Ramadhan 2008 - Day 26
Dearest Friends and Fellow Bloggers, Salam Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Ramai yang mungkin akan mula bercuti hari ni. Moga-moga semua yang dirancang akan dicapai. Moga dijauhkan dari aral dan mala petaka dalm perjalan pulang ke kampung. Kalau mengikut perancangan, kami sekeluarga akan pulang ke Ayer Keroh Melaka pagi esok selepas bersahur dan solat subuh. (Malam ni yang empunya diri masih nak main Futsal - last kopek punya!). Kami akan menghabiskan Ramadhan dan menyambut Hari Raya pertama di Ayer Keroh, Bukit Baru, Masjid Tanah dan kawasan sekitarnya. Pagi Hari Raya kedua, kami akan mengambil flight balik ke Kelantan dan akan bercuti di Kelantan sehingga Isnin. Anak2 ponteng lah sekolah sehari. Sebenarnya, sejak terlibat dalam accident pada Hari Raya kedua pada tahun 2005 , kami mengambil keputusan untuk pulang berhari raya dengan menaiki kapal terbang sahaja. Memang agak membebankan poket sebab terpaksa beli tiket untuk 2 dewasa dan 5 orang kanak-kanak. Akid pun dah se...