Posts

Showing posts from August, 2005

Yes, It did Work

Anak-anak ku, Cukup bangga Ayah mu ini bila cubaan untuk mengemaskini kan blog ini melalui e-mail telah berjaya. Well, it may not be rocket science, but still - an achievement to me.

Testing

Testing. Whether I could update my blog via e-mail.   OSH  

KL Engulfed by HAZE (2)

Image
Anak-anak ku, Lihatlah gambar yang Ayah ambil petang ni. Bandingkan pula dengan gambar yang Ayah ambil pada akhir bulan Jun lepas. Ada Anak-anak ku nampak KLCC? Gambar ini diambil pada 29 June 2005. Betapa indahnya KL (pada masa tu).

KL Engulfed by HAZE

Anak-anak ku, Kalau Anak-anak ku tidak dibenarkan keluar main basikal di laman rumah , maka dengarlah pesan Ibu mu itu. Walaupun baru pagi tadi, Ayah ada dengar dari corong radio mengatakan tahap jerebu belum kritikal, jangan lah dipercaya sangat berita itu. Tentu sekali orang yang buat kenyataan itu tak pernah keluar dari pejabat untuk melihat (dan merasa) betapa jerebu di KL ini sudah teruk sehinggakan banyak bangunan pencakar langit dah 'hilang' dari pandangan. Nak berjalan pun terasa pedih mata dan hidung.

Bila Charity Dikomersilkan

Anak-anak ku, Memang dari dulu Ayah sudah dapat mengagak pasal benda ni. Sekarang terbukti benar . Banyak kali (selalunya waktu makan di mana2 restoran dekat dengan ofis) Ayah didatangi oleh anak2 muda yang memakai tanda nama dan menyatakan mereka mengutip sumbangan untuk badan kebajikan, WWF, atau Shelter Homes atau mana2 charitable organisations. Ayah pernah bertanya, berapa komisyen dia orang dapat buat kutipan derma ni? Kebanyakan cuba mengelak untuk menjawab. Ada sorang tu pernah menjawab, 'Itu saya tak tahu, bang. Itu kena tanya company'. Anak-anak ku, Sebenarnya dalam dunia ni, kalau tak dapat komisyen, takkan ada orang nak buat kerja-kerja kebajikan secara bersungguh-sungguh. Kalau pun ada, hanya beberapa kerat sahaja. Rupanya dalam setiap RM1 yang kita dermakan, hanya RM0.10 aja yang diberikan kepada organisasi kebajikan itu. Yang lainnya dikongsi antara budak yang buat sale/kutipan, ofis dia, head office company dia, holding company dia dan macam-macam lagi. PETAL...

Tension nya...

Anak-anak ku, Semoga dengan bercerita sebegini boleh menghilangkan sedikit rasa tertekan dan tension yang Ayah mu sedang rasai sekarang ini. Maaf, sepatutnya Ayah duduk rumah dan bagi sepenuh masa Ayah untuk anak-anak Ayah dan ibu kamu pada hari-hari minggu sebegini. Ayah selalu sibuk. Itu rasanya dah tak payah lagi Ayah nak bagi tahu. Memang Anak-anak dah tahu Ayah selalu balik lambat. Kalau sesekali Ayah sampai rumah sebelum Maghrib, tentu Anak-anak akan tertanya2 macamana Ayah boleh balik awal dari 'sepatutnya'. Anak-anak ku, Selain dari kerja2 dari fail2 yang sememangnya Ayah perlu bereskan, Ayah juga terpaksa menanggung dan kena membereskan kerja2 yang pada awalnya bukan kerja Ayah. Nak buat macamana kalau Uncle Tengku dah mintak tolong. Memang macm tu lah selalunya. Kekadang kena rescue orang lain demi untuk kebaikan kompeni Ayah sendiri. Orang lain yang screw up , Ayah terpaksa korbankan masa dan tenaga untuk menjaga kepentingan dan integriti kompeni ini. Lagipun, kalau...

Gritty Young Girl

Image
Anak-anak ku, Pernah, Ayah mu ini runsing dan bimbang bila melihat Kak Long kamu menggalas beg ke sekolah. Beg sekolah sekarang ni semakin hari semakin berat. Ramai parents lain yang komplen. Rupanya, ada budak sekolah yang terpaksa menanggung beban yang lebih berat lagi. Anak-anak ku, Gadis yang malang ni terpaksa memikul tong oksigen seberat 8 kilogram ke sekolah setiap hari, selain dari membawa buku sekolah. Siti Salmah Jasni, who is waiting for a lung transplant, is back at school, lugging an eight-kilogramme portable oxygen tank in her schoolbag daily. The apparatus, which has enough oxygen to last six hours, is what keeps the Form Four student alive. Costing RM14,000, it was donated by three readers of the New Straits Times after they read of Siti’s plight in May. At that time she was warded at the National Heart Institute, waiting for a lung donor. Siti Salmah now has four oxygen tanks of various sizes, but because of their weight, she relies on the help of classmates to carr...

