Syukur
Anak-anak ku,
Mari lah kita bersyukur di atas segala nikmat yang melimpah ruah yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Pagi ini dan pagi semalam langit pagi yang cerah membolehkan Ayah melihat sehingga sejauh Genting Highlands dari lebuh raya bertingkat KL. Sungguh cantik sekali melihat bukit yang menghijau yang masih dilitupi nipis oleh kabus pagi. Pagi semalam Ayah juga bertuah dapat melihat pelangi semasa Ayah memandu ke pejabat.
*******************
Anak-anak ku,
Hari ini sudah masuk hari ke 5 gempa bumi melanda Yogjakarta dan kawasan sekitarnya. Setakat ini bencana yang melanda telah mengorbankan hampir lima ribu penduduk Yogjakarta. Mari lah kita berdoa semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara seislam kita yang ditimpa malapetaka itu. Semoga mereka sentiasa tabah dan cekal mengharungi dugaan Tuhan ini.
***************
Anak-anak ku,
Sesungguhnya, kita dapat merasakan sangat kerdil manusia ini ditengah-tengah segala percaturan Tuhan dengan kenikmatan dan malapetaka ini. Segalanya ini sepatutnya membuatkan kita lebih dekat dan bersyukur kepada Allah.
SubhanalLah. AlhamdulilLah. Allahu Akbar.

Comments
Kalau di Malaysia, ia tidak boleh dipanggil balasan Allah, maka kit lebih lalai..
*koran = newspaper
Maya - ya, tentu sekali tak ramai yang bertanya sampai bila kita terkecuali. Mungkin ramai yang pikir, ianya takkan terjadi kepda kita, hanya jadi kepada orang lain saja.