Are You a Sahur Person?

Puasa dah nak dekat ni. Dah ready ke nak bangun sahur?

Untuk Ibu2, dah ready ke nak bangun awal pagi kelam kabut masak nasik, panaskan lauk, sediakan air etc. etc. pastu terkejar2 kejut suami dan anak2 yang selalunya memang liat nak bangun?

Aha, jangan terkejut kalau ada juga suami yang sebenarnya sibuk terkejar-kejar buat semua tu dan kemudian kejut isteri untuk bangun bersahur. Kalau korang ada yang dengar Radio Era pagi semalam (topik - persediaan menyambut Ramadhan), ada sorang Akak ni (dari mana tak ingat) dia called in dan cakap dah dekat puasa ni dia selalu dok ingatkan husband dia. Bila ditanya samada husband dia tu kaki liat bangun sahur, Akak tu tergelak-gelak cakap sebenar dia yang susah bangun sahur. Dia cakap husband dia lah yang akan bangun awal prepare sahur untuk anak2 mereka. Husband dia jugak akan bawak air ke katil untuk Akak tu minum sebelum dia sambung tidur balik! Fuuh.

Pria terhebat betul laki Akak tu.


****************

Sahur has always been a simple affair for me.

Sebelum anak2 mula puasa tahun lepas, Aku selalunya bangun dah dekat Imsa' dan makan (minum?) Nestum 3 in 1, segelas teh o dan segelas air suam. Cukup. Wife selalunya kena makan. Sebab dia breastfeeding baby dan perlukan tenaga nak jaga anak2 kat rumah.

Hanya bermula tahun lepas, Wife kena masak lebih sedikit sebab Kak Long dan Kak Ngah dah mula belajar puasa. Aku pun 'terpaksa' lah makan lah sekali sebab nak bagi semangat kat anak2. Walaupun mata mengantuk, makan lah jugak sikit dengan anak2. Tapi best jugak tengok Kak Long bersahur. Tak padan dengan saiznya yang petite, berselera sungguh dia bersahur.

[Mmmm, teringat cerita Abang Akmal bangun bersahur tahun lepas].


*****************

Satu lauk yang kena ada masa bersahur kat rumah Aku ialah serunding (orang Kelantan panggil 'sambal daging'). Dengan adanya serunding itu lah boleh telan nasi walaupun mata separuh terbuka. Don't worry, rumah Aku punya stok dah cukup untuk hari ke - 30 puasa.

Untuk budak2 pula, mesti ada kicap. Cukup. Ikan diorang cicah kicap, nasik diorang taruk kicap pendek kata semua lah diorang belasah dengan kicap.


*****************


Teringat masa duduk sekolah asrama dulu (dulu-dulu sebab dah lama sangat dah). Sebelum masuk bulan puasa, arwah Mak Aku akan sibuk buat serunding kemudian bungkus elok2 dalam plastik, masukkan dalam tin Milo yang sederhana besar, lepas tu bungkus lagi dengan kertas minyak, ikat dengan tali rapia lepas tu poskan kat Aku.

Bukan main gembira bila nama Aku naik bila pengumuman di buat kat hostel suruh aku pergi collect parcel kat ofis. Dah tahu mesti dapat serunding punya. Baru lah berselera sikit bersahur kat dewan makan. Ye lah, lauk kat asrama tu bukannya sedap sangat. Asyik2 lauk Ikan Jeket Masak Kicap aje. Huu hu sedih tau masih mula2 duduk kat asrama. Masa tu mula lah teringat kat mak bapak kat kampung.

Selalunya senior selalu buat dajal sebab masa sahur tu lah diorang mula nak pasang Lagu Raya (walaupun belum seminggu puasa). Budak2 junior yang homesick pun tangkap lelehh teringatkan mak bapak diorang. Tapi Aku tak de lah sampai nangis. Tak macho lah.


************************


Sebagai warga (yang bekerja di) Jalan Tuanku Abdul Rahman, aku merayu kepada tuan puan supaya tak payah lah keluar membeli belah dan menyesakkan lagi jalan raya di kawasan sekitar Jalan TAR ini. Menyusahlan aku saja. Yang dok beli masa SALE bulan lepas tu tak cukup lagi ke?


