Welcome back to school

Hari ni dah masuk hari keempat persekolahan.

AlhamdulilLah, semuanya lancar kat rumah. Tahun ni Kak Long dan Kak Ngah sekolah pagi, Abang Akmal sekolah petang pulak tahun ni. Kak Chik masih di tadika sebalah pagi.

Kalau nak dikira, memang forever aku akan ada anak-anak yang bersekolah pagi-petang. Tentu sekali orang yang paling teruk ialah my beloved Datin kat rumah. Bayangkan dalam sehari berapa kail dia kena keluar masuk ambik-hantar anak2 ke sekolah, sekolah agama, ko-kurikulum, aktivi pasukan beruniform. Itu tak termasuk nak singgah 7-11, Petronas (beli jajan; bukan isi minyak), Giant, kedai mamak dll. Nasib baik tuisyen anak2 aku ada yang di buat kat rumah aje dan ada subjek yang tumpang cikgu tuisyen dekat rumah jiran. Kalau tak, boleh pengsan mem (selalunya sebelum jam 10 malam dah pengsan dan aku akan kejut dia lebih kurang pukul 4 atau 5 pagi untuk sembahyang Isya').

Hari pertama persekolahan, Akid bangun lewat pukul 9 lebih terus tanya Ibu dia, "Eh, mana semua orang?" Mungkin dia bangun pagi terkejut tengok kakak2 dan abang dia tak de lagi berlengkar kat depan TV.

DSC02456

Ni gambar Akid yang diambil oleh Kak Ngah masa hari sukan Kak Long bulan April 2008.

My miracle boy reached 3 years of age last December.

Comments

MA & Brood said…
Masya Allah, Dah besar dah Akid ! Sekejap saja masa berlalu.


Haha..I can relate with that singgah 7-11 and Petronas routine. Nasib baik la dah besar budak-budak ni...nak apa-apa, kasi duit sendiri turun dan beli.


Happy New Year !
MA: ya, Akid dah besar tapi masih kecik! Happy belated new year to you too.
sya said…
Akid mesti happy dpt TV all by himself.. kak sya tinggal 2 tahun aje ada dua org yg sekolah.. lepas tu tinggal sorang aje.. legaaa
K'Sya: long way to go for me....
pB said…
nasib baik mem tak kerja.
kalau mem kerja , payah jugak tu


tigo tahun doh anok jatae tu..
cepat sungguh maso tu jalae ..
PB; AlhamdulilLah, mem sedia berkorban kerjaya untuk anak-anak.
Bunga Rampai said…
Selamat Tahun Baru - semoga yang baik-baik dan indah-indah saja diberi Allah untuk OSH dan keluarga.

Baca tulisan ini tentang betapa sibuknya Mem kat rumah tu - aduyaii, saya pun turut letih! Kagum dengan pengorbanannya, moga diberkatiNya segala pengorbanan itu.

Salam :)

Popular posts from this blog