Ramadhan 2008 - Day 13

Berbuka puasa dengan anak-anak Chow Kit.

Sabtu lepas (6 September) aku sempat berbuka puasa dengan anak-anak Chow Kit di Pusat Penjagaan Anak-Anak Nur Salam - juga dikenali sebagai pusat aktiviti anak-anak Chow Kit. Terdahulu, ofis aku menerima panggilan dari pengasas pusat tersebut mengatakan beliau memerlukan sedikit sumbangan berbuka puasa untuk anak-anak chow kit di bawah jagaannya. Katanya dia memerlukan sumbangan wang tunai untuk membeli nasi bungkus untuk hari Sabtu tu. Hari-hari yang lain dah ada sponsor.

So my office decided to sponsor the Iftar. Sebenarnya kelam-kabut jugaklah staffs kat ofis nak menguruskan cari catering, logistik dan lain-lain. Tapi semua tu rasa berbaloi bila melihat semua makanan yang dibawa habis dimakan dan bila melihat wajah-wajah ceria budak2 kat situ.

Bayangkan, sampai tak cukup sambal belacan yang disediakan. Tak padan dengan kecik. Terpaksa lah kami pergi beli sambal belacan kat gerai makan kat bawah.

Bayangkan juga macam mana gamatnya mengendalikan lebih kurang 85 orang kanak-kanak berumur dari 3 tahun sampai 12 tahun. Tak ada sesaat pun mulut diorang senyap walaupun berkali-kali disuruh diam.

Aku cukup respect dengan Abang Azizan (Raja Azizan Suhaimi) yang boleh cam dan ingat nama semua anak-anak kat situ. Memang nampak sangat dia sangat rapat dengan anak-anak kat situ. Aku hanya sempat berborak sekejap sahaja dengannya. Dia sempat bercerita pengalamannya terpaksa menunggu di depan pintu sebuah pusat jagaan/bantuan kristian yang berdekatan untuk memastikan budak2 chow kit yang terbiar ini tidak dipengaruhi untuk join diaorang. Sekarang, katanya dia ada 'gentleman's agreement' dengan pusat kristian tu; mana-mana anak orang melayu yang perlukan bantuan, mereka akan rujuk kepadanya. Sebaliknya kalau ada orang-orang bukan Islam yang perlukan bantuan, dia akan rujuk ke pusat bantuan kristian itu.

Program kami simple aje. Lepas buka puasa, sama-sama sembahyang Maghrib berjemaah. Lepas tu sambung makan buah-buahan dan pencuci mulut. Akhir sekali aku suruh semua budak-budak tu duduk dalam barisan dan aku yang round bagi duit raya kat diaorang.

To tell you the truth, aku sebenarnya tak makan pun. Aku berbuka dengan kurma dan sedikit kuih. Semacam ada sesuatu yang tersekat dihalkum. Melihat ramainya anak-anak orang kita yang dalam kesempitan, yang ibu-ibu (dan ayah) mereka tak mampu memberi perhatian sebab terpaksa bekerja untuk mencari rezeki. Disebalik wajah-wajah innocent dan ceria mereka, Aku sebenarnya terkedu memikirkan nasib mereka. Di pusat jagaan ini, Abang Azizan dan isteri serta sukarelawan mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan waktu luang anak-anak ini terisi dengan aktiviti berfaedah termasuk memberi tuition.

Abang Azizan ada ceritakan ada anak yang dibantu masuk sekolah terus masuk tahun 6 sebab tidak mempunyai dokumen kelahiran. Malah ada satu kes yang dia masih berusaha untuk menyekolahkan seorang budak yang dah berumur 10 tahun. Jadi bolehkah kita salahkan mereka kalau mereka akhirnya menjadi penghuni lorong-lorong gelap di Chow Kit dan terlibat dengan aktiviti2 yang tak diingini. Memang lumrahnya kita terlalu cepat menghukum dari membantu.

Ada juga success story dari pusat ini. Ada seorang anak yang mendapat 5A dalam UPSR hasil bantuan penjaga dan sukarelawan di sini tahun lepas. Tahun ini mereka target seorang lagi yang menunjukkan prestasi akedemik yang memberangsangkan.

Aku pulang membawa balik pengalaman yang berharga untuk diri. Aku ceritakan pada anak-anak yang tak semua orang senang macam kita dan bagaimana beruntungnya kami sekeluarga. AlhamdulilLah


************


You may want to read more of the centre at this links:

(1) kementerian pembangunan wanita keluarga & masyarakat (click here)
(2) Some pictures (click here)
(3) some more pictures (click here)

Comments

KakNi said…
Saya terasa terharu... kalau lah saya boleh memberi lebih, saya pun teringin nak menolong... kesian kan deme...

Cuba compare dgn anak2 kita... mcm langit dgn bumi...
shafarina said…
Alhamdulillah

Bagus juga deal yg dia buat dgn pusat jagaan kristian tu ye, agaknya dah ada kes kalau dibantu mesti masuk agama depa kot?
suriani said…
usaha yang sungguh murni..
keep it up, ye!
CikAHNI: bantu lah sekadar yg mampu.

CikWan: takut pegangan anak2 kita terpesong

UmiAmeer: thanks...
Bunga Rampai said…
Semoga dirahmati Allah insan-insan yang memberi perlindungan kepada anak-anak itu.

Terima kasih entri ini. Saya telah belajar sesuatu.

Salam :)

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Mental Blogging

Kisah Ibu dan Anak