KL - hujan dan banjir lagi

Anak-anak ku,

Kalau lah anak2 tanya kereta apa yang sesuai untuk dipandu di wilayah Kuala Lumpur ni, tentu sekali Ayah tanpa ragu-ragu menasihatkan anak2 untuk membeli sebuah SUV.

Seperti semalam, petang hari ini hujan turun dengan lebat yang teramat. [Anak2 mungkin tak tahu sebab Anak2 semua sedang seronok bercuti dan berswimming di Melaka dengan Atok dan Pak Su].

Seperti semalam, hari ini sesetengah kawasan di dalam kota metropolitan (????) KL yang kita ini kebanjiran lagi. Kalau semalam ada sesetengah kawasan di Chan Sow Lin dan Cheras dinaiki air, petang ini, air sungai di Jalan Melaka berhampiran dengan Menara Bank Muamalat melimpah lagi. Akibatnya, banyak kereta tersadai di tengah divider jalan. Sebahagian besar kawasan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Melaka, Jalan Dang Wangi dan Jalan Doraisamy ditenggalami air. Seperti biasa, kalau ada kebanjiran seperti ini, tempat 'favourite' nak tengok kereta terapung ialah di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Wilayah dan di sebelah Stesen Esso di Jalan Dang Wangi.

Seperti semalam, Ayah stuck dalam traffic jam di Jalan Ampang /Jalan Sultan Ismail selepas selesai meeting dengan clients. (Kenapa lah diorang suka buat meeting petang-petang?).

Dan sebentar tadi, Ayah telah buktikan kenapa SUV adalah kereta yang wajar digunakan oleh semua rakyat Kuala Lumpur ini yang selalu berhadap dengan banjir kilat seperti hari ni. Ayah bernasib baik sebab pergi meeting dengan menumpang kereta Uncle F. Selain dari mudah untuk panjat kerb dan pavement kalau traffic jam, SUV juga boleh meredah banjir - itu yang pentingnya.

Tadi, dengan kereta Nissan X-Trail Uncle F, Ayah dan Uncle F redah aje air banjir di depan Kompleks Wilayah yang sedalam lebih 4 kaki. Hampir saja paras air tu sama dengan paras boot kereta. Adventure sungguh rasanya. Setidak2nya boleh lah buktikan bukannya BAS METRO saja yang bermaharaja lela boleh redah banjir.

Anak2 ku,

Sekang ni jam di ofis dah pun lebih pukul 8 malam. Nampaknya air depan stesen Esso di Jalan Dang Wangi belum boleh di lalui oleh kereta yang biasa2 selain SUV. Oleh kerana kereta Ayah telah Ayah pinjamkan kepada Uncle H untuk balik ke Kelantan, maka lama lagi lah agaknya Ayah akan stuck di ofis ni. Adusss.

Ye lah, takkan nak redah banjir dengan kereta Honda Oddysey Ibu kamu pulak.

Nak cari nahas?

Comments

anggerik merah said…
Banjir lagi ke. Tu lak KL. Dah memang tak ada cara lagi to avoid banjir kilat ni. Good idea abt SUV
hjghaz said…
Tuan O.S

Nahas pada kereta ODC tu atau "Nahas" world war dengan Ibu???
Bunga Rampai said…
Salam,
Entah mengapa, entri ini menyentuh hati saya.

Saya harap keluarga OSH terutama isteri dalam keadan stabil kini.
AuntyN said…
Banjir ke KL sekarang ni, camna nak gi KL ni kalau asyik banjir?.
Tak kan nak pergi 2 orang pun nak kena bawak MPV hubby. Habih camna ekk? :-)
Anggerik Merah - masalah banjir ni mungkin lambat lagi nak settle kat KL ni. May be even after you come back the situation will not change much.

HjGhaz - nahas nak kena pelangkung laaa.

Bunga Rampai - terima kasih atas keperihatinan anda. InsyaAllah, Isteri saya semakin pulih dari trauma pengalaman tempoh hari.

AuntyN - MPV tak cukup tinggi nak redah banjir. So kalau hujan lebat, elakkan masuk KL.
Anggerik Merah - masalah banjir ni mungkin lambat lagi nak settle kat KL ni. May be even after you come back the situation will not change much.

HjGhaz - nahas nak kena pelangkung laaa.

Bunga Rampai - terima kasih atas keperihatinan anda. InsyaAllah, Isteri saya semakin pulih dari trauma pengalaman tempoh hari.

AuntyN - MPV tak cukup tinggi nak redah banjir. So kalau hujan lebat, elakkan masuk KL.
Anggun said…
Hmm..banjir kilat kat KL..entah bila nak selesai..

Yang lebih rasa berdosanya ialah bila kita stuck dalam jem berjam-jam lamanya sampai waktu solat pun habis..Astaghfirullah..

Sayalah salah seorang mangsa itu di Jalan Cheras tempohari...:(
Anngun - memang meresahkan dan rasa sangat bersalah kalau tergelincir kewajipan sebab mangsa traffic jam.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Mental Blogging