Sumpah

Jangan main-main dengan bersumpah. Nanti jadi Sumpah-Sumpah baru tau...

Read this from Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.

"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau.

Dan ini kenyataan dari ustad KJ.

"Dua pendekatan yang beliau (Anwar) boleh gunakan iaitu pertama menerusi undang-undang dengan membiarkan pihak berkuasa menyiasat laporan berhubung dakwaan liwat membabitkan pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Pendekatan lain ialah kedua-duanya (Anwar dan Mohd Saiful) boleh bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi menafikan tuduhan liwat membabitkan mereka berdua," katanya ketika menghadiri Sukan Rakyat anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam. "
Petikan Berita Minggiuu

Komen Aku:

(1) Beban membukti terletak di atas orang yang menuduh bukannya di atas orang yang dituduh. Prinsip undang-undang ini sama dari segi pemakaiannya samada mengikut undang-undang sivil atau mengikut undang-undang Shariah. Dan beban membukti dalam kes qadzaf yang membawa hukuman hudud adalah lebih berat (iaitu "beyond any doubt") berbanding beban membukti mengikut undang-undang sivil ("beyond any reasonable doubt").

(2) Sepuluh tahun dulu memang pernah dicadangkan supaya DSAI dibicarakan di mahkamah Shariah. Tak de pun dibuat; kenapa kali ni nak pulak ikut prosedur Shariah?

(3) Kalau pun DSAI bersumpah dan budak tu juga bersumpah, polis boleh hentikan siasatan dan segalanya berhenti disitu saja?

Apa raa....?

Comments

KakNi said…
Tak larat la pulak dah nak ikut perkembangan politik semasa... macam2!
wallpapersdeco said…
hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog! thanks
Anonymous said…
Pernah berlaku di mana seorang ustaz yang amat dipercayai, guru mengajar mengadi di kawasan taman perumahan saya dituduh merogol anak muridnya, anak perempuan berusia 9 tahun. Kanak-kanak malang berkenaan telah mengadu kepada ibu-bapanya yang mana seterusnya melaporkan kepada polis.

Ustaz berkenaan telah ditangkap dan diheret ke mahkamah atas tuduhan rogol, dan telah disabitkan kesalahannya dan dihukum 6 tahun penjara dengan 4 sebatan.

Apa perasaan kita jika anak perempuan itu anak kita, dan ustaz berkenaan membuat laporan kepada jabatan agama Islam dengan mengatakan tiada 4 saksi yang dapat membuktikan kesalahannya itu?

Kekadang kita terlalu taksub dengan seseorang ikon hingga terlupa hakikat kehidupan. Kita juga terlupa yang kekadang kita terkhilaf bila mendengar pandangan dari mereka yang memberi pandangan yang memihak kepada kita.

Yang terbaiknya ialah memohon sungguh-sungguh dari Allah agar ditunjukkan kebenaran kepada kita. Jika kebenaran terserlah, bukalah hati untuk menerima kebenaran itu.

Hanya Allah yg Maha Mengetahui.
Kak Teh said…
salam OSH - lamanya tak menjenguk. Ya lah, macam-macam cerita sekarang ni di negara kita. entah sapa yang betul.
Akuni : macam mana tak suka pun, politik melibatkan kita semua.

Wallpapersdeco: Thanks for info

Awekrai: thanks for visiting. Manusia v nafsu v syaitan - pertembungan sehingga ke akhirat.

KakTeh: Salam to you KakTeh. Glad you are back with new entries in between your super busy schedule.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Mental Blogging