AP Yang Menyesatkan

Anak-Anak ku, Untuk pengetahuan Anak-anak ku sekalian, selain dari berita hangat Raja AP yang Ayah ada ceritakan dalam laman yang lepas, namun ada satu lagi kes AP yang tak kurang jugak hebatnya. Bukan setakat hebat, tapi sudah masuk bab sesat dan menyesatkan. Ayah Pin dengan bangganya mendakwa dia adalah tuhan dan dia lah penghubung antara Kerajaan Langit (Sky Kingdom) dengan umat manusia di muka bumi ini dan dia lah juga ketua yang dilantik untuk memimpin dan menyatukan semua agama yang ada. Memang tak masuk akal. Tapi itulah yang dipercayai oleh pengikut-pengikutnya yang dikatakan berjumlah beribu-ribu yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama juga taraf pendidikan yang berbeza. Susah nak komen pasal Ayah Pin atau pasal 'agama' nya yang entah apa2 tuh. Dah memang tak masuk akal. Macam mana nak komen? Yang sedihnya, ada yang terang-terangan mengaku murtad dan cepat-cepat buat surat akuan bersumpah yang dia dah keluar dari Islam semata-mata nak mencabar kesahihan pendakwa...

Another Milestone

Anak-Anak ku, Hari ni Ayah mu terpaksa bergegas ke Sek Rendah Taman Melawati untuk pengesahan pendaftaran Kak Ngah sebagai murid tahun satu Sesi 2006. Fuuh, diam tak diam.....Kak Ngah pun dah nak masuk ' sekolah betul ' ikut jejak Kak Long. Bukan lagi tadika. Ini adalah satu milestone yang penting dan harus diingati dlam diari hidup kamu. Walaupun Ayah mu ini terlalu sibuk tetapi terpaksa juga pergi sebab kesiankan Ibu mu yang mungkin kelam kabut nak siapkan Abg Akmal dan Adik Inah di rumah dan pada masa yang sama nak kena hantar Kak Ngah ke Q-Dees. Sebenarnya, bukan itu yang Ayah mu nak rungutkan, tapi oleh kerana masa itu terlalu berharga, tak dapat tidak Ayah mu berasa sedikit kecewa dengan cara taklimat yang dibuat oleh Guru Penolong Kanan pagi tadi. Sebagai seorang guru, dia sepatutnya lebih arif dan tahu bagaimana nak sampaikan mesej dengan jelas, tepat dan ringkas. Dia tidak sepatutnya 'menceceh' dan mengulang-ngulang apa yang nak dicakapkan seolah-olah dia seda...

AP King

Dengarlah Anak-anak ku, Kalau lah kamu dapat membaca suratkhabar, akan kamu ketahui bahawa tiada apa yang paling hangat ditulis oleh orang suratkhabar dan internet kecuali pasal AP sahaja. Tiada lagi yang lebih penting melainkan pasal kes kurnia AP untuk bawa masuk kereta dari luar negara untuk dijual di dalam negara. Heboh pasal adanya Raja AP yang mendapat berpuluh-puluh ribu AP. Anak-anak ku, sesungguhnya berpuluh2 ribu itu sangat lah banyak. Tak terkira dengan jari2 Kak Long, Kak Ngah, Abg Akmal, Adik Inah hatta jika ditambah dengan jari2 Ibu mu. Heboh juga diperkatakan bahawa Raja AP ni mempunyai banglo yang sangat besar dan ada tiga buah helikopter untuk bergerak ke sana ke mari. Sayugia Ayah mu ingin memberitahu, helikopter yang dimiliki oleh Raja AP ini bukanlah sama dengan helikopter yang Atuk kamu belikan untuk Abg Akmal tahun lepas. Helikopter ini boleh terbang betul2 dan tak de pakai bateri AAA. Anak-anak ku, Sesungguhnya kita tidak sepatutnya dengki dengan kekayaan orang....

New Blog

Dengarlah Anakku, Tak tahu kenapa, tiba-tiba jiwa ini meronta-ronta inginkan blog baru. Macam Abg Akmal menangis-nangis mintak dibelikan mainan Power Rangers yang baru masa kat Giant tempohari. Mungkin - sesudah setahun, terasa bosan pula dengan blog yang sediaada . Tambahan pula selalu saja tak berkesempatan untuk blogging kalau tengah sibuk siapkan assignment. Walau apa pun tak berani pulak Ayah mu ini nak berjanji yang blog ni takkan menerima nasib yang sama dengan blog terdahulu. Kita tengoklah dulu ya. Mungkin juga - disebabkan suasana serba baru di opis ni yang buatkan hati melonjak-lonjak nak buat blog baru. Tukar environment. Mulai hari ni, opis telah berpindah ke tingkat 15. Alhamdulillah, semuanya okay tanpa major disruption. Mintak maaf sebab tak dapat bawak Anak-anak semua datang melawat opis baru ini hari Sabtu lepas. Renovations belum siap lagi. Nanti semua selsema sebab kena habuk pulak. Atau mungkin - sebab terlalu tension dengan kerja. You see, I'm currently waaay ...