Tahun Baru
Terdahulu, selamat menyambut kedatangan awal muharram bagi tahun masehi 1430. Maaf tak sempat buat sebarang entry.
Seterusnya, selamat menyambut kedatangan tahun baru hijriah 2009.
Semoga kita semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik, rezeki halal yang melimpah ruah dan semoga segala cita-cita kita berjaya dicapai.
****************
Asalnya aku dan kawan2 riders merancang untuk kayuh basikal di DUKE Highway (Duta Ulu Kelang Highway) mulai jam 10.30 malam dan berehat melihat pertunjukkan bunga api dari highway yang belum dirasmikan tu.
Tapi aku terpaksa tukar plan, sebab aku masih 'berhutang' tiga deraf dokumen yang aku perlu kemaskinikan dan email-kan kepada klien malam ni jugak. So, ini lah cara aku menyambut kedatangan tahun baru kali ni.
p/s: aku tak dengar pun bunyi mercun/bunga api sebaik saja detik 12 tgh malam? Dia orang tak de buat lagi ke tahun ni? sebab ekonomi meleset? Selalunya bunyi mercun berdentum dentam kat KLCC tu boleh aku dengar dari rumah.
*************
Tadi semasa ceramah selepas Maghrib di surau dekat rumah, Dr. Badrul Amin mengingatkan akan pengertian doa tahun baru / awal muharram ynag di baca Isnin minggu lepas. Setiap tahun kita digalakkan membaca doa 'Awal Tahun' bila menyambut kedatangan Muharram. Antara intipati doa tersebut ialah kita memohan kehadrat Allah supaya menjauhkan diri kita dari dua perkara; (1) godaan Syaitan dan konco-konconya dan (2) nafsu amarah yang melalaikan.
Semoga kita berjaya menjadi insan yang lebih baik pada tahun ini. Salam.

Comments