Ramadhan II

I

Sedar tak sedar dah masuk hari ke - 17 berpuasa hari ni.

Dah lebih satu per dua bulan Ramadhan berlalu. Sekali lagi kita perlu melihat setakat mana kita telah berlumba2 memanfaatkan peluang beribadat dengan membuat amalan baik sebanyak mungkin.

Nak maintain KPI Ramdhan ni bukannya senang. Tahun depan belum tentu peluang datang lagi.


**********************


II


Anak-anak ku,

AlhamdulilLah, setakat ini Ayah sihat, masih boleh berpuasa dan bertarawikh secara berjemaah di surau berdelatan rumah pada sebelah malamnya. Bulan Ramadhan ini, seboleh-bolehnya Ayah cuba berbuka puasa di rumah.


Bukannya apa, kesian Ibu kalau nak kena berbuka dan pada masa yang sama nak melayan karenah 5 orang anak sendirian. Sorang nak basuh tangan, sorang lagi nak kuah, ada yang nak minum, nak sudu tak nak makan dengan tangan.......macam-macam lagi lah. Itu tak masuk bab terlanggar gelas sampai tumpah Milo lah......., memang tak menang tangan. Walaupun Kak Yah (maid) ada, paling banyak pun dia tolong pegang Baby Akid aje. Sekurang-kurangnya, kalau Ayah ada, boleh lah Ayah sama2 makan dan tengok anak-anak sekali.


Satu lagi sebab Ayah cuba elakkan berbuka di luar rumah ialah sebab nak maintain pegi jemaah sembahyang terawih. Kalau berbuka kat hotel-hotel dengan Client ni, paling awal sampai rumah pun dah pukul sembilan lebih. Kalau surau/masjid yang buat terawih lapan rakaat tu dah tentu nak dekat habis dah. Betul, walaupun terawih boleh buat sendiri kat rumah kalau tak sempat ke surau. Tapi ada buat ke? Berat aje kalau nak buat pun.


Kalau buat sendiri pun takkan sama berjemaah kat surau atau masjid. Orang kata, tak de ummph - sebab tak leh nak ramai-ramai sambut bacaan bilal dengan selawat "SallalLah wa sallam 'alaih". Teringat masa kecik2 dulu, part selawat ni yang best sekali kat mesjid.

Ramai-ramai jerit. Happy betul.


Cuma satu yang Ayah perhatikan dekat mana-mana surau atau masjid yang Ayah pergi untuk sembahyang terawih, budak2 sekarang ni bukan main bising lagi. Bukan nya sembahyang. Ada siap main mercun lagi dalam kawasan pagar surau/mesjid.

Heran Ayah. Mak bapak diorang ni tak tahu ke anak2 diorang memekak / buat bising kat surau. Main kejar2 macam kat rumah sendiri.

Masa Ayah kecik-kecik dulu memang tak berani. Nak kena sebat dengan Arwah Ayah Tok?. Lagi pun kalau kat kampung, orang kampung kenal - yang ni anak sapa, yang tu anak sapa. Kalau nakal2, bila balik siap lah sebab jiran akan repot kenakaln kita kat ayah kita. Sure kena rotan punya. Masa Ayah kecik2 dulu, bukan tak de budak nakal, tapi diorang nak main mercun, diorang main jauh dari surau.

Memang Ayah heran. Dalam sibuk2 mak bapak diorang nak beramal dan berjemaah terawih untuk dapat pahala lebih, tak terfikir ke, karenah anak2 diorang mengganggu jemaah lain bersembahyang. Silap hari bulan tak dapat pahala pun sembahyang diorang sebab ditolak oleh kelakuan anak2 diorang tuh.

Kadang2 Ayah ada berfikir, mungkin mak bapak diorang galakkan budak2 ni pegi surau, sebab senang lah sikit diorang nak lepak2 tengok TV sebab kekenyangan berbuka dengan macam2 juadah. Agak nya aje lah. Sebab kalau diorang pergi sembahyang sekali, tak logik kalau diorang tak tahu anak sapa yang terjerit2 dan berlari2 dalam surau tuh.


Anak-anak ku,

Adakah penting anak-anak faham bahawa surau atau mesjid tu ialah tempat beribadat orang Islam. Itu rumah Allah. Tak boleh buat main2. Ada adab-adabnya yang nak kena patuhi. Sebab itu lah Ayah belum benarkan Anak-anak ikut Ayah ke surau lagi setakat ini. Ayah janji kalau semua pandai sembahyang, kalau semua behave masa sembahyang baru lah Ayah boleh bawak pergi surau. Itu pun bukan masa sembahyang terawih lagi. Mungkin pada petang hari minggu kita pergi sembahyang zuhur atau asar dulu, cukup untuk Anak-anak merasai sembahyang berjemaah itu macam mana.

