Posts

Showing posts from December, 2005

Tsunami Selepas Setahun

Anak2 Ku, Pada hari ini, setahun yang lalu dunia telah dikejutkan oleh satu malapetaka yang sangat dahsyat. Kedatangan gelombang ombak tsunami menghempas pantai Acheh di Indonesia, Phuket di Thailand, Sri Lanka dan juga di Malaysia. Hari ini, seluruh dunia bertafakur sebentar mengingati bencana yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa. Acheh adalah kawasan yang menerima penangan yang paling teruk. Mungkin ini lah gambaran kepada perumpamaan 'padang jarak padang tekukur'. In Aceh, Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono set off a siren at 8:16 a.m. to begin a minute of silence. "It was under the same blue sky exactly a year ago that Mother Earth unleashed the most destructive power among us," Yudhoyono said in a flattened coastal suburb of the capital Banda Aceh. A 9.15 magnitude earthquake, which lasted eight minutes, set off waves 10 metres high that smashed into shorelines as far away as East Africa, sweeping holidaymakers off beaches and erasing entire to...

Quick Updates

Quick updates especially to my friends and kind visitors of this blog. My wife has safely delivered a baby boy at 2.32 yesterday afternoon (19 December 2005). The baby is healthy at 2.6 kg (he was still 2.2 kg during our previous check up last week). Wife is doing fine. AlhamdulilLah. Thank to Allah and thank to your kind doa. Now, I'm off for a meeting and InshaAllah will find time to write more later.

A Long Delayed Entry (Part III)

Image
Anak-Anak ku, Ayah rasa ini adalah entry yang terakhir related to what happened to us the other day. Ayah rasa sudah sampai masanya untuk kita move on with our lives. Kita panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepadaNya kerana masih memberi kita second chance dalam kehidupan kita di dunia ini. Anggap lah entry ini dan entry2 yang terdahulu sebagai ingatan dan peringatan kepada kita. Kita hanya makhluk yang kerdil di muka bumi tuhan ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dan mendapat pengajaran dalam meneruskan hidup ini. The miraculous escape Ramai kawan2 Ayah yang terdiam seketika apabila melihat gambar2 kereta kita yang Ayah ambil di workshop di Jerantut pada hari Ahad 4 December tempohari. Atuk dan Nenek kamu pun gerun nak melihat gambar2 tersebut. Melihat kepada gambar2 ini, it's a miracle that we escaped with 'minor injuries'. Macam Ayah cakap in the earlier entry, it could have been a lot worst. We cheated death. [Gambar pintu sisi kereta sebelah kiri. Sliding door se...

A Long Delayed Entry (Part II)

The Signs Anak-anak ku, Samada kita percaya atau tidak, kadang-kadang gerak hati kita akan cuba memberitahu sesuatu kepada kita akan sesuatu yang mungkin terjadi kepada kita atau ke atas orang-orang yang dekat dengan kita. Sebenarnya, bukan saja Ayah yang dapat merasakan sesuatu yang tak kena pada awal perjalanan kita pulang berhari raya ke Pasir Mas, bahkan Ibu mu juga berasa tidak sedap hati sebelum kita meninggalkan rumah pada pagi hari kejadian yang malang itu. Pada pagi 4 November (Hari Raya kedua) itu, seawal pukul 4.00 pagi Ayah telah dikejutkan oleh Ibu untuk bersiap untuk memulakan perjalanan. Memang Ayah dan Ibu merancang untuk bertolak awal pagi sebab Anak-anak biasanya akan tidur sepanjang perjalanan. Lagipun kalau bertolak awal boleh elakkan Anak2 kepanasan dan keboringan dalam kereta kalau tersangkut traffic jam di Machang atau bandar Tanah Merah nanti. Lepas mandi untuk menyegarkan badan, Ayah sembahyang sunat untuk bermusafir sambil berdoa supaya perjalanan pergi balik ...

A Long Delayed Entry

Anak-anak ku, Ayah minta maaf kerana mengambil masa yang sangat lama untuk menulis entry ini selepas entry terakhir blog ini sebelum Hari Raya tempohari. Sudah lebih sebulan Ayah tidak menghiraukan blog ini atas sebab-sebab yang tentu sekali Anak-anak sedia maklum. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Dia lah Tuhan seluruh alam yang Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Tidak akan bergerak atau terjadi akan sesuatu di dunia ini tanpa keizinanNya. Anak-anak ku, Ayah ingin memohon maaf kerana sambutan Hari Raya kita tempohari tidak sesempurna orang lain. Ayah ingin memohan maaf kerana rancangan kita untuk berhari raya di kampung Itok di Pasir Mas tidak kesampaian. Segala perancangan kita untuk bercuti dan bermandi manda di sebuah resort di tepi pantai PCB tidak dapat dipenuhi. Ayah tahu tentu sekali Anak-Anak Ayah kecewa kerana tak dapat main air dengan swimming suits yang baru Ibu kamu belikan. Dan tentu sekali Ayah ingin memohon...