New AKID on the block

Anak-Anak ku,

Tentunya tarikh 19 December 2005 adalah satu tarikh yang menggembirakan untuk kita semua. Alhamdulillah, pada hari tu, Anak2 semua mendapat seorang lagi adik lelaki. Ayah rasa, dengan 3 girls and 2 boys, keluarga kita dah lengkap. Tapi tak tahulah kalau ada rezeki lagi, tentu sekali Ayah takkan menolak.

But your little brother came about not without drama.

Pada pagi hari Isnin hari kesembilan belas dalam bulan Disember itu, seperti yang diarahkan oleh doktor, Ayah bawa Ibu terus ke bilik bersalin pada lebih kurang pukul 9.45 pagi. Setelah menukar baju, Ibu menjalani ujian untuk menentukan tahap contractions dan kemudiannya di beri ubat untuk 'induce' contractions.

Dari pengalaman menemani Ibu menyambut anak2 yang lepas-lepas, Ayah dah menjangka paling awal Ibu bersalin pun mungkin dalam pukul 2 petang. Mungkin sebab keletihan dan mengantuk kerana Ayah berjaga malam sebelumnya untuk menyiapkan tugasan kerja, Ayah sempat tertidur sekejap dalam bilik bersalin. Memang berdasarkan pengalaman yang lepas2, Ibu mengambil masa yang agak lama untuk mula berasa sakit dan mula untuk mengalami contractions yang kerap untuk bersalin. Hampir pukul 12 tengahari, Ayah turun ke kantin untuk makan sambil sempat SMS keadaan Ibu kepada Nenek dan sedara terdekat.

Bila Ayah naik semula Ibu dah mula terasa sakit dan sebentar kemudian pakar bius masuk untuk membuat epidural kepada Ibu. Tak sangka pula, rupanya pakar bius tu ialah senior Ayah semasa di sekolah dulu. Ayah masih ingat masa tu dia Form 5 dan Ayah baru masuk Form 1.

Hampir sejam kemudian, air ketuban Ibu dipecahkan dan Nurse minta Ibu mula meneran dan push baby keluar. Ayah pun turut sama beri semangat kepada Ibu. Tapi ternyata, selepas hampir dua bulan being bedridden, Ibu tak punya enough strength untuk membuat push yang baik. Ayah memang nampak Ibu struggled to push walaupun baby dah hampir keluar dan berada di 'muka pintu'. Ayah terus bagi semangat kepada Ibu sebab dah nampak kepala/rambut baby.

Seingat Ayah, in between the pushes, Nurse ada bagitahu yang baby dah berak sedikit dan menyuruh Ibu teruskan meneran. Hanya bila baby dah betul2 nak keluar baru lah Nurse memanggil doktor untuk menyambut baby. Bila Doktor Fauziah tiba untuk sambut baby dan meletakkan atas perut Ibu, doktor dah terkejut sebab by then, baby dah distressed.

Ibu dah mula cemas bila baby tak menangis. Sambil cuba menenangkan Ibu, Ayah memalingkan muka Ibu supaya Ibu tak tengok baby yang sudah diangkat ke tempat warmer untuk disedut lendir yang mungkin ada dalam tekak/kerongkong baby. Bila baby masih tidak memberi sebarang response, Ibu mula khuatir dan menangis kerisauan. Doktor dan Nurse cuba untuk revive the baby yang tak breathing. Luckily badan baby masih lagi kemerah-merahan.

Ibu mula bertanya kenapa baby belum menangis. Ayah hanya sempat cakap, don't worry, the doctor is doing everything to help baby breathing. Pada masa yang sama, Ayah masih memalingkan muka Ibu dari melihat ke arah doktor dan nurse yang sedang bertungkus lumus resuscitate baby dengan mengepam oksigen melalui mulut. Come on baby, Ayah hanya dapat berdoa dari katil Ibu. Somehow deep inside me, I knew he would survive.


Kemudiannya, dengan bantuan 2 orang Paedictricians, baby diberi oksigen dan kalau tak silap Ayah, selepas diberi 2 jabs ubat-ubatan, baru lah baby agak stabil walaupun masih bernafas melalui bantuan oksigen. Doktor kemudian memberi tahu yang baby sudah mula bernafas tetapi masih lemah dan perlukan pemerhatian rapi di wad ICU. Ayah hanya mengangguk memberi kebenaran dan berkata yang Ayah akan pergi ke wad ICU selepas selepas Ibu dirawat. Baby terus dimasukkan ke dalam incubator dan dibawa ke wad ICU.

