhh...kecik kecik sudah fashion conscious yeee...sungguh cute nyer bro...

tolong peluk akid untuk aunty UBA....

Popular posts from this blog