Setakat ni, kita sembahyang jemaah maghrib kat rumah aje lah dulu. Itu pun macam-macam ragam yang ada. Kadang2 Kak Long tak boleh nak tahan nak tergelak tengok Kak Cik selak telekong nak tunjuk tangan dia buat tahiyyat macam Ayah. Atau Abang Akmal yang kadang2 sibuk nak betulkan kopiah di kepala yang longgar. Atau Kak Ngah yang nak marah2 kalau Kak Chik terlanggar dia sembahyang lah. Mmmm.



*************************

III


Anak-anak ku,

Berbuka di hotel-hotel memang dah jadi macam satu budaya dalam masyarakat kita. Tak kira lah, RM45++ ke, RM50++ ke, lebih dari tu pun ramai orang berasak2 nak berbuka di hotel.

Muslim atau non-muslims kadang2 Ayah tengok sama ramai aje. Ada yang memang buat gathering kaum kerabat. Ye lah, kalau jemput datang kumpul berbuka kat rumah, banyak nak kena masak, lepas tu nak mencuci lagi. Tentu lebih senang kalau 'tong tong' aje berapa ringgit sekepala.

Agaknya lah, waktu ini lah satu-satunya peluang lepat pisang berbangga jadi lepat pisang sebab orang sanggup bayar mahal walau pun untuk makan semangkuk kecik aje. Kalau tak, tak de lah orang berasak2 semata-mata nak makan lepat pisang. Kalau masakan Jepun tu lain lah. Heran betul.

Satu sebab kadang2 berbuka kat hotel tak berapa selesa sikit tu sebab sesetengah hotel walaupun berpuluh bintang ada, tapi tempat sembahyang dia sempit aje. Tentu tak mampu nak menampung jemaah yang bertambah.

Kadang-kadang, kedudukan dan keluasan surau di hotel ni boleh beri gambaran tahap keperihatinan pihak pengurusan hotel berkenaan mengambil kira keperluan dan sensitiviti pelanggan muslim mereka.

Sesetengah hotel, surau yang disediakan tu dah la kecik dan sempit kadang2 dalam 'awkward' position pulak tu - ada yang kiblat mengadap pintu masuk. Hotel Shangri La contohnya, walaupun baru habis renovation dan refurbishment berjuta-juta ringgit, tapi suraunya ciput aje. Tempat wudhuk walaupun ada 4 paip air, tapi sebab ruang ambik air sembahyang tu sempit sangat, hanya 2 orang boleh ambik wudhuk pada suatu masa. Dah le tu, imam sembahyang mengadap pintu keluar masuk pulak tu. Nasib baik ada tabir sikit.

Tak dinafikan ada hotel2 yang sediakan tempat sembahyang yang agak selesa. Hilton PJ contohnya. Hilton KL juga punya surau yang besar. Lain-lain tempat macam Quality Hotel dan Hotel Istana.


***********************

Anak-anak ku,

Hari ni Anak-anak tak bersekolah sempena cuti Hari Nuzul Al Quran. Seperti tahun2 yang lepas, hari ini lah antara hari-hari yang paling siksa jem kat sekitar ofis Ayah di kawasan Jalan TAR ni. Maklum lah, ramai orang2 Selangor yang cuti ambik kesempatan nak berbeli belah.

Sepertti tahun2 yang sebelum ini, Ayah takkan bawak kereta ke pejabat. Naik LRT lagi senang.

Comments

atrco said…
dulu saya pun takut nk buat bising kat masjid.

arwah abah memang garang

nak bercakap pun takut.

tapi budak sekarang boleh berguling-guling dalam masjid
ATRCO - sekarang ni kalau kita marah anak orang kat surau, mau mak bapak dia datang mengamuk dengan kita balik. :(
UglyButAdorable said…
talk about guling2 at masjid nie kan bro...i pun dulu terpikir gak why parents bring them..dulu kat masjid shah alam years ago ader budak mati jatuh from 2nd floor. but when i went for umrah i saw lots of kids and no one sid a word...prolly itu la sebabnyer kot..
bunga rampai said…
Salam Ramadhan hari 18.

:)Seperti biasa, sejuuuuk hati membaca entri OSH. Teruskan bercerita.
~ahni~ said…
Saya kalau bawak anak yang perempuan tu pergi solat terawih mesti nak duduk last/hujung sekali sebab walaupun dia tak bising tapi tak boleh duduk diam, mesti nak pandang kiri pandangan kanan tapi budak2 macam tu lah kan

Sayapun kadang2 heran tengok anak2 org lain nih. Takkanlah mak bapak dia tak tahu anak dia yang buat bising. Sekurang-kurangnya dia bagilah warning ke apa ke kat anak dia. Macam kat surau tempat saya tu ada orang bawak baby, lepas tu baby tu dok melalak-lalak pulak masa org tgh terawih, entahlah
Cik Rampai, Salam dan Alhamdudillah syukur.

AHNI, tak logikkan? sebab tu I rasa kemungkinan besar mak bapak diorang memang tak de datang kat surau pun.

Popular posts from this blog