Walaupun Ibu suruh Ayah ke wad ICU untuk melihat keadaan baby, Ayah bertegas untuk bersama dengan Ibu sehingga urusan memeriksa dan membuang uri selesai dulu. Ayah cuba menenangkan Ibu yang baby tak perlu dirisaukan kerana doktor tentunya sedang memberi rawatan yang rapi.

Bila Ayah turun ke wad ICU di tingkat 2, Ayah lihat baby terbaring dengan tiub melalui hidung dan mulut. Ada drips di pasang di tangan kanannya. Sementara di tapak tangan kiri, kaki kanan dan di bahagian dadanya ada dipasang alat 'sensor' untuk mengesan sebarang perubahan suhu dan pernafasan. Nurse memberitahu yang baby sudah stabil dan tak perlu risau lagi sebab dia sudah mula bernafas dengan sendiri. Baby juga tidak lagi di dalam incubator tetapi diletakkan di atas katil yang ada warmer (macam baby yang diberi rawatan jaundice). Walaupun baby dah boleh bernafas sendiri, muka/kepala baby ditutup dengan satu alat yang boleh memberi sumber oksigen untuk membantu dia menyedut oksigen dengan lebih baik.

Ayah minta izin untuk mengazankan baby. Buat pertama kalinya Ayah hanya dapat membisikkan azan dan qamat ditelinga tanpa dapat memegang anak Ayah. Ayah kemudian sempat SMS Nenek dan memberitahu yang Ibu sudah bersalin dan bila nenek SMS balik tanya berapa berat baby, Ayah agak saje 2.2 kg sebab masa kelam kabut tadi Nurse tak sempat nak timbang baby dalam bilik bersalin. Lagipun Ayah hanya bagitahu Nenek yang Ibu dan baby selamat saja.

Bila Ibu sudah dipindahkan ke wad, barulah Ayah bagitahu Nenek supaya datang dan bawa Anak2 semua yang memang tak sabar untuk melihat adik baru.



Hanya sesudah Nenek dan Anak2 sampai dihospital barulah Ayah terangkan keadaan baby yang perlukan observation di wad ICU.

Ayah bawa semua Anak2 ke wad ICU tapi oleh kerana kanak2 di larang masuk, Anak2 hanya dapat melihat dari luar saja baby yang terbaring tidur dengan wayar berselirat.

Gambar baby selepas 24 jam di wad ICU.




Pada 20 December, baby telah dibenarkan keluar dari ICU tetapi masih memerlukan pemerhatian rapi di nursery. Ibu masih tidak dibenarkan menyusu baby tapi di suruh supaya memerahkan sedikit susu untuk cuba diberikan kepada baby.


Gambar baby pada 20 December di nursery. Tiub halus dihidung tu untuk feeding susu.


Ibu sudah dibenarkan menyusukan baby for the first time. Ayah tengok di white board dalam nursery tu, di tulis baby mengalami 'prenatal asphyxia'.
Alhamdulillah, baby nampaknya pandai menyusu sendiri. Nurse cakap kalau baby pandai menyusu, lebih cepat tiub kat hidung tu dibuang nanti.



Gambar baby pada 21 December.

Baby sudah mula minum dengan baik setiap dua jam lebih. Syukur.

Nurse cakap mungkin selepas tengahari, baby dah boleh dibawa ke wad bersama Ibu. Kesian, Kakak2 dan Abangnya tak sabar-sabar untuk tengok baby.






Gambar baby pada 22 December.

Every body was hoping that baby would be discharged, tapi doktor kata ada jaundice pulak.
Had to stay for another day at the hospital.

Baby hanya dibenarkan pulang pada keesokan hari. Pada petang Jumaat 23 December, kita semua pulang ke Melaka. Walaupun Ibu tak sempat nak berehat lama di Melaka sebab sekolah akan dibuka dalam masa kurang dua minggu dari hari baby dibenarkan pulang, tapi sekurang2nya, boleh jugak Nenek kamu balik kampung sebab memang Nenek dah berada di KL sejak dari hari raya ke dua lagi masa kita semua 'berkampung' di hospital gleneagles.

