UPSR oh UPSR

Maka hari ini, bermulalah UPSR untuk semua pelajar-pelajar darjah 6 tahun 2011. Dalam mukabuku, aku dapat tengok ramai jugak kawan2 yang ada anak ambik periksa UPSR tahun ni. He he...dah meningkat umur kita ye...

Dizaman serba kompetitif ini, peperiksaan darjah 6 pun dah jadi macam periksa SPM. Mak bapak tak lena tidur, anak stress dengan tuition dan macam-macam lagi lah. Handphone my roommate tak berhenti2 dapat SMS pasal tajuk tu lah, topik ni lah yang diramal akan keluar periksa hari ni dari ibu-ibu dan kawan2 yang seangkatan dengannya. Aku bagitau dia, tak payah nak stress kan budak tu.

Tahun ni Kak Ngah akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadi ni dah kira pengalaman kedua ada anak ambil UPSR lah kiranya. Suspens, nervous sebenarnya dah tak de sangat dah bagi aku. My roommate kat rumah tu, mungkin adalah kot.

Kenapa aku kurang suspens tahun ni? Mungkin sebab berbeza dengan Kak Long, anak aku yang nombor dua ni tahu dan faham apa yang dia nak. Dia sendiri ada cita-cita nak buat exam betul-betul dan aku nampak kesungguhannya. Mungkin jugak sebab ada persaingan sihat antara kawan-kawan sekelasnya, Kak Ngah bersemangat untuk tidak ketinggalan dibelakang.

Masa Kak Long dulu, semua orang rungsing sebab dia semacam 'lost' dan dalam dunia dia tersendiri. Masa Kak Long dulu, we just feared for the worst.....akhirnya, walaupun result Kak Long tak de sangkut 'A' pun, aku cukup beryukur sangat. Kira OK jugak lah result dia tahun lepas - bersesuaian dengan kadar pemahaman dia dan usaha dia.

Minggu lepas, sekolah Kak Ngah adakan majlis bacaan Yaseen dan Solat Hajat. Minggu ni, Kak Ngah suruh aku dan my roommate berpuasa sepanjang 3 hari dia mengambil periksa. Aku okay aje, sementelah puasa enam pun baru nak mula buat. Pagi tadi, sebelum turun dari kereta, aku hanya berpesan kat dia supaya jangan kelam kabut dan jangan panik. Suruh dia sentiasa berdoa dalam hati sepanjang masa berada dalam dewan peperiksaan. 

Good Luck to my dearest Kak Ngah.

Baba dan Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Angah. InshaAllah.






Comments

shafarina said…
samalah kita ya. good luck untuk kak ngah.
CikWan: Good Luck to anak dan emaknya sekali!.

Popular posts from this blog