Merdeka

I

Kat luar sana dah sayup-sayup dengar bunyi mercun/bunga api dari KLCC. Maka terjerit-jerit dan terkinja2 lah anak-anak muda dengan laungan Merdeka Merdeka Merdeka.

Apa yang dimerdekakan aku pun tak tahu.

Agaknya inilah sambutan penuh patriotisme yang dilaung-laungkan oleh Yang Berhormat Ahli2 Parlimen kita. Gantungkan bendera, jeritkan Merdeka. Pastu Mat Rempit boleh sambung race kat Jalan Mahameru.

Kat rumah ni semua dah tidur. Wife konon nak tengok konsert live kat TV pun dah lama terlelap depan TV.

Aku hairan dah hampir 2 minggu lebih kebelakangan ini hujan turun dengan lebat pada setiap petang. Almost never failed. Tapi hari ni, hujan turun sebelum tengahari dan lepas tu tak de pulak nak hujan ka atau banjir ka. Agaknya penganjur konsert ada pakai bomoh hujan baaaikk punya kot. Agaknya saja lah.


************


II


Teringat masa kecik2 sekolah rendah dulu ada jugak terlibat dalam perbarisan tepi jalan mengibarkan bendera sambil menyambut dif-dif kehormat. Macam Kak Teh punya cerita, Aku pun ada dapat tiket wayang free jugak lepas tu. Dapat lah tengok Christopher Reeves jadi Superman.

Masa Form 1 pun pernah terlibat buat exercise berirama (?) dan entah apa-apa punya formation kat Padang Majlis Perbandaran Seremban. Okay jugak lah kepada kawan-kawan sebab boleh keluar asrama dan seludup beli rokok.

Macam tu ka Merdeka? Entah lah.


******


III


So sapa menang semalam?

No, bukan pasal bola EPL.

Ni pasal CTDK* v Mawi/Ina. Pasal TV3 v RTM1/Astro. Aduuh tensionnya. Radio ERA satu hari suntuk dedicated pasal Mawi/Ina punya cite. Gila. Macam dah tak de lain lagi agenda yang penting kat Malaysia nih.

Kalau mengikut the Star harini, The Wedding menang dengan 6.3 million viewers as compared to The Breakup with 4.7 million viewers. (sori malas nak cari 'link'). Suka hati jugak lah Dato' Zam tu agaknya. Sekurang2nya tak de lah TV3 bolot semua. Jangan lepas ni ada yang tak puas hati dengan survey methodology AC Nielsen pulak macam NST tak puas hati bila readership dia merosot berbanding dengan akhbar lain sudah lah.

Minggu lepas balik Melaka, Pakcik Aku ada meluahkan rasa tak puas hati. Bukan tak puas hati pasal DK dapat kahwin CT, tapi dia kata sepanjang 65 tahun lebih dia hidup, tak pernah dia tengok orang berpantun dalam masjid. Boleh ke? Dia tanya Aku.

"Entah...." aku jawab.

"Setahu Bapak, kalau nak buat akad nikah tu biasa lah. Ni sampai berbalas-balas pantun dalam masjid. Ulamak kita tak de cakap apa-apa ke? Setahu Bapak lah, dalam masjid ni kita tak dibenarkan buat benda2 atau bercakap pasal hal-hal dunia."

Pakcik Aku menambah lagi, "Tuh yang ramai-ramai tetamu pompuan masuk dalam masjid tu semuanya suci ke? Tak de yang datang bulan ke?".

Ye tak ye jugak. Setahu aku pompuan dalam haid tak boleh masuk dalam masjid tempat ruangan sembahyang. Maaf lah kalau aku salah dalam hal ni.

Terlanjur pasal CTDK ni, aku ada dapat SMS dua tiga hari lepas. Tak tahulah kalau korang ada dapat jugak SMS yang bunyi macam ni:

'panggilan manja ct utk dato k.."PAK BESAR", esok malam pasti btukar mjadi...argh "BESAR PAK!".

Itu Aku reproduce verbatim. Tak tambah2 atau alter apa-apa. Sumpah.


*******


IV


Okay lah. Aku nak sambut merdeka jugak. Wife pun dah mula semayang balik. Esok pulak cuti, tak kerja, boleh lah bangun lewat sikit. Heh hehheh. :)

MERDEKA!
(Salam Merdeka untuk semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada)


Post Script - Kenapa Hari Merdeka dipanggil Hari Kebangsaan? Sama ke National Day dengan Independence Day?

Comments

KakNi said…
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 49

Wah entry hari merdeka, bagus nya... bab III tu jelas menunjukkan rakyat malaysia belum merdeka kan? pada pendapat saya lah...

BTW, saya memang tak tengok kedua-dua show tu, tak ada faedah satu sen pun kepada saya, lagipun nanti mesti ramai 'reporter' tak bertauliah kat office yang akan bercerita tak habis2, so saya dengar dari dia orang ajelah, kan senang gitu
AHNI - salam merdeka. memang tak tengok pun. tak de kena mengena dengan marhain macam kita ni.
Bunga Rampai said…
:D
Entri ini memberi suntikan yang mujarab untuk memulakan pagi saya. Terima kasih.

Salam.
AuntyN said…
Seronoknya dia MERDEKA hehehe. Apa-apa pun Selamat Merdeka lah no.

Terlalu banyak pulak hiburan yang membosankan sekarang ni. Kalau tak leh tido tu ON TV lelap lah nanti tu :-)
BugnaRampai - Thanks

AuntyN - Awat tak seronokkkk. Mesti lah seronok. Lama dok tunggu Merdeka nih...:)

Alex - welcome
Kak Teh said…
OSH - kak teh heranlah, apa pasal, negara kita yang 49 tahun merdeka ni masih lagi dok kelahi tentang rating. Sepatutnya kalau 49 tahun, tumpu ler pada benda-benda yang lebih serius, yang lebih memanfaatkan. Bukan gitu?
anyway, kak teh kerja hari merdeka. sedihnya.
Kak Teh - Kerja? Nak buat cam na kalau kat tempat orang. Saya pun sibuk menghabiskan kerja opis kat rumah.
Taiko said…
Aku rasa CT sekarang ni dah Bunting Pelamin la...
Anggun said…
Bro,

Merdeka..tapi jiwa tak merdeka..
sebab..kalau tak ade hiburan tak sah..
Semua menjauhkan kita dari mengingati Allah..

Ina/Mawi ke CTDK ke..semua sama saje pada saya..melalaikan.

Cabaran besar kat kita nak terangkan erti merdeka pada anak-anak bila hanya sanya hiburan saja bahan yang ada di kaca TV lebih2 lagi pada hari Merdeka.

Hmm...
Anggun - memang orang kita ni kalau tak de hiburan macam tak sah aje.
Taiko - bunting pelamin? Arrghh, besar pak!
Unknown said…
Kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak kecil hati bila kita sebut Malaysia sudah merdeka 49 tahun.

Yang merdeka di tahun 1957 ialah Persekutan Tanah Melayu yang kemudiannya dipanggil Malaya.

Malaysia hanya tertubuh apabila Malaya bergabung dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Itu sebab ramai yang menganjurkan 31 Ogos dipanggil Hari Kebangsaan.
BTB - Eisshhh lama tu nak menunggu line clear. Dekat seminggu lebih.

Jiwa - oooh, 'cam tu ka? Kesian kawan2 kita kat Borneo tu yek?

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Mental Blogging

Kisah Ibu dan Anak