Merdeka,....Merdeka! .....Merdeka(?)
So how was your extended Merdeka weekend?
31 Merdeka Day August 2007
Kalau ada pertandingan sapa paling patriotik kat rumah Aku, tentu Akid akan menang hands down. Apa taknya, dikeheningan subuh pagi hari merdeka, Akid terjaga menjerit-jerit 'Mendeka....Mendeka' dengan mata masih tertutup rapat. Mengigau lah tu. Aku yang baru habis sembahyang Subuh pun sakit perut tergelakkan dia.
Pagi Hari Merdeka, Aku ajak anak2 tengok TV, cuba untuk memancing minat mereka melihat perbarisan, formation dan segala macam keraian kat Dataran Merdeka. Tapi diorang ni boleh tahan setakat setengah jam aje. Lepas tu Akmal dah sibuk tanya....bila boleh tukar channel? Sibuk nak tengok kartun lah tu.
Petangnya, Adik Ipar dari Melaka sampai satu family. Diorang baru turun dari Kota Keriangan - Genting. Sia-sia aje. Tak de parking, katanya. Dah puas pusing-pusing diorang turun je lah. Ajak diorang pergi swimming di club house tak jauh dari rumah. Anak-anak cukup seronok dapat main air dengan cousins diaorang. Tambah seronok, their cousins stayed overnight. Dah tengah malam pun masih mengekek-ngekek mengilai.
1 September 2007
Pagi - swimming lagi.......yeay! Anak2 seronok, Ayahnya pun seronok main air lagi.
Tengahari - jiran buat kenduri kahwin anak perempuannya. Salam-salam, makan-makan ala kadar, terus pergi kenduri kahwin lagi satu.
Kali ni, staff opis Aku kahwin. By the time Aku sampai, DJ tengah meriah menjemput tetamu berkaraoke. Siap ada undi melalui SMS lagi. Sambil tu dibaca pula ucapan2 nakal melalui SMS mengusik-ngusik pengantin hinggakan pengantin perempuan merah muka mendengarnya.
Apa pun selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin. Semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.
Petang - cycling dengan anak2. Belum pun cukup satu round, hujan pulak dah. Budak2 seronok sebab tak pernah main hujan. Babanya pun seronok sebab dah lama tak main hujan!
2 September 2007
Pagi - cycling lagi. Pagi-pagi lagi anak2 dah bising ajak berbasikal lagi, sebab petang semalam kena hujan.
Tengahari - dah kepenatan. Anak2 semua disuruh tengok TV. Babanya sibuk cuba sedaya upaya menyiapkan 'homework'. Heh he..cuti pun kena buat kerja jugak la...
Petang - projek buat layang-layang dengan anak-anak. Emmm.....sebenarnya mini layang-layang. Bukan senang nak cari buluh kat bandar ni. So buat pakai buluh cucuk sate dengan lidi penyapu pun jadi lah.
"Boleh terbang ke ni Baba?"
"Mana boleh, ni kecik sangat. Tak pe, kita gantung kat dalam bilik Abang aje"
"OK lah"
Ya, ini lah nasib budak bandar sekarang. Dia orang mana tahu nak naikkan wau. Kalau ada wau, gantung kat bilik aje. Beli lastik burung pun bukannya tahu nak melastik burung. Sudahnya gantung kat bilik buat hiasan.
Any way I had a good time with the kids.
Lepas tu, gi swimming lagi.
Comments
RK.
RK: Salam merdeka to you too. Thanks for hopping in.
Selamat Hari Merdeka to you too.
Seronok kan dapat main hujan dengan anak2. Yelah, budak bandar sekarang ni, main komputer, xbox, tv games.
Kita, masa dulu2 kat kampung, main guli, gasing, galah, masuk hutan, mandi air sungai, macam2 lagi.
Zaman sekarang ni dah tak sama. Semakin maju ke hadapan.