Ramadhan
Dah sepuluh hari pun puasa berlalu. Satu pertiga Ramadhan dah gone. Cepatnya.
So how's your Ramadhan's KPI?
Consistently exceeding target or just boderline case, and nothing changed much apart from not having meals and drink during the daytime?
............................................
Anak-anak ku,
Alhamdulillah, kecuali Kak Long (8 tahun) yang terpaksa tinggalkan puasa hari Ahad lepas sebab demam, setakat hari ni Kak Long dan Kak Ngah (7 tahun) masih mampu puasa dengan baik tanpa tinggal.
Okey lah tu. Ramadhan tahun lepas kalau tak silap Ayah, Kak Long dan Kak Ngah puasa lebih kurang 15/18 hari. Minggu pertama puasa tahun lepas tu masih lagi cuba-cuba puasa separuh hari aje.
Tentu sekali tahun ini satu peningkatan yang sangat Ayah banggakan.
***********************
Kak Long melepet teruk pada hari pertama puasa tempohari. Memang lembik. Kesian Ayah tengok. Terbaring aje atas kerusi kat ruang tamu tu. Nak suruh makan, sayang lah pulak sebab dah tahan sampai lepas Asar dah. Tu lah, paginya main basikal macam orang tak puasa.
Masa pergi Pasar Ramadhan, kalau boleh semua Kak Long nak makan. Sampai aje nampak mee goreng, terus suruh beli. Pastu kuih apam, jelly, ayam goreng - semua Kak Long nak beli. Itu baru gerai yang pertama kat situ. Nasib baik lah dapat pelan2 pujuk - beli satu dua aje. Yang lain tu beli lain kali.
***********************
Abang Akmal pulak bila tengok first day orang semua puasa, dia bukan main semangat nak puasa walaupun tak bangun sahur. Tak nak makan walaupun Ibu dah sediakan breakfast atas meja. Penat main basikal dengan Kak Long, member pun terus terbaring.
Pening kepala lah, sakit perut lah. Bila suruh makan, tak nak pulak. Masih nak puasa. Kalau dah lapar memang lah dia jadi cepat naik angin. Adik-beradik yang lain bising sikit dia marah. Sampaikan baby Akid pun kena marah bila baby Akid ketuk2 mainan kat lantai.
Last sekali, dah nak masuk pukul 1.00 petang, Ayah perlahan2 bisik dengan Abang Akmal, ajak dia senyap-senyap pergi dapur. Cakap kat dia, don't worry, orang lain tak tahu. Dah pekena Milo segelas baru lah boleh senyum sikit. Bila dah habis roti dengan jem dua keping, baru lah mood dia back to normal.
Ayah cakap kat Abang Akmal, suruh puasa esoknya (Isnin) sampai pukul dua, balik tadika nanti boleh buka puasa. Esoknya, pukul lapan pagi dah mintak makanan dengan Ibu.
Bila Ibu tanya, "Kan Baba suruh puasa sampai pukul dua?.
Selamba aje Abang Akmal jawab, "Tak..., Baba suruh puasa dua jam aje"
***********************
Hari kedua puasa Ayah dikejutkan dengan panggilan telefon dari Kak Ngah. Menangis-nangis sampai Ayah tak boleh nak paham apa dia cakap. Terpaksa mintak excuse keluar dari bilik meeting.
Huh, ingat apa lah. Bila dah tenang sikit, baru lah Ayah dapat paham - Kak Ngah menangis-nangis dan kecoh sebab takut puasa dia terbatal sebab dia termakan makanan yang Abang Akmal hulurkan kat dia dan suruh Kak Ngah rasa.
Ayah: Angah dah telan ke, keluarkan?
Kak Ngah: Dah keluarkan, tertelan sikit
Ayah: Tak pe lah, tertelan tak pe...
Kak Ngah: Kak Ngah tak sengaja...*nangis*..Abang yang bagi kat Kak Ngah suruh Kak Ngah rasa.......*nangis lagi kuat*
Ayah: Tak pe. Tak sengaja tak pe. Ustaz cakap tak sengaja tak batal puasa kan? Dah kumur belum?
Kak Ngah: Belum...*nangis lagi*
Ayah: OK, letak telefon dulu dan pergi kumur sekarang!
Kak Ngah: ...*nangis*...OK, bye.
Yang anak jantan aku ni pun satu. Kenapa lah pergi makan depan orang puasa?!
*********************
Antara Kak Long dan Kak Ngah, Kak Long lagi senang nak kejut bangun sahur. Kak Ngah ni punya lah liat yang amat. Dia boleh buat keras aje kalau orang kejut.
Ada satu pagi tu, dah lah kena angkat pegi washroom. Siap dah tolong basuhkan muka lagi. Pastu bila suruh dia kumur, dia boleh kancing gigi tak nak bukak mulut!.
Aduh, mahu aje rasanya Ayah debik sebijik. Tapi sabar aje lah. Ye lah, takkan nak jerkah marah-marah anak pagi-pagi buta masa sahur. Boleh pecah keheningan pagi satu taman perumahan tu.
Pagi tu terus kena lecture dengan Ayah sepanjang perjalanan pergi sekolah.
Tak baik buat menyusahkan Ibu masak, kejutkan lagi .....bla bla bla....berdosa buat2 keras macam batu masa Ayah kejut...bla bla bla.
Nampaknya ada jugak kesannya. Setakat ni Kak Ngah tak de lah buat perangai lebih2 lagi.

Comments
Anyway, selamat berbuka dan berpuasa!
and u..u are a great dad!!!
and u..u are a great dad!!!
hari ni arifah yang no 3 tu tak puasa...demam..kesian.Inilah hari pertama dia ponteng. Periksa akhir tahun pun dah mula hari ni jugak..
Raya tahun ni giliran mana?
Klate atau Melaka??
Yang si Abang memang la payah nak ngejutkan. But dia selalu dah makan 2-3 round after berbuka, so that is alright. Yang Adik pulak akan minta macam-macam for sahur but alhamdulillah, boleh di-accommodatekan. Nak pancake la, nak Crispy Cookie la,nak pizza laa, nak roti bom laa...
Apa-apa aje asalkan boleh puasa.
My lil man missed puasa the first week bcoz of high fever and asthma. Alhamdullillah dah baik dah and dah start puasa. So masa nak buka I called home and masa sahur his papa will call me. To advice him to eat and drink loads of water to prepare for puasa. Haze is worying me bcoz he was asthma-free when he was here with me. Now he has to suffer again with poluted air.
Selamat bersahur!
Anggerik Merah - unfortunately the haze is getting worst by the day. Hopefully it would be moving elsewhere soon.
OSH dan keluarga bahagianya, syabas! Moga kebahagiaan berkekalan.
Salam.
Kerenah anak-anak..seronok bila baca :D
Anak sulung saya baru tahun ini dapat puasa betul2 penuh setakat ni (darjah 2). Tahun lepas mama bagi kelonggaran sikit..
Pulak tu final exam..bila balik tanya camna exam..jawab nya okey..tapi bila dah siap kita tidur sebab letih sgt (sekolah ptg)..kawan2 semua tidur jugak!! Halamak...kesiannn budak2 ni..