************************

Kepada kawan2 dan kind visitors,

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Semoga diberi kekuatan iman untuk melaksanakan perintahNya dengan penuh ketaqwaan. Semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang masa.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang bertuah yang dapat menggunakan kesempatan beribadat dalam bulan Ramadhan tahun ini dengan sepenuhnya. InsyaAllah.

Comments

anggerik merah said…
Ramadhan Al Mubarak to you and family..

kelakar baca kisah bersahur ni.And teringat jugak stock sambal daging yang ada. Tapi dah setahun dah..nampak elok tak sure if still ok to be eaten
Ramadhan Al Mubarak to you too. Selamat berpuasa dan bersahur.
ayong said…
dah lama tak dengar perkataan ikan jeket masak kicap. hehe

happy ramadhan. jgn terlajak sahur mcm kitaorg sudah la.
bunga rampai said…
YES!

Acar buah - satu kemestian untuk sahur, tak da lauk lain pun tak apa :)

Selamat berpuasa.
adibahabdullah said…
salam,

masa belajar di kolej dulu, kitorg x panggil ikan jeket, tapi panggil ikan batu. lebih jujur dan sarkastik.

mase tu sgt malas turun sahur walaupun lauk nya sangat la sedap lagi istimewa. betul. tidor lagi sedap. slalunya bangun dekat2 nk imsa' n telan air sejuk water-cooler segelas.

selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat meneguk rahmat Tuhan,
semoga barakah mencurah.

salam~meow~
Ayong - ikn jeket memang popular kalau dok asrama.

BungaRampai - Selamat berpuasa. Acar buah? Makan dinihari gitu? Hebat..

Adibah - Selamat menyambut Ramadhan to you too.
Kak Teh said…
OSH, kak teh pun bernasib baik juga macam akak di radio tu. boleh dikatakan sapa yang sempat lah! tak payah ada terlalu peraturan yang rigid - Dalam rumah kak teh, kucing2 selalu bangun dulu untuk bersahur. apapun, selamat berpuasa daripada kak teh sekeluarga.
KakTeh - selamat berpuasa to you and family too.
ubisetela said…
Salam Ramadhan OS,
aisey.. teringin la pulak nak sambal daging, tapi NZ ni strict sikit pos2 food product especially meat/dairy. Ikan kering saya dlm parcel pun dah kena rampas! tak der rezeki nak berlauk ikang kering.
PB said…
dumoh tu pun, kalu posa mesti ado sambal daging. sokmo dok beli kat jalan langgar tu. tapi lonni, rega sambal daging koho lamo koho mahal lah...

nok keno blaja ni buat sambal daging napok gayo nyor...
CikUbi - your Ikan Bakar pun nampak delicious!.

PB - nok belajar tok payoh, tapi nok buat tu....susoh sikit lah. Mau sekerat hari dok gaol daging baru pecoh minyok.
Ku Keng said…
Tuan Suparman,

Selamat menempuhi Ramadhan al Mubarak dan semoga ibadah dan amal mencapai peningkatan dan kekal berterusan.

Salah silak, gurra sendo, mitak ma'af zahir dan batin dan minta halalkan apa jua.
~ahni~ said…
Ordinary Superhero,

Selamat Berpuasa dan Selamat Berterawih
UglyButAdorable said…
i'm indeed not a sahur person.pemalas rabak..cumer lately nieh mengenangkan that it's sunnah nabi and very simple to follow so i kept a bottle of water next to me before i sleep and biler sedar i minum jer skit and doze off again...

errr..maner yer nak carik suami cam kakak tu..baiknyer dier..

neway bro..ramadhan al mubarak..semoga ramadhan ini akan memberi berkat kepada kita..
MA said…
Selamat Berpuasa dan Bersahur to you and family.

Ikutkan hati, malas nak bangun sahur, tapi nak buat camner, kang budak-budak cari excuse tak nak posa sebab tak bangun sahur....
Ayoh Keng - salam Ramadhan to you too. Hambo pong minto' maaf jugok lah hok mano seloro.

AHNI - ya, selamat bertarawih - itu yang kuat cabaran tu.
Cik Adorable - cuba lah sahur. Makan sikit pun tak pa. Ambil keberkatan.

MakAndeh - budak2 kat umah ni pun liat betul nak bangun.

Popular posts from this blog