Dearest Kak Long
My dearest Kak Long,
Baba harus meminta maaf dari Kak Long kalau hari ni Kak Long dimarahi Cikgu atau didenda di dalam kelas kerana Kak Long tak bawa tugasan yang Cikgu suruh semalam.
Bukan salah Kak Long. Adalah sangat tak adil kalau Kak Long yang kena marah oleh Cikgu BI atas sebab kealpaan Baba. Sepanjang hari ni Baba resah, runsing dan dibebani rasa bersalah yang teramat sangat sebab lupa masukkan dokumen tu dalam beg Kak Long sebelum ke sekolah pagi tadi. Baba lupa! Mungkin sebab dalam kepala Baba ada dua tiga benda lain yang Baba tengah fikirkan sebab hari ni Baba ada dua tiga meeting penting.
Semalam, Ibu telah menghantar SMS kepada Baba meminta Baba carikan bahan dari internet untuk Kak Long. Tugasan untuk subject BI Kak Long katanya. Sebab kat rumah kita tak ada printer, Baba dah siap cetak dokumen2 tu di ofis. Oleh kerana Baba sampai rumah pun dah lewat malam, Baba ingat nak bagi dokumen tu pagi tadi sebelum Kak Long ke sekolah.
Hatta masa Kak Long mandi pagi tadi pun Baba masih ingat dan ada cakap kat Kak Long yang Baba dah dapatkan apa yang Cikgu BI Kak Long suruh. Kak Long hanya senyum saja. Tapi entah macamana pagi tadi terlupa pulak nak bagi Kak Long. Baba hanya perasan masa dah sampai ofis. Dah pukul 8.00 pagi. Cepat2 Baba tanya Ibu jadual kelas Kak Long. Kalau subjek BI tu lepas waktu rehat, mungkin sempat lagi Baba pusing balik dan hantar dokumen2 tu kat Ibu dan mintak Ibu hantarkan kepada Kak Long. Malang sekali, Ibu cakap subjek BI Kak Long mula jam 8.30 pagi. Memang tak sempat nak buat apa dah.
Sebab itu lah sepanjang meeting hari ni, Baba berdoa dalam hati supaya Cikgu tak memarahi Kak Long sebab tak bawa tugasan yang disuruh. Hanya lepas sembahyang Jumaat hati Baba tenang dan lega sebab Ibu bagitahu melalui SMS, Cikgu BI Kak Long tak masuk kelas hari ni.
AlhamdulilLah.......

Comments
Ibu suruh Abang Idin google sendiri. Dah jumpa baru, baru print. hehehe...
mitok carik gambar
'menghormati keluarga'
mama dah pening dah .....
ader ker gambar cam tu ???
McBudu: ya, terasa ralat kalau kita yang cuai...