Nikmat Tuhan Manakah Yang Kamu Hendak Dustakan?

Ada sapa-sapa yang sempat menonton rancangan Ar-Rayyan kendalian Dr. Fatma Az-Zahraa malam tadi (A*stro - Oasis; 10PM @ 26-05-2008)?

Terkedu sekejap bila mendengar pengalaman yang dikongsi oleh tetamu jemputan dalam program yang disiarkan malam tadi. Tetamu tersebut (Encik Moha?) selalu mengalami sakit kepala yang teruk sejak berumur 14 tahun tetapi hanya didiagnos dan disahkan oleh pakar menghidapi brain tumor semasa beliau belajar di kolej. Disebabkan oleh penyakit barah otak itu, beliau telah hilang keupayaan untuk melihat - walaupun semasa rancangan itu keudara, anak matanya nampak kehitaman seperti orang lain. Dia juga mengalami strok disebelah kiri badannya.

Dr. Fatma memberitahu dia mengenali tetamu ini kerana sering nampak Encik Moha hadir dalam majlis-majlis ilmu yang dia kendalikan. Dan satu sifat En Moha yang membuatkan Dr. Zahra hormat dengan En Moha ialah beliau kelihatan sentiasa tenang dan senyum sepanjang masa walaupun menghadapi ujian yang sangat berat.

Bila ditanya apakah rahsia beliau dan adakah beliau tidak pernah rasa kecewa dengan keadaannya yang sebegitu, En. Moha mengaku pada mulanya beliau memang kecewa, marah akan takdir dan ada kalanya mengamuk hingga membalingkan barang-barang di rumahnya sehinggalah Ibu beliau membacakan Surah Ar Rahmaan di dalam Al-Quraan.

En. Moha menceritakan bagaimana Ibunya meyakinkan beliau bahawa walaupun dia kena brain tumor, hilang penglihatan dan lumpuh separuh badannya, masih terlalu banyak nikmat-nikmat lain yang dikurniakan oleh Tuhan.

Surah Ar Rahmaan mempunyai 78 ayat dan ada 31 kali Tuhan bertanya kepada kita, "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Subhana Allah. Betapa Tuhan berikan kekuatan kepada seorang hambaNya dengan rasa penuh redha menerima ujianNya. Kerdilnya rasa diri ini jika berdiri di sebelah En. Moha; walaupun beliau berkerusi roda!.

Malang sekali kerana kesuntukan masa, tidak diketahui samada barah otak yang dialami oleh En Moha itu telah sembuh atau tidak. Diberitahu juga En. Moha mempunyai kelulusan peringkat masters degree.




Comments

MA said…
Very poignant, indeed.

When I first experienced the *downfall* in life - the first reaction was of course - anger. disbelief. the why mes...

Then the anger was directed at others, wishing those who did/contributed to the/my problems be dealt with severely - until my Dad (arwah) calmed me down and told me that instead of "kita memohon perkara tak elok, lebih baik kita mohon doa Tuhan mudahkan semua urusan kita di dunia ini.."

It was a general statement that took me a while to understand but struggled with to finally redha with all his Ketentuan.

And now, instead of me looking at my half empty glass, I am looking at it - half full. I have learnt to celebrate what I still have rather than to mourn what I have lost.
Bunga Rampai said…
Salam,

Pada qalbi yang redha pada ketentuan Illahi - satu nikmat hilang, dua nikmat bertandang.

Terima kasih entri ini, satu peringatan untuk saya.

p/ pernah trekking Gunung Senyum? ... susah ke?
MA: Thanks. What's you have gone through and shared in your blog have been inspirational to me too.

CikRampai: sama2 ingat memperingatkan. Gunung Senyum? Slippery when wet!
Sya said…
SubhanaAllah..Thanks for sharing

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Mental Blogging

Kisah Ibu dan Anak