Pasar Malam

Satu hari, minggu lepas.

Pulang dari kerja, Kak Ngah terus mengadu yang dia hampir2 kena tarik telinga dengan Cikgunya di sekolah petang tadi.

"Kenapa?"
"Sebab Kak Ngah cakap Kak Ngah tak pernah pergi pasar malam."

"Habis tu?" Aku masih tak paham.

"Mula tu Cikgu suruh buat karangan pasal cerita pergi pasar malam. Lepas tu dia cakap, mesti semua dah pernah pergi pasar malam, sapa yang tak pernah pergi....angkat tangan, dia nak tarik telinga" cerita Kak Ngah.

"Pas tu?" Aku tanya lagi.

"Lepas tu Kak Ngah angkat lah tangan; orang lain semua tak angkat tangan......Cikgu ingat Kak Ngah main-main, Kak Ngah bohong tak pernah pergi pasar malam."

"So, Kak Ngah kena tarik telinga tak?"

"Tak.....memang Kak Ngah tak pernah pergi pasar malam, Kak Ngah cakap Baba saya tak pernah bawak saya pergi pasar malam."

Aku senyum, "Betul lah tu."
Aku peluk Kak Ngah, dalam hati berbunga bangga because my daughter stood her ground because she knew she was right.


Memang aku tak pernah bawak Wife dan anak2 pergi pasar malam. [Pasar Tani pun aku pergi sorang aje]. Budaya bersesak-sesak, jalan-jalan time maghrib ni memang aku tak gemar. Kadang2 tu orang kita ni memang suka sangat pergi pasar malam. Macam kalau tak pergi rasa tak senang duduk agaknya kot. Maka berduyun2 lah pergi masa maghrib, ronda2 dari hujung ke hujung, last-last, beli keropok lekor dengan apam balik aje. Sampai rumah, waktu maghrib dah sayup-sayup.

Entah lah......

Comments

KakNi said…
Saya suka jugak pergi pasar malam. Biasanya lepas balik dari opis. Dalam pukul 5.30 gitu. Kdg2 tu lepas ambik anak dari sekolah, dalam pukul 6.30 gitu, tak pernah lagi la pergi time maghrib. Kalau pergi pasar malam pun tak meronda, pergi terus je ke tempat yang kita nak beli barang tu.... Kat pasar malam la selalu saya membeli ikan/ayam & dinner..
pB said…
Lonni , jarae sangat sangat g pasar malae nie.
(pB pun memae tok bowok anok daro tu gie)

G sebab nok carik telo ayae n telo masing jah.

Tapi , sokmu nyor , lepah tu , beli bendo laing.

Tahu Fa lar
Kropok lekor lar ....









:)
KakNi said…
OS, saya rasa ada tinggalkan jejak dlm your blog ni about my new url - tapi tak pe lah. Nasib baik tahu akuni and ah-ni is the same person...
shafarina said…
Sekarang lagi suka pergi pasar biasa. Pasar malam sesak.
Helena said…
OSH..... eh helena selalu gi pasar malam dalam pukul 5:30pm.... napa kena gi time maghrib pulak.

The kids would always pester me to buy them soyabean, taufu fah and apam balik mini.....

But u r rite la, kadang2 rimas bawak budak2.... esp bila nak cepat.
Helena said…
eh akuni and ahni tu orang yg sama ke? *dah confuse*
CikAkuni: terima kasih kerana memberi komen penuh informasi. :)

PB: oghe tuo tok bui tubik derrak taing ngorib. tok molek benar

CikAkuni lagi: sorry I may have missed it.
Wan: selalu pergi pasar tani awal pagi.

Helena: pergi pasar malam sebelum malam tu better kot?

Helena Lagi: ye lah tu...sudah tukar
Kak Teh said…
osh, kak teh suka juga pi pasar malam esp semasa dah nak balik ke sini. ada saja yang nak beli bawa balik! maklumlah... sekali sekala. tapi kak teh faham..masa anak2 kecik dulupun kak teh tak suka bawa ke street market atau carboot sales - sebab terlalu ramai orang.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...