GE2008 - PRU12

Hasrat untuk pulang menjengok tanah tumpah darahku tak kesampaian sebab tak ada tiket kapal terbang. Memang aku ada berjanji dengan Abang aku di kampung untuk pulang menjengok keadaan di Pasir Mas khususnya dan di Kelantan amnya untuk melihat dan merasai sendiri kehangatan Pilihanraya ke-12 kali ni.

Malang sekali, tiket MA*S dan Air*Asia sudah kehabisan. Tiket Fire*fly walaupun masih ada, masa berlepas dan pulang pulak tidak sesuai. Jadi frust jugak lah sebab tak dapat balik.

Mengapa penting aku nak balik sedangkan aku mengundi di Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa? Seperti aku katakan, ianya semata-mata untuk merasai kehangatan pilihanraya di peringkat akar umbi.

You can only feel the sentiments, the solidarity and the 'thinking' of the people of Kelantan if you are there, right in thick of the action; and not from what you read in the major newspapers or from what they dish out in the TVs.

Ini semua adalah berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri. Pada tahun 1999 dan 2004 aku berkesempatan untuk pulang meninjau keadaan di Kelantan. Setiap kali ada pilihanraya umum, puak2 UMNO dan sekutu dalam BN akan mencanangkan bahawa mereka sangat yakin akan dapat merampas Kelantan dari PAS. Keyakinan ini berada di tahap tertinggi pada pilihanraya tahun 2004. Jika berpandukan kepada laporan akhbar pada ketika itu, memang seolah2 BN boleh sapu bersih keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri, tapi bila aku balik dan melihat sendiri keadaan di Kelantan, aku pulang ke KL dengan hati yang yakin BN masih tak boleh rampas tampuk pemerintahan Negeri Kelantan.

Dan memang betul jangkaan aku, bila keputusan pilihanraya tahun 2004 diumumkan, Kelantan masih milik PAS walaupun majoriti kerusi DUN merosot. Kerusi yang dimenangi calon BN pun menghadapi tentangan sengit dengan perbezaan undi yang tidak banyak.

Mengapa aku begitu yakin Kelantan masih dalam genggaman PAS pada tahun 2004?
(Tahun 1999 memang tak payah cerita lah sebab masa tu sentimen anti-M terlalu kuat).

Jawapannya ialah ia berdasarkan kepada sambutan orang ramai terhadap ceramah PAS di setiap tempat yang aku sempat kunjungi. Setiap malam, orang kampung yang datang hadir di ceramah PAS berduyun-duyun tanpa dipaksa, tanpa perlu diangkut dengan bas free. Sedangkan sesi ceramah BN kebanyakkannya dibuat disebelah siang hari; samada perasmian jambatan la, acara pecah tanah la....semuanya melibatkan jabatan kerajaan yang mana kehadiran adalah diwajibkan.

Pada masa tu, ada satu tempat ceramah di sebuah kampung di dalam kawasan Rantau Panjang yang aku sempat pergi. Kampung tu aku pun tak tahu kewujudannya. Memang jauh dari jalan utama. Aku dan Abang aku (dan seorang lagi kawan) perlu melalui dua kampung lain sebelum sampai ke tempat ceramah. Sampai di satu kawasan, kami dinasihatkan oleh petugas PAS untuk parking kereta dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana kereta dah tak boleh masuk. Dah jem. Kami menapak.....berjalan hampir 3 KM dalam gelap, kerana sepanjang jalan ke tempat ceramah tak ada lampu jalan. Bayangkan berjalan dalam gelap beramai-ramai. Masa tu aku tak tahu kat mana tempat ceramah. Just followed the crowd. Sesekali jalan diterangi oleh motorsikal yang lalu dan bila motorsikal tu dah ke depan, gelap pekat. Hanya diterangi dengan lampu suluh orang kampung dan api puntung rokok.

Malam tu Tuan Guru bagi ceramah dengan beberapa yang lain termasuk dari PKR. Kesimpulan aku pada masa tu - kalau lah orang-orang ni sanggup datang dari jauh, sanggup berjalan kaki dalam gelap 2-3KM semata2 untuk mendengar amanat Nik Aziz tanpa paksaan dan tanpa imbuhan, memang BN masih jauh dari merampas Kelantan dari PAS. Dan Aku tak silap.

Jadi tahun ni macam mana? Take this from me: BN could wrest control of Kelantan from PAS only and only if they use the dirty means. Pengundi hantu, tentera ada 2 ID (baca disini) dan macam-macam lagi.

Apa pun perancangan BN untuk menawan Kelantan, kita hanya berserah kepada Tuhan. Ingat, Allah itu adalah sehebat-hebat Perancang.

Comments

CikAHNI: Thank you. Selamat mengundi to you too.
pB said…
Selamat Mengundi ...


Pagi tadik g ata Tok Ma kor Bukit Jalil. Kelik dengae bah subsidi Kerajaae ......

Rasa sungguh orghe kelatae di kuala lupur nie ...
PB: baguh lah tu. Pakat kelik ngundi.
Anonymous said…
Selamat Mengundi.

Ya, Allah adalah sebaik-baik perancang.

Semoga keadilan masih bertapak di bumi Malaysia ini.

Popular posts from this blog

Selamat Hari IBU

Kisah Ibu dan Anak

Tajuk Apa (?) Entah...