Anak-anak ku,

Sebenarnya, Ayah dah bercadang menamakan baby ini Muhammad Ariff - senang dan ringkas saja. Tapi after all that he has gone through and on suggestion of Dr Fauziah, Ayah rasa perlu baby ini dinamakan dengan nama yang mempunyai karektor yang kuat.

Jadi, pada 26 December lalu, secara rasminya baby kita telah didaftarkan dengan nama Muhammad Akid Ikram.

'Akid' membawa maksud 'Yang Kuat, Teguh dan Tetap' mengikut satu buku yang Ayah baca. 'Ikram' pula maknanya 'menghormati'.

Ayah mohon maaf kerana adik kamu ini mempunyai 'dua nama' tak seperti Anak2 yang lain. Ada ceritanya kenapa Ayah menggunakan nama 'Ikram' itu. Sebenarnya nama Ikram tu nama yang diidam2kan oleh Cik Ngah, makcik kamu. Dari dulu lagi semasa dia mula mengandungkan anak pertama, dia dah berniat nak namakan anaknya Muhammad Ikram kalau dapat anak lelaki. Tapi tak de rezeki, dapat anak perempuan. Lama selepas tu, Cik Ngah mengandung
anak kedua, dia berniat lagi untuk menamakan nama itu kalau dapat anak lelaki. Dah memang bukan rezeki dia lagi. Sekarang Kak Izzati dah masuk Tingkatan 3 dan Kak Atiqah kamu sudah darjah 4, Cik Ngah tak boleh nak cuba mengandung lagi sebab masalah umur yang agak lanjut dan atas nasihat doktor sebab dia ada penyakit darah tinggi yang kuat dan merbahaya setiap kali mengandung.

Jadi sekurang2nya Ayah dah tolong tunaikan hajat Cik Ngah. Ayah pasti dia sayangkan Anak2 Ayah macam anak2 dia sendiri.

Dan secara rasminya juga, Adik Inah dah jadi Kak Chik!. Dah tak boleh panggil dia adik lagi....!


Comments

anggerik merah said…
Insyaallah Muhammad Akid Ikram membesar sebagai anak yang soleh.
Amin dan InsyaAllah...Anggerik Merah thanks for the doa.
joe penang said…
os ada digicam? kalu ada masa snap la photo baby then publish la kat web cam photopages ke.. just my opinion
AuntyN said…
Alhamdulillah, baby dan ibu selamat dan sihat. Selamat menyambut tahun baru pada OS dan keluarga terutama AKID.
Anonymous said…
geramnya tengok baby

iklan sikit: rumah baru
Sya said…
Wah... cutenya baby, cutenya cutenya.. mesti wangi sebab baby bau lahir memang wangi semerbak. Anyway congratulations to u, Semoga Akid membesar menjadi anak yg soleh...
Sya said…
Oh Yes.. Melaka di mana ye?
shafarina said…
:)

Akid comel. Akid strong. Klu tak masakan in a few days dah sihat camtu.

Pediatrician anak sy dulu Indian woman tu. Tak ingat dah nama dia sape.

BTW, sampaikan salam sy pd wife. :)
Anonymous said…
Bestnyer...
Thank you, thank you and lots of thank yous.

JoePenang, mungkin nak upload kat photopages to belum lagi masul dalam perancangan. Lagipun digicam rosak masa accident tempohari tuh. :(

AuntyN, yes, AlhamduliLlah yang tak terhingga.

NiUmmi, I dah jengok your new house.

Sya, me love the smell of babies too. Harum sunnguh walaupun pakai bedak bayi johnson aje. Mka kat Ayer Keroh Heights tak jauh dari Jusco.

PB, InsyaAllah and thanks 4 your doa.

Ailin, tak buat d-i-y test lagi ke lately?

Wan, yes he's one strong baby and hopefully will be the pillar for the family. Paedic Indian tu Dr.Kumari kot? She was one of the Paedic that was in the room the other day.

ATRCO, your turn will be soon. InsyaAllah.

Elle, ha hah ha..sebijik macam muka abang dia.
Kak Teh said…
awwwwwwwwww, nak cubit sikit boleh tak???? sikiiiiit aje!
Kak Teh, bolehhh, tapi kena cubit Ayah nya sekali supaya jangan 'nakal-nakal' lagi.:)
MA said…
What a beautiful baby boy ! God knows when was the last time I held a newborn in my arms. Seven years ago kot ?

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Mental Blogging

Kisah Ibu dan Anak